Wednesday, December 16, 2009

klon kan saya, please

Celarunya hidup! Aku rasa nak kerat-kerat badan aku ke beberapa kepingan. Supaya ada banyak wan norhanis. 1 untuk keluarga di Jerantut,1 untuk adik-adik di KL ni, 1 untuk department, 1 untuk buat mock run, 1 untuk BF, 1 lagi untuk kawan-kawan. Haiih. Hidup. Penatnya.

Untuk keluarga dikampung, ibu mahu kami pulang. Tapi aku tak dapat bagi tarikh. Sebab?? Semuanya clash dengan agenda dan kerja di KL. Haiih, ampun ibu..

Untuk adik-adik, kakak ni kena tengak adik yang di uia Gombak tu, kena tengokkan buku untuk nya, kena ambik dia dari uia, hantar bila ahad. Tak ikut, muncung. Haaih.

Untuk department, kerja buat manual ni tak sudah-sudah perlu di update dan dibuat discussion ngan product owner yang nak aku je korek input. Baginyer tak nak. Dahla kena korek change untuk system baru. Haaih. Tolongla ringankan beban aku. Manager dah ‘suap’ dengan great lunch dengan message, pastikan semuanya ready by 24 december.. aduhai..

Untuk project, aku kena kerja every sabtu. Training di Kuala Terengganu, Mock run 2 dan mock run 3.. haaiih. Uruskan branch yang memeningkan (aku tau, org HQ lagi memeningkan orang Branch, sorry ye..)

Untuk BF yang sudah terasa aku tidak menghiraukan dia.. every sabtu kawannya kawin. Semuanya kalau boleh mahu aku pergi sama. Aku mahu. Seriously. Bersama dia, aku bahagia. Tapi apa aku boleh buat?? Kerja aku skang dah tak kira masa. Tak kira sabtu atau ahad. Haaih.

Untuk kawan-kawan, maafkan aku sebab terpaksa tidak menerima jemputan kawin sahabat-sahabt. Ampun maaf maaf kerna tak dapat jadi pengapit kamu. Kalaula boleh skip all the mock run and those project.. haiiah..

Untuk mereka yang sudi menjemput aku dan BF,

v Alang dan isteri, kami selamat sampai di Klang, tahniah..

v Faizal Jalil dan isterinya, Solikhah Atiyah, selamat pengantin baru, maaf tak dapat hadir.

v Megat dan hanim, keduanya dikenali melalui BF, maaf tak dapat ikut ke Kedah atau ke Gombak

v Ah Choi dan isteri, tahniah,

v Hasnor Azizan dan suami, maaf tak daapt jenguk ke Rompin,

v Kok Ikin dan suami, maaf tak dapat turut serta di majlis di KL

v Adilla dan Ikhwan, tak dapat menjadi saksi pernikahan kamu di Perak, aku cuba di KL ya

v Che Am dan Izzaty, kami sedang cuba usahakan untuk datang

v Atie dan bakal suami, sedihnya tak dapat penuhi untuk jadi pengapit kamu.. alahai..

Buat sahabat yang dah menjemput aku 5 bulan awal, aku akan cuba sedaya upaya penuhi jemputan kamu. Cuti pun aku sanggup ambil, demi kawan yang nak mendirikan tenaga.

p/s: wonder, adakah akan ada kawan-kawan aku yang akan bersama aku di malam berinai dan tidur bersam-sama sambil berkongsi kisah lalu sebelum akku diijab Kabul esoknya?? Pastinya kamu semua akan datang dengan perut memboyot di hari esoknya sahaja kan.. huhuhu

3 comments:

ankowada said...

bizinye anda~

aku tgh doa bnyk-bnyk ni supaya mei depan ko tak bz...rindu sgt mau jumpe =((

maiza mza said...

bz btol. kawan maner yg nak mendirikan tenaga tuh?

hanys said...

jangan risau wada.. ko orag pertama cop aku, kawan aku sejak sekolah.. takkan aku tak sanggup menurahkan tenaga.. dun worry beb.
maiza, oh, semua akwan2 sekolah.. dan juga kawan2 dnan yang mengenali aku dan menjemput kami...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin