Thursday, April 29, 2010

myEG - renew lesen kereta

Pernah guna perkhidmatan yang ditawarkan oleh myEG? Tengok saman? Dulu-dulu sya selalu tengok saman, kot-kot terkena speed trap ke kat situ. Pernah la guna untuk renew road tax kawan. Tapi tak der feel sebab deliver kepada dia. Bukan saya.

Baru-baru ni, dek kemalasan + tiada masa+ kondisi office yang sudah tidak convenience, saya pun cuba-cuba lah guna perkhidmatan my EG ni untuk renew lesen memandu.

Ada beberapa cara mendapatkannya: ambil sendiri atau penghantaran ke office atau rumah. So, disebabkan factor awal diatas, saya pun ambillah method delivery ke office (yelah, kat rumah pun takder orang).

Cara pembayaran, saya gunakan credit card. Bila selesai, jangan lupa print atau print screen slip tersebut sebagao bukti. Kot-kot la, tak dapat nanti, naya je duit.

Saya buat hari jumaat. Dan saya dapat pada hari selasa! Suka sangat! Nasib baik dapat. Janji myEG adalah dalam amsa 5 hari. Kalau tak dapat, boleh hubungi diorang. So, peringatan, buat la renew lesen dalam masa 5 hari untuk mengelakkan sebarang bencana.



Jadi, saya sangat berpuas hati dengan myEG. Hihihi. Saya akan gunakan lagi untuk renew lesen dua tahun lagi. Wah, lama betul tu. Entah-entah myEG dah tukar nama pun.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin