Friday, February 12, 2010

kerana bank

Kerja non stop minggu ni.. sabtu ahad dah takda cuti lagi.. kul 3pagi masih di opis. Kul 3 pagi start kerja, masuk semula jam 5 ptg, habis 3 pagi… tension.pressure. semua ada. Bagi aku, aku ok kalau semua orang bekerjasama. Kalau semua org hadap benda yang sama. Fair and square. Tapi agak tidak adail bila sepatutnya jaga branch pada hari ahada 4 org, tapi end up dengandua orang sahaja. Tak sempat kami nak makan, nak bercakap, teguk air. Email dan call dating bertub-tubi. Lagi sedih dan kecewa bila kebajikan tak dijaga sebaik mungkin. Makanan pun tidak ada. Akhirnya berderai jugak air mata aku.
Bila nak minta off day, sebab tak berenti-renti kerja, tapna cuti, banyak pulak birokrasi di sini. Haiih. Mulut aku jadi makin kurang ajar.
‘kalau korang tak nak pikir saya dan Marissa yang tak henti-henti dating kerja 11 hari, korang pikirla in future, anak perempuan korang diperlakukan macam ni’.
Kami minta half day je pun, bukan whole day. Kami jaga branch eastern je pun, tyang cuti hari jumaat. Tolong bagi simpati sikit boleh?
Kami dah tak mampu nak call mak ayah kami, takut kami akan mengadu, dan mak ayah kami akan mengatakan, kesiannya anak mak. Dan akhirnya kami akan menangis dan langsung akan hilang ketabahan kami.
Dear orang atasan, tolong la fikir. Jangan kamu asik ulang, tak per la, korang masih bujang, takder tanggung jawab lagi. Habis tu, kami takder tanggunugjawab pada diri sendiri? Apda rumah kami? Pada mak ayah kami? Pada adik beradik kami?? Kenapa korang asik piker korang je yang ada tanggungjawab? Atleast korang bila balik, ada suami dan isteri untuk jaga korang semua? Kami? Rumah kami kena pecah, kami kena piker juga. Beban perasaan yang kami tanggung,ada korang pikir?
Bengang bila hanya kami yang pikirkan tanggungjawab kami pada bank, pada semua Branches. Orang lain? Tak pernah pikir. Sanggup biarjkan kami dua orang je jaga 14 branches, terkapai-kapai dengan alas an tak larat. Saper tak sakit hati? Dating pulak kerja hari isnin, dengan tanpa maaf dan tanpa rasa bersalah. Jadi jangan salah kan aku, bila ko kena tengking depan semua orang!
Jangan salahkan kami, bila kami mengamuk sebab problem log tak dpat kat kami balik. Kami dah kerja non stop. Tolong fikir keadaan hur hara kami. Done!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin