Sunday, October 18, 2009

Zaman sekarang

Aku baru lepas basuh kereta. Setelah sebulan aku tak basuh kereta tu, so hari ni decide nak pi basuh since my mom will come next week. kang menjerit plak mak aku tu tengok keadaan kereta tu. Ala, bukannya kotor sangat pun sebab semalam dah dapat ‘cuci’ free dari langit. Hehe. Btw, boleh nampak kotor dalam sebab banyak pasir.

Bila aku pergi cuci kereta, banyak kereta berderet-deret menunggu turn kereta dicuci. Hanya aku sahaja empunya keretanya perempuan. Aku ada nampak kereta yang bercirikan perempuan, tapi laki yang bawak, maybe kereta wife, atau kereta kakak atau kereta awek. Entahla. Yang pasti, aku tiada siapa yang nak bwak kereta aku pergi cuci. Hehe.

Herm, boleh dikatakan fenomena ni dah banyak aku lalui. Hanya aku perempuan bawak kereta aku pergi servis, hanya aku perempuan ketika pam angin tayar, hanya aku perempuan isi minyak (dijerantut).. yang lain, semua lelaki. Dari sumber-sumber, aku percaya, walau perempuan itu sendiri empunya kereta, yang isi minyak adalah suaminya, yang bawak servis adalah suaminya, yang bawak pam tayar, pun suaminya.

Aku (dan kawan-kawan aku) dah biasa buat semua itu sendiri sejak kami bekerja di KL ni. Semuanya sendiri.mak aku pernah mengeluh, ‘hai along, awak ni hidupnya berdikari sangat. Semuanya sendiri’. Gulp! Bagi aku biasa sahaja, tak berdikari pun,sebab aku Nampak kawan aku yang lain buat semuanya sendiri.

Bila difikir-fikir balik, no wonder la perempuan yang bawak kereta banyak sangat cengkadaknya. Dialah sebab jam, dialah penyebab accident. Kenapa? Sebab dia tiada pengetahuan dalam bab-bab kereta. Semuanya orang lain yang lakukan. Bila sudah sendiri, maybe sebab bercerai atau suami meninggal, hidup akan tunggang langgang. Bil-bila tak tau nak dibayar kat mana, kereta bayar kat bank mana, insurans kena bayar tiap-tiap tahun, kereta kena servis bila tiba waktunya, minyak kena isi sendiri.

Aku jeles tengok bila si suami yang bawakkan kereta isteri pergi pam minyak atau servis kereta. Tapi bila difikirkan hikmah aku buat sendiri, aku berasa lega. Sangat-sangat.

Yang penting dalam hidup ni, Allah dah bagi reason kenapa ia berlaku. So, lihatlah dari sudut positif.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin