Thursday, April 8, 2010

saya dah bersedia

Saya dah bersedia untuk maju setapak lagi dalam kehidupan kerjaya saya. Sudah tiga tahun di sini. Di Ibu Pejabat. Di department yang sama. Jadi, saya telah dengan berani nya menghantar borang permohonan untuk ke cawangan. Bukan mudah nak buat keputusan tu. Walau belum tentu diterima. Tapi, saya hantar juga dalam berani tak berani.

Kenapa saya mahu ke cawangan? Walhal bermacam kerenah akan saya hadapi di cawangan. Saya akan bertemu dengan customer yang tak puas hati dengan cawangan lain. Yang bengang sebab lambat sangat prosess bil, yang kata internet banking lembap. Macam-macam.

Tapi saya yakin dengan Bank Islam. Bagi saya produk Bank Islam bagus. Unik. Kalau disampaikan dengan cara yang betul, kepada mereka yang berminat, saya rasa Bank Islam boleh grow up healthy. Hah. Sunggug bercita-cita tinggi.

Saya sayang Bank Islam. Sebab apa? Saya deal ngan Bank Islam buat pertama kalinya di Jerantut. Buat akaun. Mesra. Saya suka. Layan saya yang masa tu bodoh-bodoh alang (o! Sekarang hanis sudah cerdika la ye?). Kemudian di sekyen 14. Kad saya tak boleh guna. Saya datang tukar kad. Ingat lagi, masa tu ada seorang staff lelaki Cina muslim layan saya tukar kad. Tolong tukar nombor pin. Masa tu saya tengok ramai orang cina datang untuk buat transaksi di Bank Islam seksyen 14. Di hati saya, saya mahu kerja di Bank Islam.

Tapi saya praktikal di Bank Negara Malaysa (sebab pernah ada cita-cita nak jadi Gabenor Bank Negara, perghh cita-cita melambung). Masa praktikal di BNM, saya di Jabatan Perbankan Islam dan Takaful. Bahagian yang monitor perbankan islam di Malaysia. Kecik sahaja department nya, kalau nak dibandingkan betapa pesatnya perbankan islam naik masa tu. Saya jumpa ngan director, yang saya dapat rasakan tiada keyakinan dalam industry perbankan islam. Sedih. Saya juga dianggap olehnya seorang yang tidak mampu kendalikan majlis, dan berjumpa great scholar dari Nusantara. Pendapat saya tidak diterima, atas alasan, saya masih student. Saya nekad, tiada lagi BNM dalam kamus hidup saya. Cukup saya diperlekehkan.

Dua minggu selepas tamat final exam, saya memulakan kerjaya di Bank Islam walau result belum keluar. Pendapat saya diminta, diterima dan dipertimbangkan, walau saya fresh grad. Saya seronok dihargai. Saya bebas melemparkan komen, dan pendapat. Disini kami berdoa setiap pagi meminta kelembutan hati, kekuatan ikatan antara kami. Muamalah masih dijaga (walau ada juga yang bersalaman dengan lelaki). Aurat masih dititik berat. Solat berjemaah digalakkan. Tazkirah diberi sebagai peringatan. Dan Alhamdulillah, saya masih disini selepas tiga tahun walau berbagai cabaran saya hadapi.

Jadi, sekarang saya sudah bersedia keluar dari kepompong. Saya mahu berjumpa masyarakat dan menolong customer ketika berurusan dengan Bank. Saya mahu bawa Bank Islam degan indetiti yang friendly dan memudahkan. Bukan moody dan menyusahkan. Doakan saya!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin