Monday, March 8, 2010

kesian si Bujang..

Note: entry ni dikhuatiri akan mengecikkan hati sesapa. minta maaf. jangan baca kalau tak mau baca. skip je entry ni. arasso ?

Aku sungguh-sungguh TIDAK SUKA bila sesiapa yang suka mengajukan pertanyaan :KAU BILA LAGI? Biasanya yang akan mengajukan pertanyaan ni adalah mereka yang akan bertunang sekejap lagi atau mereka yang akan bernikah 6 bulan lagi atau mereka yang baru sahaja selesai akad nikah..

Bukan nak kurang ajar atau tidak beradab dengan kawan-kawan sendiri. Tapi, apa jawapan yangg korang harapkan?

“Oh! Sekejap lagi aku bertunang la.

atau,

tahun depan kot err tahun depan nya lagi kot

atau

errr.. ntahlah”

atau korang nak dengar jawapan macam ni

“tak da orang nak”

Korang akan cakap, “eleh, si polan dulu nak kat kau, kau sombong”

“belum ada jodoh lagi”

Korang akan balas, “cepat-cepatla cari jodoh. Jangan memilih sangat”

“tak da orang masuk meminang lagi” Biasanya korang akan senyap bila aku cakap macam ni. Puas hati aku.

Lagi sekali, bila bertunang bukan semestinya kau akan bernikah dengan dia. Mana tau ketentuan Tuhan. Jadi, jangan rasa secure sangat bila dah bertunang. Sama juga bila bernikah. Jangan rasa bila korang dah bernikah, selamanya korang akan loving each other ever after ( ada jugak yang selamanya..). aku tak mendoakan apa-apa buruk terjadi pada pertunangan dan pernikahan orang. Cuma, ya, beringat-ingatla. Jangan terlalu gembira sampai soalan yang diajukan pada yang masih single mencederakan hati mereka. Kita tak tau apa yang telah mereka lalui dalam percintaan. Mengikat cinta itu bukan kerja mudah. Tapi memutuskan ikatan itu senang sangat. Herm.

Kalau dioarang dah nak kawin atau nak bertunang, pasti dikhabarkan. Tunggu sahaja berita tersebut.

1 comment:

Tulip said...

betul2..yg penting jaga perhubungan..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin