Wednesday, January 6, 2010

26 tapi masih comel, percayalah

sudah 2010. tapi pagi tadi bagi reference number pada department lain, guna tahun 2009. ces. nasib baik kakak clerk tegur. kena tarik balik memo.
sedar dah 2010. cuma tak alert.hehe.
sedarkah aku sudah berumur 26 tahun ni? tersedar time pegi klinik 2 jan 2010.

lokasi: poliklinik Subang Perdana, masa: 8mlm rasanya. reasom; demam, selsema dan batuk.
ada dua budak jaga kaunter. kena isi borang medijaring.first time datang ni. takder fail lagi.. isi borang kilinik je since borang medijaring takder.
panggil masuk. pastu dah kuar semula, budak perempuan yang jaga kaunterpanggil.
'kak, kita dah jumpa borang medi jaring tu'
aku pun jalan ke kaunter. (eh, borang mediklinik. sama ker? tibai je la)
isi la borang tu. tiba-tiba.
'kak, akak ni comel la'.
huh? tersedak aku. aku rasa malam tu aku sungguh serabai. sungguh. sangat tak lawa. mahupun comel.dahla tertidur tunggu adik aku sampai.
'err?' aku tergamam
'betul kak. akak ni comel la' kata sorang lagi sambil tengok aku.
hish, dah blushing ni.. senyum2. kontrol skit. heh
'dik, ni nak letak umur before birthday boleh?' sambil senyum comel. tee..(",)
'letak umur tahun ni la kak. kak,akak dah kawin?'
'belum la dik. harap je umur dah 26, tapi takder saper nak' aku jawab sambil meletak umur 26 dengn payahnya di ruangan 'umur'
'betul ni kak? tak der pakwe lagi ke?'
'naper? ada calon ker? hehe..' pastu aku pun dipanggil amek ubat n nak blah
'kak, datang lagi ek'
dalam hati, dik, nak akak demam lagi ke? i tak suka klinik.. huhu..

moral of the story, aku masih comel walau dah 26 tahun. ok? agreed.
p/s: bf cakap, comel a.k.a cute bermaksud, ugly but tolerable. ces. mak cakap, comel tu untuk kucing je. adeih.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin