Wednesday, January 27, 2010

tempat baru

alhamdulilah dah dua minggu di bangunan baru. damansara heights. wisma bank islam.tingkat 7. depan CTO. nice. tsk.
tempat kali ni limited sikit berbanding di maju dulu. tiada lagi extra drawer. guna hanya apa yang diberikan.

rules:
  • no box under ur table.
    no file above the cubicle.
  • no food at ur cubicle.
  • eat ur food at pantry (yang kecik dan sempit).

yargh. mula-mula tension gak. duk depan CTO (yang erm..). jantung berdebar je. takut ada yang tak kena.itu minggu pertama la. masuk minggu kedua, kami belajar untuk, jadi diri sendir. berborak bila kerja dah siap (pedulik). bangun dan buat perbincangan secara kuat dari cubicle ke cubicle (hahaha). bercerita tentang topik pagi di hotfm mahupun di flyfm diwaktu rehat (dan diperhatikan oleh CTO, dan dia tersenyum leret kat aku, sumpah tak faham maksud dia, senyum balas sahaja).
bila orang tanya, mcm mana duk depan CTO, jawapan sekarang, dah tak da perasaan dah. buat sahaja apa nak buat. dah dia nak sangat kami duk depan dia, hadap la perangai kami ni. janji kerja deliver.
ada juga kebaikan di tempat sekarang. dulu, tempat kerani kami agak jauh dan tersorok dan terpinggir.dan dia agak sukar nak dimasukkan dalam perbualan dan gossip hari-hari kami. hubungan pun aku tengok tak berapa akrab. ada gap la. but then, bila di tempat baru ni, kami sekolompok.dan kakak kerani tu duduk dalam kelompok kami juga. dan akhirnya perlahan-lahan, hubungan yang ada gap tu bertambah baik. bertambah rapat. suka menengoknya :). harapnya kekal lama begini.
harapnya department ini kuat relationshipnya. jadi susah nak di perkotak-katikkan. terlalu banyak sangat gossip liar yang 'berat' dan 'kasar' sampai kadang-kadang susah nak pikul. tapi keraskan hati, kuatkan tekad,insya Allah boleh. kita orang Islam kan, berkerjaya di sebuah institusi kewangan Islam. harus kuat.tidak boleh biarkan mereka yang kafir terusan menginjak maruah kita. fighting!


tinggal kenangan di Maju Junction.. 2 tahun setengah di sini..

tempat baru..

p/s:
  • bahagia bila pagi-pagi sebelum memulakan kerja, ada tazkirah dan bacaan doa.di aminkan beramai-ramai di setiap level.
  • bahagia bila dapat solat asar berjemaah, bersalaman seusai solat, berdoa dan mengaminkan beramai-ramai dan mendapat santapan rohani.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin