Thursday, October 29, 2009

25 tahun kah?



Hari ni besday one of my best buddies. Yes, welcome to 25’s group. You are an adult now. Eleh, if not 25 pun, u already an adult when u decides to get engage with your fiancé. Hehe



25 years old. Dulu aku menantikan saat aku berumur 25 tahun. 10 tahun dulu, aku rasa umur 25 tahun adalah umur kematangan. Pemikiran 10 tahun dulu tak sama dengan pemikiran sekarang, aku kira. Bila aku menyambut umur 25 tahun, akau rasa kan, aku masih belum matang, baik dari segi kerjaya, cinta mahupun kehidupan. Entahlah, mungkin aku tak sedar aku dah matang. Hahaha… tapi sikit-sikit dah nampak la kot.


· Aku lebih pentingkan kehidupan aku selepas aku berkahwin nanti, bukan ketika aku melangsungkan perkahwinan. Itu juga satu pembaharuan dalam hidup aku.


· Aku lebih pentingkan keluarga dari kerjaya aku. Aku sanggup ambil EL untuk menguruskan keluarga aku.


· Aku juga lebih berhati-hati dalam berkawan dengan orang. Aku belajar, tak semua orang sesuai untuk dijadikan kawan. Aku mahukan kawan yang boleh aku bercerita ketika aku sedih dan happy. Yang mahu aku berkongsi kegembiraan dan juga kepayahan mereka. Yang tak segan meminta bantuan aku ketika perlukan bantuan aku dan juga sebaliknya.


· Aku juga belajar, bertoleransi dan understanding itu penting dalam hubungan cinta. Masing-masing perlukan ruang sendiri, dan kami saling memberi itu.



Aku perasan, tahun demi tahun, cara kami menyampaikan ucapan ‘Happy Birthday’ setiap tahun semakin matang dalam konteks yang tersendiri. Dulu kami serbu bilik birthday girl. Tahun berikutnya, kami menyanyikan menggunakan handphone. Tahun berikutnya, MMS gamabr kek jadi pengganti. Dan tahun-tahun berikutnya, ucapan yang semakin menampilakn usia masing-masing. Tahun ni aku cuma mengucapkan, ‘happy birthday dear, welcome to 25’s group. May allah bless u’. simple, tapi yang paling penting ikhlas dari hati. Dan Alhamdulillah, kami tak lupa birthday masing-masing (lagi).. hehe.. and hopefully, kami akan kekal begini untuk tahun-tahun akan datang walau telah bersama dengan orang yang tersayang.


No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin