Thursday, October 29, 2009

25 tahun kah?



Hari ni besday one of my best buddies. Yes, welcome to 25’s group. You are an adult now. Eleh, if not 25 pun, u already an adult when u decides to get engage with your fiancĂ©. Hehe



25 years old. Dulu aku menantikan saat aku berumur 25 tahun. 10 tahun dulu, aku rasa umur 25 tahun adalah umur kematangan. Pemikiran 10 tahun dulu tak sama dengan pemikiran sekarang, aku kira. Bila aku menyambut umur 25 tahun, akau rasa kan, aku masih belum matang, baik dari segi kerjaya, cinta mahupun kehidupan. Entahlah, mungkin aku tak sedar aku dah matang. Hahaha… tapi sikit-sikit dah nampak la kot.


· Aku lebih pentingkan kehidupan aku selepas aku berkahwin nanti, bukan ketika aku melangsungkan perkahwinan. Itu juga satu pembaharuan dalam hidup aku.


· Aku lebih pentingkan keluarga dari kerjaya aku. Aku sanggup ambil EL untuk menguruskan keluarga aku.


· Aku juga lebih berhati-hati dalam berkawan dengan orang. Aku belajar, tak semua orang sesuai untuk dijadikan kawan. Aku mahukan kawan yang boleh aku bercerita ketika aku sedih dan happy. Yang mahu aku berkongsi kegembiraan dan juga kepayahan mereka. Yang tak segan meminta bantuan aku ketika perlukan bantuan aku dan juga sebaliknya.


· Aku juga belajar, bertoleransi dan understanding itu penting dalam hubungan cinta. Masing-masing perlukan ruang sendiri, dan kami saling memberi itu.



Aku perasan, tahun demi tahun, cara kami menyampaikan ucapan ‘Happy Birthday’ setiap tahun semakin matang dalam konteks yang tersendiri. Dulu kami serbu bilik birthday girl. Tahun berikutnya, kami menyanyikan menggunakan handphone. Tahun berikutnya, MMS gamabr kek jadi pengganti. Dan tahun-tahun berikutnya, ucapan yang semakin menampilakn usia masing-masing. Tahun ni aku cuma mengucapkan, ‘happy birthday dear, welcome to 25’s group. May allah bless u’. simple, tapi yang paling penting ikhlas dari hati. Dan Alhamdulillah, kami tak lupa birthday masing-masing (lagi).. hehe.. and hopefully, kami akan kekal begini untuk tahun-tahun akan datang walau telah bersama dengan orang yang tersayang.


Sunday, October 18, 2009

Zaman sekarang

Aku baru lepas basuh kereta. Setelah sebulan aku tak basuh kereta tu, so hari ni decide nak pi basuh since my mom will come next week. kang menjerit plak mak aku tu tengok keadaan kereta tu. Ala, bukannya kotor sangat pun sebab semalam dah dapat ‘cuci’ free dari langit. Hehe. Btw, boleh nampak kotor dalam sebab banyak pasir.

Bila aku pergi cuci kereta, banyak kereta berderet-deret menunggu turn kereta dicuci. Hanya aku sahaja empunya keretanya perempuan. Aku ada nampak kereta yang bercirikan perempuan, tapi laki yang bawak, maybe kereta wife, atau kereta kakak atau kereta awek. Entahla. Yang pasti, aku tiada siapa yang nak bwak kereta aku pergi cuci. Hehe.

Herm, boleh dikatakan fenomena ni dah banyak aku lalui. Hanya aku perempuan bawak kereta aku pergi servis, hanya aku perempuan ketika pam angin tayar, hanya aku perempuan isi minyak (dijerantut).. yang lain, semua lelaki. Dari sumber-sumber, aku percaya, walau perempuan itu sendiri empunya kereta, yang isi minyak adalah suaminya, yang bawak servis adalah suaminya, yang bawak pam tayar, pun suaminya.

Aku (dan kawan-kawan aku) dah biasa buat semua itu sendiri sejak kami bekerja di KL ni. Semuanya sendiri.mak aku pernah mengeluh, ‘hai along, awak ni hidupnya berdikari sangat. Semuanya sendiri’. Gulp! Bagi aku biasa sahaja, tak berdikari pun,sebab aku Nampak kawan aku yang lain buat semuanya sendiri.

Bila difikir-fikir balik, no wonder la perempuan yang bawak kereta banyak sangat cengkadaknya. Dialah sebab jam, dialah penyebab accident. Kenapa? Sebab dia tiada pengetahuan dalam bab-bab kereta. Semuanya orang lain yang lakukan. Bila sudah sendiri, maybe sebab bercerai atau suami meninggal, hidup akan tunggang langgang. Bil-bila tak tau nak dibayar kat mana, kereta bayar kat bank mana, insurans kena bayar tiap-tiap tahun, kereta kena servis bila tiba waktunya, minyak kena isi sendiri.

Aku jeles tengok bila si suami yang bawakkan kereta isteri pergi pam minyak atau servis kereta. Tapi bila difikirkan hikmah aku buat sendiri, aku berasa lega. Sangat-sangat.

Yang penting dalam hidup ni, Allah dah bagi reason kenapa ia berlaku. So, lihatlah dari sudut positif.

Saturday, October 17, 2009

Ucapan Najib- perhimpunan UMNO


Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO baru sahaja selesai menyudahkan ucapan sempena perhimpunan UMNO di PWTC bari-baru ini. (malangnya aku tak berkesempatan merasai aura itu kerna berpuasa 6 straight). tahun lepas aku pergi. dapat jumpa Ali Rustam, dpat tengok kelibat Najib, dapat tengok sendiri dewan yang menjadi tempat perhimpunan. auranya lain. lagi rasa bersemangat sebab aku adalah penyokong UMNO dikala rebah atau dikalau ia berdiri megah. UMNO itu dalam darah kami, kata engku.


Kata Najib menerusi tema ucapan Menjunjung Tradisi dan Menzahirkan Perubahan, Najib yakin demokrasi dalam Umno akan dipulihkan, mendapat kepercayaan rakyat dan Umno terus akan menjadi peneraju kerajaan. Katanya juga tindakan itu sejarah buat Umno dan melambangkan keberanian Umno melakukan perubahan. Ini katanya adalah kesungguhan Umno untuk mengubah dirinya.


itu antara intipati penting. aku dengar bukan secara live, tapi ketika berita. hampir menitik air mata aku dilkala Najib melaungkan Hidup UMNO, hidup Melayu. siapa lagi mahu membela nasib kita? bukan aku tak memandang PAS sebagai parti Islam, tapi aku rasa hala tuju PAS berselokbelok atau bercabang-cabang. apa sebenarnya hala tuju mereka? sanggup menggadaikan tujuan asal, demi mengaut undi dan berkolaborasi dengan mereka yang terang-terang menolak dasar PAS. sedihnya.

walau Najib (dan Rosmah) dikutuk-kutuk oleh orang sekeliling, tapi aku anggap itu semua berlebih lebihan. aku memegang pada prinsip, Allah Maha Besar, jika Najib itu begitu buruk perangainya, dan tidak layak memimpin Malaysia, Allah akan tunjukkan.

untuk mereka yang asyik mencari perkara negatif,percayala, kami orang UMNO selalu berpendapat, kalau tiada pembangkang yang mengkritik atau menghentam, kami akan terus tidur lena. memetik kata-kata orang PAS di Jerantut, kami bukan nak sangat pegang Malaysia, tapi tanpa kami, BN tidak akan sedar kesalahan atau kelemahan. betul, aku setuju. aku juga begitu, tetap menghentam dan menegur UMNO jika mereka bersalah. tapi dengan saluran yang betul, bukan beria-iya menghentam dikedia kopi sahaja.

Friday, October 16, 2009

Annual Leave

Bengang and sick! Kenapa? Aku sungguh tak paham dengan superior a.k.a bos aku ni. She keep question about my Annual Leave. Bukan sekali. Tapi sudah berkali-kali. Pernah dia bising kat orang lain, bertanya banyak lagi tinggal cuti aku. Dia kata aku kerap amik cuti. Kerap? Hello, raya aku cuti satu hari je tau, compare orang lain yang cuti katak, sebelum dan selepas raya.tak question pun.
Then semalam dia siap bangkit dalam meeting lagi, tanya cuti aku berapa hari lagi. Siap warning lagi jangan samapi hutang cuti…hello, boleh ke hutang cuti?? Perghh. Tension tul. Aku sistematik la,dah plan cuti dari awal tahun lagi. Dia je yang taktau. Tak paham aku. Kenapa concern sangat dengan cuti aku. Ada cuti, cuti je la. Takder cuti,duk lakat opis, kan?

p/s: mak aku siap amek cuti, duk umah baca Yassin ketika kami semua exam, UPSR, PMR n SPM. Ada dia buat untuk anak-anak dia?? Tepuk dada, tanya cutila.. thinking about to plan next year leave and give it to her.. what u say?

Thursday, October 15, 2009

Tsunami at Huaende


baru juga menonton Tsunami at Huaende.
its focus to 5 life.

**************************
man shik dan kekasih yang tanpa pengetahuannya bahawa ayahnya terbunuh di laut kerna arahan Man Shik untuk menangkap ikan di laut bergelora. Man Shik diminta menjaga kekasihdan akhirnya mereka bercinta.

**************************
Ibu Man-shik yang tidak suka kan kekasih kerana dikatakan mencuri pelanggan ibu Man shik.

***************************
Kawan Man Shik yang gila-gila (sangat gila) yang diminta oleh ibunya pergi temuduga kerja dan berhajat membelikan kasut untukknya. Dia bermatian tidak mahu ke temuduga.

*****************************
Geologist yang meramalkan akan berlaku Mega Tsunami berjumpa kembali dengan bekas isteri bersama anak perempuan mereka yang tidak mengenali dia sebagai ayah.

*********************************
Pekerja di tempat geologist yang bekerja sebagai life saver, yang ‘terperangkap’ dengan seorang perempuan ‘gila + agresif’ ketika operasi menyelamtkannya. Akhirnya mereka jatuh cinta.
*************************************
Ceritanya dua jam sahaja, tapi kita boleh tengok overall 5 kehidupan itu. Yang akhirnya musnah kerana Tsunami.
Mungkin effectnya tidak sehebat cerita Hollywood, tapi perasaan yang dibawa sejak dari mula, lawak, bahagia, sedih, happy akhirnya dikambus dengan insiden Tsunami tersebut. Kita boleh rasa berderau darah bila tengok laut yang tiba-tiba surut,ditarik ke dasar dan menghempas ke darat dengan ganasnya.
Dan akhirnya aku dan Marissa yang mulanya tidak henti-henti gelak dengan berbagai insiden di awal filem, akhirnya mengalirkan air mata. Bukan kami sahaja, satu panggung terdiam.

Wednesday, October 14, 2009

PAPADOM

just watch this PAPADOM on sunday with Myza n Nuha.
its awesome!
funny.touching.funny.sad.funny.damn funny.
farid kamil-> u r damn funny.
liyana jasmy--> u r damn kurus lorr
afdlin--> ur damn superb director. keep the good work.cant wait for the next muvie!

Its Handbag.. huhu!

my shopaholic back!! perghh.. tak menahanla bag2 kat sini..






see this web.. order here.. http://www.1shoppe.net/index.php

Aku (dan kau)

Aku (dan kau) selalu marah bila orang datang lambat ketika meeting. Kononnya ‘inilah janji Melayu’, selalu lambat. Tapi bila meeting dengan Nya, sentiasa tepat waktu kah? Sudah dikatakan, solat itu 5 waktu, bukan 5 kali.

Aku (dan kau) mampu habiskan membaca novel kegemaran, majalah mingguan, majalah hiburan dan suratkhabar dalam satu hari sahaja. Tapi bila membaca kitab dariNya, teramatlah payah . satu muka surat pun terasa seperti membaca berpuluh-puluh muka surat.

Aku (dan kau) tidak kisah berhabis bagai demi handbag, kasut, kemeja berjenama, kain sutera dan kereta mewah. Tapi rukun Islam yang ke 5 pun terkapai-kapai nak menyempurnakannya. Alasan daftar sekarang, belum tentu dapat pergi. Jadi untuk apa wang ringgit aku (dan kau), jika mampu pergi menggunakan swasta atau package lain?

Aku (dan kau) sibuk mengomen pakaian orang tidak menepati syarak. Tidak syariah compliance. Berpakaian mengikut syariah compliance, tapi ber make up sakan, berwangi-wangian, itu syariah compliance kah? mengikut hukum syarak kah?

Aku (dan kau) selalu marah atau bengang bila dapat tau ada orang kutuk belakang. Kononnya ‘kawan makan kawan’. Tapi, benarkah aku (dan kau) tidak pernah kutuk orang di belakang.

Aku (dan kau) bengang dengan perangai orang yang kedekut tahap haji bakhil. Tapi bila diri sendiri menghindar untuk berdoa kepada yang Esa, bukankah aku (dan kau) juga dikira dalam golongan yang kedekut?

Aku (dan kau) selalu marah-marah, bengang sebab bonus tidak sebanyak orang lain. Kononnya ‘tak Nampak pun kerja mereka banyak’. Tapi, benar-benarkah aku (dan kau) buat kerja setulus hati, jujur, tiada curi tulang, tiada main game, tiada shopping, tiada berborak dari 9 sampai 6 ptg.

Thursday, October 1, 2009

Perkhidmatan TH di Kaunter Bank Islam







Alhamdulillah, pada 28 September 2009, Bank Islam telah berjaya merasmikan satu lagi projek bersama dengan Tabung Haji - 'Perkhidmatan TH di Kaunter Bank Islam atau UniTeller'.


apa yang lagi manis, ni adalah projek pertama aku dimana aku develop SOP nya sendiri. Aku buat research sendiri, develop, QC, minta Sign Off dari owner. dan alhamdulillah, semuanya sudah selesai. team department aku juga terlibat dalam Training untuk semua cawangan Bank Islam di Malaysia. sangat-sangat bersyukur. dan aku juga hadir ketika pelancaran projet tersebut.
bersama team member dari Branch Operations..





jadi, sekarang pelanggan TH bolehla buat transaksi2 di kaunter bank islam seluruh negara.


apa yang ditawarkan?



1. Pembukaan akaun TH di kaunter Bank Islam

- jika anda bukan pelanggan Bank Islam, dikehendaki buka Akaun Bank Islam

-anda boleh link kan kad ATM Bank Islam ke akaun TH, jadi boleh la buat deposit/ pengeluaran di mesin juga




2. Kemasukan duit
-tunai dan bukan tunai
-dengan buku/ tanpa buku simpanan


3. Pengeluaran duit

- tunai sahaja
- perlu membawa buku simpanan & IC



4. Kemaskini buku

-bawa buku anda untuk dikemaskin



5. Penggantian buku untuk buku rosak/musnah


6. Pemindahan ke akaun TH yang lainperlu membawa buku simpanan & IC

7. pendaftaran haji (akan dilakukan pada phase 2, insya Allah)




seperti biasa, segala transaksi metilah disertakan dengan IC dan Passbook( buku simpanan) jika perlu.

harapnya, Bank Islam semakin kukuh dan berkembang dengan projek ini dan juga mudah mudahan projek seterusnya akan berjaya..
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin