Saturday, October 17, 2009

Ucapan Najib- perhimpunan UMNO


Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO baru sahaja selesai menyudahkan ucapan sempena perhimpunan UMNO di PWTC bari-baru ini. (malangnya aku tak berkesempatan merasai aura itu kerna berpuasa 6 straight). tahun lepas aku pergi. dapat jumpa Ali Rustam, dpat tengok kelibat Najib, dapat tengok sendiri dewan yang menjadi tempat perhimpunan. auranya lain. lagi rasa bersemangat sebab aku adalah penyokong UMNO dikala rebah atau dikalau ia berdiri megah. UMNO itu dalam darah kami, kata engku.


Kata Najib menerusi tema ucapan Menjunjung Tradisi dan Menzahirkan Perubahan, Najib yakin demokrasi dalam Umno akan dipulihkan, mendapat kepercayaan rakyat dan Umno terus akan menjadi peneraju kerajaan. Katanya juga tindakan itu sejarah buat Umno dan melambangkan keberanian Umno melakukan perubahan. Ini katanya adalah kesungguhan Umno untuk mengubah dirinya.


itu antara intipati penting. aku dengar bukan secara live, tapi ketika berita. hampir menitik air mata aku dilkala Najib melaungkan Hidup UMNO, hidup Melayu. siapa lagi mahu membela nasib kita? bukan aku tak memandang PAS sebagai parti Islam, tapi aku rasa hala tuju PAS berselokbelok atau bercabang-cabang. apa sebenarnya hala tuju mereka? sanggup menggadaikan tujuan asal, demi mengaut undi dan berkolaborasi dengan mereka yang terang-terang menolak dasar PAS. sedihnya.

walau Najib (dan Rosmah) dikutuk-kutuk oleh orang sekeliling, tapi aku anggap itu semua berlebih lebihan. aku memegang pada prinsip, Allah Maha Besar, jika Najib itu begitu buruk perangainya, dan tidak layak memimpin Malaysia, Allah akan tunjukkan.

untuk mereka yang asyik mencari perkara negatif,percayala, kami orang UMNO selalu berpendapat, kalau tiada pembangkang yang mengkritik atau menghentam, kami akan terus tidur lena. memetik kata-kata orang PAS di Jerantut, kami bukan nak sangat pegang Malaysia, tapi tanpa kami, BN tidak akan sedar kesalahan atau kelemahan. betul, aku setuju. aku juga begitu, tetap menghentam dan menegur UMNO jika mereka bersalah. tapi dengan saluran yang betul, bukan beria-iya menghentam dikedia kopi sahaja.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin