Friday, January 22, 2010

observe

sejak akhir-akhir ni takut dengan erti perkahwinan. semuanya sebab jadi pemerhati dan pemikir yang teramat lately.

pemerhatian 1;
seorang suami dan dua anak sedang makan. ayah layan anak-anak makan. anak-anak menangis. datang si ibu. tanpa perasaan. tanpa tegur ayah. duduk.makan. marah anak sebab nangis. lama.masih tiada komunikasi dengan ayah a.k.a suami. pelik.lama. masih tiada komunikasi.

pemerhatian 2;
suami tidak keluarkan duit untuk keluarga. semuanya isteri yang keluarkan. untuk rumah. untuk nursery anak. untuk baju sekolah anak. untuk minyak kereta ke train. untuk touch n go balik kampung. untuk keluarga belah suami. apa fungsinya suami? oh, memberi telur agaknya. itu sahaja. driver juga. tapi mahu hak sebagai ketua. aduh aii..

pemerhatian 3;
isteri kerja makan gaji. suami kerja sendiri. pergi kerja asing-asing. suami balik langsung tak cakap.biar isteri tunggu terkapai-kapai. buat decision sendiri. senyap. masing-masing senyap dalam melayari perkahwinan.peliknya.

aku terpikir, bagaimana la mahu hidup dengan orang sebegitu lama tanpa merasa jemu. kalaulah pekerjaan yang kita hadap 9 to 6, 3 tahun pun sudah jemu, bagaimana pula mahu hadap orang yang sama selama hayat.
akumahu hidup dengan dia. sangat-sangat. tapi risau jika kemudian hari aku akan bosan. harap tak. harapnya rasa cinta tu tak berubah. harapnya kami tidak akan jadi seperti pemerhatian di atas.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin