Thursday, January 28, 2010

Cosmopolitan .. haih!


Baru dapatkan Cosmpolitan edisi Februari 2010. Dengan cover Kim Kardshian. Semakin hampa aku dibuatnya. Semakin nipis.masa nak beli tu pun dah berkira-kira. Wajarkah aku beli dengan senipis ini? Entah la, apa yang kurang. Tapi terasa sangat nipisnya. Sudah tiada isukah? Rasanya banyak sangat isu yang boleh dimuatkan untuk tatapan dan bacaan wanita.
Dulu mengkagumi Cosmo, sebab bukan sahaja pasal fesyen, tapi pasal kesihatan, seks, kerjaya, pershabtan, cinta, kereta, travel, food, senaman, semua disentuhnya.. sekarang, makin luntur dibuatnya.. sedih. Rasa-rasanya, lebih berbaloi aku ambik Intrend atau Eh!. Biar berharga rm7.50, namun melengkapi kehidupan aku di kota ni. please Cosmo. Selak balik keluaran 2007, 2008.. semuanya hangat..ni,cover story pun 1 helai sahaja. Adoi la.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin