Sunday, September 27, 2009

baru aku terfikir..

baru-baru ni aku rasa aku dah banyak dapat jawapan dari persoalan2 yang bermain difikiran aku.

baru aku terfikir kenapa ada kawan yang kedekut nak bagi kawan pinjam duit.
sebab kawan tu memang boros. bagi pinjam pun tak selesaikan masalah.

baru aku terfikir kenapa ada orang tak kerja2.
sebab dia tak boleh bekerja ngan orang.

baru aku terfikir kenapa ada orang tak jemput pun kalau buat kenduri.
sebab orang tu sendiri tak pernah menjemput kalau dia buat kenduri.

baru aku terfikir kenapa ada kawan tak dijemput untuk pulang bersama walhal rumahnya dekat sekangkang kera.
sebab dia tak suka kawan tu. annoying maybe.

baru aku terfikir kenapa orang tak suka senyum kat kita.
sebab muka kita pun cemberut. saper nak senyum.

baru aku terfikir kenapa orang pentingkan seniority.
sebab itu hukum ala. aku pun mungkin akan jadi macam tu.

baru aku terfikir kenapa ada orang sangat kedekut bab makan.
mungkin sebab dia tak cukup makan. hehe.

baru aku terfikir kenapa ada orang tak cukup walau gaji suami isteri dekat rm10k sebulan.
sebab duit tak berkat. susah nak bagi mak ayah.

baru aku terfikir kenapa ada orang hidupnya macam tak lancar walau dia bersolat.
sebab ada yang tak beres dengan kehidupan sehariannya.

baru aku terfikir kenapa masih tak cantik walau dah make up cantik.
sebab hati tak cantik. dengki. dendam.

baru aku terfikir kenapa orang suka sibuk dengan apa yang aku beli.
sebab aku ada duit la.

baru aku terfikir kenapa company aku banned tenet.
sebab suka mengulor. tak buat kejer.

baru aku terfikir kenapa aku wat entry ni.. sebab takder apa nak update.. hehehe..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin