Sunday, January 3, 2010

erti cantik

apa erti cantik? cantik is beautiful.
cantik berbeza definisi nya, terpulang kepada individual itu sendiri.
bagi aku cantik tidak cukup sekadar cantik fizikal. cantik itu lahir dari dalam. walau tanpa make up atau hot stuff melingkari badannya, kalau dia memang cantik dan elok hatinya, dia pasti cantik. boleh nampak dimukanya. cantik walau dia gelap. macam Jessica Alba. macam Halle Berry. cantik mesti datang dengan brain/akal. bukan bimbo.
ada yang melihat cantik hanya kepada bekulit putih. macam nenek aku. dia kata, gelap tak cantik. cantik kalauberkulit putih, halus mulus. bagi nenek, cantik kalau berambut ikal, bukan lurus macam orang cina. itu definisi cantik bagi nenek aku (so, ya, aku tidak cantik di matanya).. dia pernah describe pengantin, 'erm tak la lawa sangat, se sedang along je. kulit gelap'. huh, sabor jela..
ada juga berdefinisi cantik dengan hendakla bermake up sentiasa, sentiasa berbau harum dan berpakaian cantik. terpulang. aku suka juga sesekali berpakaian serebeh dan selekeh. heh. aku pernah juga kelaur dating dengan srabutnya, tanpa make up. lucky me, he doesnt mind.dia menerima aku seadanya.
ada yang berdefinisi cantik, mesti ada hot body.. cantik itu kurus. gemuk itu hodoh.
apa yang penting, tak guna muka cantik, pakai make up tebal, ngan bulu mata palsu, disalut Coach, Prada dan LV tapi berperangai sombong dan annoying. kan? tak guna cantik tapi bila berborak pasal hal sekliling terpinga-pinga tak tau. herm. bimbo.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin