Monday, April 5, 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 - yang cantik dan yang hodoh

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 baru berlalu semalam. Seperti yang kita tahu, SITI NURHALIZA menang semula! Kepopularan Siti memnag tak boleh ditandingi. Tapi ABPBH 2009 macam ada kekurangan, bukan sikit. Banyak. Adoi.

Pengacara. I likeeee. Best sangat dengan pengacara dua orang ni, Raja Azura dan shira.. happening walau sedikit pedas. Hehe.

Opening performance. Fazial Tahir- adoila, kenapa a buat rambut Panjang siap curl lagi. macam perempuan. BTw, baju tu macam dah pernah pakai, dan ala-ala My Chemical Romance la. Bunkface- happening!

Pengacara TV Popolar- Lelaki, Aznil, perempuan- Fara Fauzana

Pengacara radio – Lelaki, FBI, perempuan- Fara Fauzana

Komedi- lelaki- Nabil, perempuan- Noor Khiriah (dia tak sangka dia menang, tak sangka dia banyak peminat, banyak woooo)

Filem-Lelaki, Que , perempuan- Liyana Jasmay (Liyana Jasmay ‘Nafi suara tidak sedap’.. hahahaha )

Penyanyi – lelaki, Aizat, Perempuan- Siti Nurhaliza

Performance:

Artis baru nyanyi lagu lama- Kru dan Feminin,

dinyanyikan oleh bebudak AF lelaki seperti Dafi, Aril, Hakim, Hafiz - suara diorang sedap, tapi sungguh tak seswai nyanyi lagi KRU, macam ntah apa-apa!

Dinyanyikan oleh Diana Dianelle yang oh! Tolonglah suara anda sangat tak sedap untuk nyanyi, Marsha yang juga budget suara sedap untuk nyanyi lagu feminine, Ainul , adakah anda rasa anda boleh menyanyi? Dan si baju hijau yang mic rosak (tak dpt dengar suara anda, so no comment).

Honestly, korang memang hilang idea ke sampai kena ambik bebudak hingusann ni untuk buat persembahan yang macam tangkap muat ni? Maaflah, macam persembahan untuk masuk AF atau macam bodoh gile persembahan ni. Tolonglah!

Performance Adam dan stacy pun dah OUT!

Persembahan Dayang (yang pakai baju macm baju kelawar), Alyah (hodoh gile rambut anda!! Baju superb cantik) dan Khadijah Ibrahim pun macam sempoi biasa ja.. takder yang menarik.

Performance One Nation emcee ngan M daud kilau, best. Lain dari yang lain. Baju Mimie pun menepati tema..

Persembahan penutup, HAHAHAHA! Korang dah habis idea.. idea Juara Lagu jugak korang ambik. Mentang-mentangla semua orang puji Penutup Juara Lagu, boleh korang pakai idea yang sama?? Sorry lah dah tak releven.. ambikla idea lagu tradisional plak. Contohnya, cam lagu One nation Emcee, lagu Kuda Kepang diberi nafas baru.. sedap! Dan refreshing..

p/s: aku tak kisah siapa menang sebab aku tak mengundi.. so, jangan bising bila orang yang kamu suka tak menang bila tak mengundi pun..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin