Wednesday, April 14, 2010

aduhai telemaketers

Wahai telemarketers sekalian,

Kenapalah anda sangat annoying?

Sudah aku bilang aku tak berminat,mengapa anda still nak persuade aku?

Kenapalah anda tak tanya dulu, Cik ada masa sebentar tak? Ni tak, menonong je menceritkan benefit kad anda yang sudah ber evolusi tu! Menonong je paksa aku datang untuk jumpa pegawai-pegawai anda! Cukuplah sekali aku percaya dengan janji benefit kad korang yang kononnya ada Datuk datin jadi ahli. Ces!

Bila aku tinggikan suara, anda bilang aku marah. Memang lah. Telefon time kerja. Tengah aku sibuk kejar orang untuk sign off. Aku sabar, sebab mengenangkan yang bercakap tu manusia juga. Ada hati. Ada perasaan. Ada kerja untuk dilunaskan dengan menelefon aku. Tapi, bila dah bercakap tanpa henti selama 20 minit, kemudian paksa-paksa aku datang, hangin wei!

Penjual insurance pun sama hal nya. Ada juga baiknya, bila produk tu bagus, tak payah paksa, aku terus sign in. tapi selepas confirm apa yang aku curious terjawab la. Kalau setakat cakap, oh, ini PA cik, kalau cik claim, duit yg cik simpan selama ni akan berkurangan 30%, jangan harap la aku nak join.

Macam yang lepas, dari sebuah syarikat insuransa ternama call aku untuk offer satu PA 100% savings guarantee back, pay 10 years, enjoy 15 years benefit. Terfikir juga, mana diorang dapat duuit untuk bayar claim? Pastu baru sedar, duit yang disimpan rm90 per month diberi 100% semula, tanpa dividen. So, disitulah diorang generate income. Ok juga la. Atleaste umur 36 nanti, tahun 2020, aku boleh dapat rm10800.. hehe.

Ada juga penjual insurans yang paham aku sedang bz, sedang nak marah orang, cepat dia minta diri. Siap berborak hal-hal lain lagi.. insurans ni, kalau orang nak, orang akan cari untuk buat insurans. Lebih-lebih lagi untuk cover Tax.. yelah, dari bayar tax rm800, better bayar pada insurans untuk savings dan perlindungan… berbaloi-baloi..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin