Thursday, January 28, 2010

Cosmopolitan .. haih!


Baru dapatkan Cosmpolitan edisi Februari 2010. Dengan cover Kim Kardshian. Semakin hampa aku dibuatnya. Semakin nipis.masa nak beli tu pun dah berkira-kira. Wajarkah aku beli dengan senipis ini? Entah la, apa yang kurang. Tapi terasa sangat nipisnya. Sudah tiada isukah? Rasanya banyak sangat isu yang boleh dimuatkan untuk tatapan dan bacaan wanita.
Dulu mengkagumi Cosmo, sebab bukan sahaja pasal fesyen, tapi pasal kesihatan, seks, kerjaya, pershabtan, cinta, kereta, travel, food, senaman, semua disentuhnya.. sekarang, makin luntur dibuatnya.. sedih. Rasa-rasanya, lebih berbaloi aku ambik Intrend atau Eh!. Biar berharga rm7.50, namun melengkapi kehidupan aku di kota ni. please Cosmo. Selak balik keluaran 2007, 2008.. semuanya hangat..ni,cover story pun 1 helai sahaja. Adoi la.

Wednesday, January 27, 2010

tempat baru

alhamdulilah dah dua minggu di bangunan baru. damansara heights. wisma bank islam.tingkat 7. depan CTO. nice. tsk.
tempat kali ni limited sikit berbanding di maju dulu. tiada lagi extra drawer. guna hanya apa yang diberikan.

rules:
  • no box under ur table.
    no file above the cubicle.
  • no food at ur cubicle.
  • eat ur food at pantry (yang kecik dan sempit).

yargh. mula-mula tension gak. duk depan CTO (yang erm..). jantung berdebar je. takut ada yang tak kena.itu minggu pertama la. masuk minggu kedua, kami belajar untuk, jadi diri sendir. berborak bila kerja dah siap (pedulik). bangun dan buat perbincangan secara kuat dari cubicle ke cubicle (hahaha). bercerita tentang topik pagi di hotfm mahupun di flyfm diwaktu rehat (dan diperhatikan oleh CTO, dan dia tersenyum leret kat aku, sumpah tak faham maksud dia, senyum balas sahaja).
bila orang tanya, mcm mana duk depan CTO, jawapan sekarang, dah tak da perasaan dah. buat sahaja apa nak buat. dah dia nak sangat kami duk depan dia, hadap la perangai kami ni. janji kerja deliver.
ada juga kebaikan di tempat sekarang. dulu, tempat kerani kami agak jauh dan tersorok dan terpinggir.dan dia agak sukar nak dimasukkan dalam perbualan dan gossip hari-hari kami. hubungan pun aku tengok tak berapa akrab. ada gap la. but then, bila di tempat baru ni, kami sekolompok.dan kakak kerani tu duduk dalam kelompok kami juga. dan akhirnya perlahan-lahan, hubungan yang ada gap tu bertambah baik. bertambah rapat. suka menengoknya :). harapnya kekal lama begini.
harapnya department ini kuat relationshipnya. jadi susah nak di perkotak-katikkan. terlalu banyak sangat gossip liar yang 'berat' dan 'kasar' sampai kadang-kadang susah nak pikul. tapi keraskan hati, kuatkan tekad,insya Allah boleh. kita orang Islam kan, berkerjaya di sebuah institusi kewangan Islam. harus kuat.tidak boleh biarkan mereka yang kafir terusan menginjak maruah kita. fighting!


tinggal kenangan di Maju Junction.. 2 tahun setengah di sini..

tempat baru..

p/s:
  • bahagia bila pagi-pagi sebelum memulakan kerja, ada tazkirah dan bacaan doa.di aminkan beramai-ramai di setiap level.
  • bahagia bila dapat solat asar berjemaah, bersalaman seusai solat, berdoa dan mengaminkan beramai-ramai dan mendapat santapan rohani.

Monday, January 25, 2010

take care my Agasshi a.k.a my fair lady


haih. selesai sudah menghabiskan My Fair Lady a.k.a Take Care My Agasshi.. sangat suka. best. gelak2 guling2.pastu nangis sambil lipat kain.. aigooo.. next in que, My beautiful..

si kembar kenit..

My colleague just delivered her 3rd and 4th baby. Yes! It twins! And both are princess. Aigoo, so lucky since she already have 2 prince. And she’s hoping for the girl. Thought both will girl, but then the doc said, maybe one girl. Confirm 1 boy. Then, when she delivered, she so surprised when it pop out both girls.. huhu. So, me and marissa take a journey to Bangi and visit her and the babies.

Presenting,
Nadiah Musfirah and Nadirah Murfiqah. (betul ke ni..?)

Nadira menggeliat.. iyarrgh.

keciknya jari Nadia, tapi panjang.. nice.

akan ku genggam bara api.. go Nadia!



sweet..:)


si kembar..



bobo biru




Kesian Bobo.

Kesian sangat. Rasa macam dah lama gile tak menghiraukan keperluan Bobo.

Dah dekat sebulan Bobo tak basuh.

Dah dekat 300km extr untuk diservis.

Door visor dah tercabut satu akibat tidak dilekat ngan baik. Aiggooo.

Tayar satu tu asik kurang angin je.mengapakah?


So, sabtu yang panas dna hening dan mengantuk, aku bawak Bobo untuk diservis. Check sekali tayar nya. Oh, ada 4 lubang kata si mamat cina tu. kalau mau tampal, satu rm5, semuanya rm20. Baik u tukar tiub terus, rm25 sahaja. Ah, gasakla. Ok, buat sahaja tokey.

Aku cuba tempat servis baru kali ni sebab nakpi Wangsa Maju yang biasa aku pi tu, jauh bebenor la rasanyer.. since, aku dah dapat pamphlet dia, kononya murah. Minyak hitam Paetronas, air filter= rm50. Aku try je la kan. mana tau sekali ngan labor cost mau gak cecah rm100 ni. rupanya idak. Bila dapat bil je, wah! Rm75= RM50+rm25 (tiub).. murah nyer.. ngeh ngeh ngeh.. seronok bangat aku.. suka sangat. Oh, lupa, nama nya BJT workshop, kat subang bestari, area2 sekolah menengah.. promotion sampai februari ni.. J

Sunday, January 24, 2010

prepared for the next.. challenge!!

Hari sabtu yang sangat pack dan mengujakan.

Paling penting, kena kerja. Ya, kerja di hari Sabtu bukan perkara pelik lagi untuk aku skarang. Mock run system. Mengajar branch.

Kali ni kena buat Mock Run 4 pula. Khas untuk branch yang fail during Mock run 3. Masih kena jaga branch Jerteh dan tolong cover my colleagues, jaga Kuching.

Alhamdulilah, semuanya sempurna walau di Akhir garisan Kuching hampir tersungkur. Aduhai. Semua bersykukur alhamdulilah bila aku cakap ‘ok Kak/ encik, saya dah terima fax akak. Semuanya ok. Boleh la balik sekarang’. Alhamdulilah, semuan nya ok kan cik Anis. Seronoknya dapat rasa perasaan happy tu. ya,aku senyum sahaj sepanjang mock run yng berlaku dr jam 6 petng sampai 11 malam. Senyum sebab semua smooth. Happy sebab branch bagi kerjasama sepenuhnya.

Next, cant wait for the Cut Over. Must be more challenging. Aja aja fighting!

Friday, January 22, 2010

observe

sejak akhir-akhir ni takut dengan erti perkahwinan. semuanya sebab jadi pemerhati dan pemikir yang teramat lately.

pemerhatian 1;
seorang suami dan dua anak sedang makan. ayah layan anak-anak makan. anak-anak menangis. datang si ibu. tanpa perasaan. tanpa tegur ayah. duduk.makan. marah anak sebab nangis. lama.masih tiada komunikasi dengan ayah a.k.a suami. pelik.lama. masih tiada komunikasi.

pemerhatian 2;
suami tidak keluarkan duit untuk keluarga. semuanya isteri yang keluarkan. untuk rumah. untuk nursery anak. untuk baju sekolah anak. untuk minyak kereta ke train. untuk touch n go balik kampung. untuk keluarga belah suami. apa fungsinya suami? oh, memberi telur agaknya. itu sahaja. driver juga. tapi mahu hak sebagai ketua. aduh aii..

pemerhatian 3;
isteri kerja makan gaji. suami kerja sendiri. pergi kerja asing-asing. suami balik langsung tak cakap.biar isteri tunggu terkapai-kapai. buat decision sendiri. senyap. masing-masing senyap dalam melayari perkahwinan.peliknya.

aku terpikir, bagaimana la mahu hidup dengan orang sebegitu lama tanpa merasa jemu. kalaulah pekerjaan yang kita hadap 9 to 6, 3 tahun pun sudah jemu, bagaimana pula mahu hadap orang yang sama selama hayat.
akumahu hidup dengan dia. sangat-sangat. tapi risau jika kemudian hari aku akan bosan. harap tak. harapnya rasa cinta tu tak berubah. harapnya kami tidak akan jadi seperti pemerhatian di atas.

Thursday, January 21, 2010

Law of The Garbage Truck

One day I hopped in a taxi and we took off for the airport...

We were driving in the right lane when suddenly a black car jumped out of a parking space right in front of us.

My taxi driver slammed on his brakes, skidded, and missed the other car by just inches!

The driver of the other car whipped his head around and started yelling at us.

My taxi driver just smiled and waved at the guy. And I mean, he was really friendly.

So I asked, 'Why did you just do that? This guy almost ruined your car and sent us to the hospital!'

This is when my taxi driver taught me what I now call,

'The Law of the Garbage Truck.'

He explained that many people are like garbage trucks. They run around
full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment.

As their garbage piles up, they need a place to dump it and sometimes they'll dump it on you. Don't take it personally.

Just smile, wave, wish them well, and move on. Don't take their garbage and spread it to other people at work, at home, or on the streets.

The bottom line is that
successful people do not let garbage trucks take over their day.


Life's too short to wake up in the morning with regrets,
so ... Love the people who treat you right.

Smile and bless the ones who don't .

Life is ten percent what you make it and ninety percent how you take it!

Have a blessed, garbage-free day!

Sunday, January 17, 2010

another trip.. Penang


http://www.tourismpenang.gov.my/Index.html



Planning for Penang this March.. erm.. I’m not loking for something expensive.. yang penting, dapat pergi tempat yang tak pernah jejak..

Tarikh plan: 6 March

Bertolak: dari kl naik KTMB malam padaha 5 march..

Tiba: jangka 6 pagi di Butterworth, ambek teksi ke Feri Penang

Kenderaan: sewa kereta samada dari Butterworth atau di Penang(survey lagi..)


Must visit!

Ø Tropical Spice Garden (it’s the only
spice garden in South East Asia)

Ø Bukit Bendara


Ø All the major heritage buildings
and clanhouses in the George Town
inner city!

Must do!

Ø Take a trishaw ride or walking tour of the George Town Unesco World Heritage Site!

Ø Laze by the scenic Batu Ferringhi beach or take a leisurely stroll along Gurney Drive

Ø Take a cable car ride up Penang Hill
(the view of the island is breathtaking!) and go on a ferry ride

Ø Shop at the many flea markets, pasar malam and modern shopping malls


Must eat!

Ø Rojak

Ø Pasembur

Ø Bukit Tambun Seafood


Kos:

Keretapi - Rm19 pergi- (coach biasa yang ada tempat makan)

-Rm19 balik

Kereta sewa - RM100/4 =rm25

Minyak -RM50/4=lebih kurang rm15

Kos basic rm100. Makan. Shopping.entrace.Rm50.

Wah. Menarik.bboleh buat destinasi budget ni…

Penang, here we come!!


p/s: rindukan kesejukan Cameron Highlands, makn aiskrim with strawberry puree, minum teh di BOH.. erm.. bestnya.

Thursday, January 14, 2010

lokasi baru *winx*

sudah di opis baru. masih company yang sama. di bank yang sama. lokasi sahaja sudah berubah. agak suka. sebab nice. agak menyampah ngan masalah parking. agak bosan. sebab tak da sogo. seronok. dekat skit ngan rumah. hehe

Tuesday, January 12, 2010

Part I - Kota Kinabalu's trip

alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang. trip yang dirancang sejank bulan 6 2009, beli tiket air asia murah sejak bulan 6, then, kami sekeluarga berlepas ke Kota Kinabalu pada 8 jan 2010.
flight saya ema dan ain berlepas awal, jam 5.10, mak engku dan lutfi jam 7.30 malam. kelakar, kami dihantar keairport oleh Rauf (bf ain) dan Adnan (bf saya). yeah,finally engku jumpa Adnan juga (suka..:))
beria-ria saya ngajar Lutfi, macam mana nak check in. takutnya mereka ada masalah.. tapi, so lucky, saya notice last minute yang flight diorang takda dalam senarai! God! rushing pegi ke Air Asia customer service, they told me,the filght was reschedule to the early morning. geramnya!hampir menitik air mata kat kaunter tu, then dioang terus swap my parents dalam flight kul5.10. phew!! nasib baik gile! then we took off togather! yeay!
selamat tiba di KK jam 7.40pm. makan dulu. then, ambil Avanza yang disewa.. agak murah. sewa sehari+penghataran ke hotel+penghatran ke KKIA untuk 6 orang=rm250.. boleh la..
hari esoknya, pagi-pagi bangun pi sarapan.. sweet, baked beans mith omelete.. ada pasar tamu yang hanaya ada pada hari enam (sabtu)..
kemudian, kami cuba mencari Cultural Village Monsopiad. hampeh,google maps salah bagi maps.. sioot gile, sampai ke kilang kami dibuatnya.. kami tukar arah ke 1Borneo. from my knowledge, its the biggest mall in Malaysia.. yah! quite big, but not fully finisihed yet.. then, kami decide untuk ke Kaki Gunung Kinabalu.. of course bukan ke Gunung KInabalu, sebab nak panjat kena booking 4-6bulan ya, plus with stamina.. sejuk sanagt.perjalanan agak jauh dan naik bukit.agak sakit kaki ain bawak keter.sian dia.. bila sampai, rasa cam bset sangat.. tenang sangat.. ada orang suggest terukan ke Kundasang..mak aiih,jauh nyer lagi... ok, itu sahaja itu Part I ni.. next will update more.. tired..

Wednesday, January 6, 2010

26 tapi masih comel, percayalah

sudah 2010. tapi pagi tadi bagi reference number pada department lain, guna tahun 2009. ces. nasib baik kakak clerk tegur. kena tarik balik memo.
sedar dah 2010. cuma tak alert.hehe.
sedarkah aku sudah berumur 26 tahun ni? tersedar time pegi klinik 2 jan 2010.

lokasi: poliklinik Subang Perdana, masa: 8mlm rasanya. reasom; demam, selsema dan batuk.
ada dua budak jaga kaunter. kena isi borang medijaring.first time datang ni. takder fail lagi.. isi borang kilinik je since borang medijaring takder.
panggil masuk. pastu dah kuar semula, budak perempuan yang jaga kaunterpanggil.
'kak, kita dah jumpa borang medi jaring tu'
aku pun jalan ke kaunter. (eh, borang mediklinik. sama ker? tibai je la)
isi la borang tu. tiba-tiba.
'kak, akak ni comel la'.
huh? tersedak aku. aku rasa malam tu aku sungguh serabai. sungguh. sangat tak lawa. mahupun comel.dahla tertidur tunggu adik aku sampai.
'err?' aku tergamam
'betul kak. akak ni comel la' kata sorang lagi sambil tengok aku.
hish, dah blushing ni.. senyum2. kontrol skit. heh
'dik, ni nak letak umur before birthday boleh?' sambil senyum comel. tee..(",)
'letak umur tahun ni la kak. kak,akak dah kawin?'
'belum la dik. harap je umur dah 26, tapi takder saper nak' aku jawab sambil meletak umur 26 dengn payahnya di ruangan 'umur'
'betul ni kak? tak der pakwe lagi ke?'
'naper? ada calon ker? hehe..' pastu aku pun dipanggil amek ubat n nak blah
'kak, datang lagi ek'
dalam hati, dik, nak akak demam lagi ke? i tak suka klinik.. huhu..

moral of the story, aku masih comel walau dah 26 tahun. ok? agreed.
p/s: bf cakap, comel a.k.a cute bermaksud, ugly but tolerable. ces. mak cakap, comel tu untuk kucing je. adeih.

Sunday, January 3, 2010

my wish list.. wish wish!

Before get married, I wish I could:

1. own a nice car, not so expensive, but affordable and first hand (granted)
2. take my family for holiday every year, (at least) with my bonus (granted)
3. bawak family yang belum pernah naik kapal terbang (will granted, insya Allah next week)
4. support my sister for her study (granted)
5. bought my mom branded handbag, clothes (granted)
6. help my dad (granted)
7. own a good carrier (Alhamdulillah, granted as grad from UIA)
8. travel to oversea, especially Korea..(tengah plan ni)
9. get engaged with him at least 6months before married (tengah plan ni)
10. own a hot body (hahahaha! Try so ‘not hard’)
11. bought flat at wangsa maju then rent it. So, bila bergaduh ngan laki boleh lari ku umah ni nanti. Hahaha. Investment for future. ( dalam perancangan)
12. make sure my sis and lil bro wont be left out once I get married. Hopefully!

erti cantik

apa erti cantik? cantik is beautiful.
cantik berbeza definisi nya, terpulang kepada individual itu sendiri.
bagi aku cantik tidak cukup sekadar cantik fizikal. cantik itu lahir dari dalam. walau tanpa make up atau hot stuff melingkari badannya, kalau dia memang cantik dan elok hatinya, dia pasti cantik. boleh nampak dimukanya. cantik walau dia gelap. macam Jessica Alba. macam Halle Berry. cantik mesti datang dengan brain/akal. bukan bimbo.
ada yang melihat cantik hanya kepada bekulit putih. macam nenek aku. dia kata, gelap tak cantik. cantik kalauberkulit putih, halus mulus. bagi nenek, cantik kalau berambut ikal, bukan lurus macam orang cina. itu definisi cantik bagi nenek aku (so, ya, aku tidak cantik di matanya).. dia pernah describe pengantin, 'erm tak la lawa sangat, se sedang along je. kulit gelap'. huh, sabor jela..
ada juga berdefinisi cantik dengan hendakla bermake up sentiasa, sentiasa berbau harum dan berpakaian cantik. terpulang. aku suka juga sesekali berpakaian serebeh dan selekeh. heh. aku pernah juga kelaur dating dengan srabutnya, tanpa make up. lucky me, he doesnt mind.dia menerima aku seadanya.
ada yang berdefinisi cantik, mesti ada hot body.. cantik itu kurus. gemuk itu hodoh.
apa yang penting, tak guna muka cantik, pakai make up tebal, ngan bulu mata palsu, disalut Coach, Prada dan LV tapi berperangai sombong dan annoying. kan? tak guna cantik tapi bila berborak pasal hal sekliling terpinga-pinga tak tau. herm. bimbo.
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin