Friday, April 30, 2010

semua orang dah nak kahwin, yeay!

Oh! Banyaknya undangan perkahwinan.. almaklumlah dah musim-musim cuti sekolah ni. Bulan 5, bulan 6 adalah musim-musim kahwin. Tapi kengkawan saya ni, tak kira bulan, tak kira cuiti sekolah. Ada masa, selit-selit kahwin. Dari bulan 2 lagi saya dapat undangan kahwin dan bertunang ni.


Bulan 2, sahabat baik saya selamat menjadi tunangan orang. Dalam sesak dengan Post implementation project (yang buat saya smapai menangis!) sempat gak datang. Haih. Tahniah Nurul. Kahwinnya insyaAllah bulan 11, ye. Saya dah amik part nak tlg wat goodie ba ni. Semangat!


Bulan 2 juga (rasanya) ex classmate saya di MRSM selamat berkahwin dengan classmate kami juga. Amboi, cinta sejati dari sekolah. Rasanya ni je couple yang menjadi. Baguslah. Tapi both occasion tak dapat hadir, sebba sibuk sangat dengan Live dan cut over activities. Congrats Didi n Manja!


Bulan 3, classmate saya (lagi) Anuar Hanis selamat diijab dengan aweknya, Ezy. Awek yang sama time dia bawak iftar. Nasib baik! Congrats.


Bulan 3 juga, classmate saya (lagi?) Daus aka Musang selamat berkahwin dengan pilihan hati. Ramai jugak bebudak maktab datang.


Bulan 4 yang lalu, Shaful Azman, aka Poon selamat juga bernikah dengan Ezne. Tahniah la. Jauh sangat rumah,s ampai ke JB, tak dpat den nak datang.


Pembukaan bulan 5, dimulai dengan Wahida aka Wada, juga bernikah dengan schoolmate, Afizi Khairi aka Trek. Ni pasangan tak sangka-sangka. Tapi sweet. Actually, bernikahnya hari ni, 29 april.. sandingnya 1 may. Insya allah, kami akan membuat gerombolan datang..


Penutup bulan 5, ada dua orang. Satu kawan saya, Wina dan Amar di shah alam. Dan satu lagi ex classmate (lagi???), Azrin di Johor. Oh, rasanya kenalah pi Wina punya. Siap kena pakai baju tema. Nasib baik dah beli Wina ooii, buat je belum lagi..


Dan pembukanya june, adalah colleague time kat UIA, Ummul Amira.


Bulan 6 juga, ex maktab, Iskandar dan suhana… both from different batch, and they manage to meet. Sweet kan.


Bulan 6 juga, seorang lagi kawan, Ummu pun akan berkahwin…


And there goes all the list for this moment. itu sahaja buat masa ni. Bulan 10 pun ada juga.. Cuma belum tahu tarikh je..


p/s: saya memperkenalkan satu trend pada Marissa, ‘kena buat baju baru untuk pergi majlis’. Hihi.

Thursday, April 29, 2010

myEG - renew lesen kereta

Pernah guna perkhidmatan yang ditawarkan oleh myEG? Tengok saman? Dulu-dulu sya selalu tengok saman, kot-kot terkena speed trap ke kat situ. Pernah la guna untuk renew road tax kawan. Tapi tak der feel sebab deliver kepada dia. Bukan saya.

Baru-baru ni, dek kemalasan + tiada masa+ kondisi office yang sudah tidak convenience, saya pun cuba-cuba lah guna perkhidmatan my EG ni untuk renew lesen memandu.

Ada beberapa cara mendapatkannya: ambil sendiri atau penghantaran ke office atau rumah. So, disebabkan factor awal diatas, saya pun ambillah method delivery ke office (yelah, kat rumah pun takder orang).

Cara pembayaran, saya gunakan credit card. Bila selesai, jangan lupa print atau print screen slip tersebut sebagao bukti. Kot-kot la, tak dapat nanti, naya je duit.

Saya buat hari jumaat. Dan saya dapat pada hari selasa! Suka sangat! Nasib baik dapat. Janji myEG adalah dalam amsa 5 hari. Kalau tak dapat, boleh hubungi diorang. So, peringatan, buat la renew lesen dalam masa 5 hari untuk mengelakkan sebarang bencana.



Jadi, saya sangat berpuas hati dengan myEG. Hihihi. Saya akan gunakan lagi untuk renew lesen dua tahun lagi. Wah, lama betul tu. Entah-entah myEG dah tukar nama pun.

Sunday, April 18, 2010

ikhlaskan hati, wahai cikgu

mak dan engku cikgu. cikgu Kemas dan gurubesar. di jerantut, pekerjaan ini diwarisi turn temurun. adik-adik engku ada dua oang jadi cikgu. ada yang berkahiwn dengan cikgu juga. adik beradik mak, ada yang guru besar, ada yang jadi cikgu. mak jadi ckgu Kemas je. sebab mak tak mau ambik exam. tak pe. kami tak kesah. kami tak malu pun. sebab saya pun pernah cita-cita nak ajdi ckgu Kemas macam mak. hehe. tapi mak marah . suh jadi cikgu yang ada degree.
so saya belajar. masuk mRSM, masih utuh cita-cita nak jadi cikgu even masa cakap cita-cita nak jadi ckigu di MRSM, budak-budak gelak. pergggh. sakit hati beb.
bila masuk UIA, ambil ekonomi. tiba-tiba rasa nak jadi Gabenor Bank Negara. hehe. tapi down grade sikit, dapat jadi pegawai bank.
masa jadi pegawai bank ada opportunity jadi cikgu. tapi entahlah. bukan hilang minat. masih suka. bila jumpa budak2 kecik, saya dah biasa tanya ABC, mengeja atau menghafal sifir. well, itu yang mak n engku selalu buat kat kami bila ada amsa lapang, sebab tu kami bijak (riak sudah!)...
saya hampa. hampa dengan perengai mereka yang menjadi cikgu, ambik KPLI sebagai last option bila tak dapat kerja yang diidamkan, macam engineer.. ramai, sangat ramai budak yang jadi cikgu sebab itu je yang menjamin dihari tua nanti... (ahh, keje bank banyak gak simpanan hari tua..).. bila niat awal tidak elok, mahu duit, mahu kumpul elaun, mahu beli kete besar, mahu rehat waktu petang, mahu cuti 2 bulan hujung tahun, kamu akan bertemu dengan anak murid yang tersangat mencabar nya.. anak murid kau akan jadi sangat kurang ajar, tidak berotak, dek kerna ketidak ikhlasan hati kamu.. bukan senang nak jumpat cikgu yang ikhlas sekarang, even time saya belajar, saya da seorang cikgu bahasa inggeris yang cantik, belajar oversea, bertudung menuup aurat sempurna, tapi pernah mengeluarkan ayat 'saya jadi cikgu bukan sebab saya nak sangat, tapi atuk saya yang paksa'.. walaupun betul kenyataan tu, patutkah seorang cikgu berkata begitu depan anak murid nya?? macam celaka sungguh.
mak dan engku mengajar dengan penuh ikhlas. alhamdulillah, anak murid mak umur 5 tahun dah pandai membaca.. dah pandai mengeja, kenal suku kata..
anak murid engku, dapat 5A, ayahnya datang epluk engku dengan gembira. sebba egku bukan urubesar yang kerjanya hanya sibuk na mencantiikan landskap sekolah.. tapi dia turut turn mengajar subjek kegemaran nya, Matematik.. dia reka sendiri formula Matematik. sebab tu, pengawas exam sibuk duk tengok apa yang saya buat tme UPSAR 1996. hehe, memori..
oleh itu, walaupun sekarang belum hari guru lagi, saya menyeru, cikgu, bakal cikgu, sematkan keikhlasan di hati masing-masing.. kelak, anak-anak murd kamu mampu berjaya dna mendokan kamu di akhirat kelak.. to miss weed, saya terharu dengan kamu!

Wednesday, April 14, 2010

aduhai telemaketers

Wahai telemarketers sekalian,

Kenapalah anda sangat annoying?

Sudah aku bilang aku tak berminat,mengapa anda still nak persuade aku?

Kenapalah anda tak tanya dulu, Cik ada masa sebentar tak? Ni tak, menonong je menceritkan benefit kad anda yang sudah ber evolusi tu! Menonong je paksa aku datang untuk jumpa pegawai-pegawai anda! Cukuplah sekali aku percaya dengan janji benefit kad korang yang kononnya ada Datuk datin jadi ahli. Ces!

Bila aku tinggikan suara, anda bilang aku marah. Memang lah. Telefon time kerja. Tengah aku sibuk kejar orang untuk sign off. Aku sabar, sebab mengenangkan yang bercakap tu manusia juga. Ada hati. Ada perasaan. Ada kerja untuk dilunaskan dengan menelefon aku. Tapi, bila dah bercakap tanpa henti selama 20 minit, kemudian paksa-paksa aku datang, hangin wei!

Penjual insurance pun sama hal nya. Ada juga baiknya, bila produk tu bagus, tak payah paksa, aku terus sign in. tapi selepas confirm apa yang aku curious terjawab la. Kalau setakat cakap, oh, ini PA cik, kalau cik claim, duit yg cik simpan selama ni akan berkurangan 30%, jangan harap la aku nak join.

Macam yang lepas, dari sebuah syarikat insuransa ternama call aku untuk offer satu PA 100% savings guarantee back, pay 10 years, enjoy 15 years benefit. Terfikir juga, mana diorang dapat duuit untuk bayar claim? Pastu baru sedar, duit yang disimpan rm90 per month diberi 100% semula, tanpa dividen. So, disitulah diorang generate income. Ok juga la. Atleaste umur 36 nanti, tahun 2020, aku boleh dapat rm10800.. hehe.

Ada juga penjual insurans yang paham aku sedang bz, sedang nak marah orang, cepat dia minta diri. Siap berborak hal-hal lain lagi.. insurans ni, kalau orang nak, orang akan cari untuk buat insurans. Lebih-lebih lagi untuk cover Tax.. yelah, dari bayar tax rm800, better bayar pada insurans untuk savings dan perlindungan… berbaloi-baloi..

Thursday, April 8, 2010

saya dah bersedia

Saya dah bersedia untuk maju setapak lagi dalam kehidupan kerjaya saya. Sudah tiga tahun di sini. Di Ibu Pejabat. Di department yang sama. Jadi, saya telah dengan berani nya menghantar borang permohonan untuk ke cawangan. Bukan mudah nak buat keputusan tu. Walau belum tentu diterima. Tapi, saya hantar juga dalam berani tak berani.

Kenapa saya mahu ke cawangan? Walhal bermacam kerenah akan saya hadapi di cawangan. Saya akan bertemu dengan customer yang tak puas hati dengan cawangan lain. Yang bengang sebab lambat sangat prosess bil, yang kata internet banking lembap. Macam-macam.

Tapi saya yakin dengan Bank Islam. Bagi saya produk Bank Islam bagus. Unik. Kalau disampaikan dengan cara yang betul, kepada mereka yang berminat, saya rasa Bank Islam boleh grow up healthy. Hah. Sunggug bercita-cita tinggi.

Saya sayang Bank Islam. Sebab apa? Saya deal ngan Bank Islam buat pertama kalinya di Jerantut. Buat akaun. Mesra. Saya suka. Layan saya yang masa tu bodoh-bodoh alang (o! Sekarang hanis sudah cerdika la ye?). Kemudian di sekyen 14. Kad saya tak boleh guna. Saya datang tukar kad. Ingat lagi, masa tu ada seorang staff lelaki Cina muslim layan saya tukar kad. Tolong tukar nombor pin. Masa tu saya tengok ramai orang cina datang untuk buat transaksi di Bank Islam seksyen 14. Di hati saya, saya mahu kerja di Bank Islam.

Tapi saya praktikal di Bank Negara Malaysa (sebab pernah ada cita-cita nak jadi Gabenor Bank Negara, perghh cita-cita melambung). Masa praktikal di BNM, saya di Jabatan Perbankan Islam dan Takaful. Bahagian yang monitor perbankan islam di Malaysia. Kecik sahaja department nya, kalau nak dibandingkan betapa pesatnya perbankan islam naik masa tu. Saya jumpa ngan director, yang saya dapat rasakan tiada keyakinan dalam industry perbankan islam. Sedih. Saya juga dianggap olehnya seorang yang tidak mampu kendalikan majlis, dan berjumpa great scholar dari Nusantara. Pendapat saya tidak diterima, atas alasan, saya masih student. Saya nekad, tiada lagi BNM dalam kamus hidup saya. Cukup saya diperlekehkan.

Dua minggu selepas tamat final exam, saya memulakan kerjaya di Bank Islam walau result belum keluar. Pendapat saya diminta, diterima dan dipertimbangkan, walau saya fresh grad. Saya seronok dihargai. Saya bebas melemparkan komen, dan pendapat. Disini kami berdoa setiap pagi meminta kelembutan hati, kekuatan ikatan antara kami. Muamalah masih dijaga (walau ada juga yang bersalaman dengan lelaki). Aurat masih dititik berat. Solat berjemaah digalakkan. Tazkirah diberi sebagai peringatan. Dan Alhamdulillah, saya masih disini selepas tiga tahun walau berbagai cabaran saya hadapi.

Jadi, sekarang saya sudah bersedia keluar dari kepompong. Saya mahu berjumpa masyarakat dan menolong customer ketika berurusan dengan Bank. Saya mahu bawa Bank Islam degan indetiti yang friendly dan memudahkan. Bukan moody dan menyusahkan. Doakan saya!

Tuesday, April 6, 2010

terbukti sudah..

Minggu lepas Bank Islam dengan berbesar hati meraikan mereka-mereka yang bertungkus lumus mengerjakan projek.. ala, yang saya duk emo macam orang gile. Yang duk pi kerja kul 3 pagi, ba;ik 6 pagi.. pergi semula 5 petang, balik 4 pagi.



Majlis nya biasa sahaja, cuma happy sebab diraikan. Baru sedar saya memang banyak cakap. Dalam banyak-banyak gambar yang di candid, semuanya saya tengah becakap. Bercakap. Siap dengan tangan tu. Ada gaya Karam Sigh Walia tak??. Serius sungguh topic yang saya tengah bincangkan. Adeih. Rosak gambar. Huhuhu. Baru nak dapat gambar cun. Ceh.

Monday, April 5, 2010

Kemalangan di stesen minyaka angkara si Mabuk

Ada baca pasal accident di BH petrolyang berlaku 30 mac lalu? Yang melibatkan pemandu wanita cina yang mabuk dan merempuh seorang lelaki yang baru keluar kereta nak isi minyak. Sadis. Dan jahat sungguh, memandu dan melanggar mati ornag dalam keadaan mabuk. Details, baca di sini, ada video juga. Baca dan lihat sendiri macam mana laju nya wanita tersebut merempuh. Tengok macma mana kereta lelaki tu tercampak, lihat macam mana isteri lelaki tersebut keluar dari kereta meninggalkan baby yang akhirnya keluar merangkak sendiri. Terkejut. Sedih.

Orang mabuk, mana ada mengaku mabuk, betul? Aku sendiri pernah tengok ada orang berhenti ditengah-tengah Jalan dan keluar dari kereta, dan muntah. Sebab mabuk. Bukan mabuk kereta. Mabuk arak lak. Dah tau mabuk, masih memandu,. Kaki tu dah tak boleh beza pedal minyak dan brek. Main tekan je.

Di Korea, diorang memang kaki mabuk. Mabuk sentiasa. Sebab minum sentiasa. Tapi, dioarang responsible (kot). Bila tahu mabuk, diornag akan upah orang untuk drive balik. So, selamat dari melanggar orang. Pub yang sediakan arak tu, menyediakan part time driver untuk si mabuk. Kat Malaysia, owner pub, bertanggungjawab la sikit. Pandai bagi arak kat orang, pandaila sediakan service tersebut. Kena hantar surat cadangan pada kementerian ni.

Apa-apa pun , aku amat berharap perempuan cina mabuk tersebut dikenakan tindakan sekeras-kerasnya. Gantung sampai mati pun aku setuju. Atau, tangguung family lelaki tu selama-lamanya. Aku boleh terima terbabas sebab kereta rosak, tak boleh brek. Tapi sebab mabuk, memangg tak dapat terima sunguh-sungguh!

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 - yang cantik dan yang hodoh

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 baru berlalu semalam. Seperti yang kita tahu, SITI NURHALIZA menang semula! Kepopularan Siti memnag tak boleh ditandingi. Tapi ABPBH 2009 macam ada kekurangan, bukan sikit. Banyak. Adoi.

Pengacara. I likeeee. Best sangat dengan pengacara dua orang ni, Raja Azura dan shira.. happening walau sedikit pedas. Hehe.

Opening performance. Fazial Tahir- adoila, kenapa a buat rambut Panjang siap curl lagi. macam perempuan. BTw, baju tu macam dah pernah pakai, dan ala-ala My Chemical Romance la. Bunkface- happening!

Pengacara TV Popolar- Lelaki, Aznil, perempuan- Fara Fauzana

Pengacara radio – Lelaki, FBI, perempuan- Fara Fauzana

Komedi- lelaki- Nabil, perempuan- Noor Khiriah (dia tak sangka dia menang, tak sangka dia banyak peminat, banyak woooo)

Filem-Lelaki, Que , perempuan- Liyana Jasmay (Liyana Jasmay ‘Nafi suara tidak sedap’.. hahahaha )

Penyanyi – lelaki, Aizat, Perempuan- Siti Nurhaliza

Performance:

Artis baru nyanyi lagu lama- Kru dan Feminin,

dinyanyikan oleh bebudak AF lelaki seperti Dafi, Aril, Hakim, Hafiz - suara diorang sedap, tapi sungguh tak seswai nyanyi lagi KRU, macam ntah apa-apa!

Dinyanyikan oleh Diana Dianelle yang oh! Tolonglah suara anda sangat tak sedap untuk nyanyi, Marsha yang juga budget suara sedap untuk nyanyi lagu feminine, Ainul , adakah anda rasa anda boleh menyanyi? Dan si baju hijau yang mic rosak (tak dpt dengar suara anda, so no comment).

Honestly, korang memang hilang idea ke sampai kena ambik bebudak hingusann ni untuk buat persembahan yang macam tangkap muat ni? Maaflah, macam persembahan untuk masuk AF atau macam bodoh gile persembahan ni. Tolonglah!

Performance Adam dan stacy pun dah OUT!

Persembahan Dayang (yang pakai baju macm baju kelawar), Alyah (hodoh gile rambut anda!! Baju superb cantik) dan Khadijah Ibrahim pun macam sempoi biasa ja.. takder yang menarik.

Performance One Nation emcee ngan M daud kilau, best. Lain dari yang lain. Baju Mimie pun menepati tema..

Persembahan penutup, HAHAHAHA! Korang dah habis idea.. idea Juara Lagu jugak korang ambik. Mentang-mentangla semua orang puji Penutup Juara Lagu, boleh korang pakai idea yang sama?? Sorry lah dah tak releven.. ambikla idea lagu tradisional plak. Contohnya, cam lagu One nation Emcee, lagu Kuda Kepang diberi nafas baru.. sedap! Dan refreshing..

p/s: aku tak kisah siapa menang sebab aku tak mengundi.. so, jangan bising bila orang yang kamu suka tak menang bila tak mengundi pun..

Thursday, April 1, 2010

Jutawan internet.. give it try..

pagi-pagi terbaca dari Su anne joe dan lady noe.. pe salahnya cuba.. mana tau dapat duit lebih lebih lebih.. boleh buat kawin.. hehehe.. cubalah, terutamanya untuk pengguna internet tegar.. cam saya, kamu dan kamu dan kamu.. click kat bawah ye..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin