Sunday, September 27, 2009

baru aku terfikir..

baru-baru ni aku rasa aku dah banyak dapat jawapan dari persoalan2 yang bermain difikiran aku.

baru aku terfikir kenapa ada kawan yang kedekut nak bagi kawan pinjam duit.
sebab kawan tu memang boros. bagi pinjam pun tak selesaikan masalah.

baru aku terfikir kenapa ada orang tak kerja2.
sebab dia tak boleh bekerja ngan orang.

baru aku terfikir kenapa ada orang tak jemput pun kalau buat kenduri.
sebab orang tu sendiri tak pernah menjemput kalau dia buat kenduri.

baru aku terfikir kenapa ada kawan tak dijemput untuk pulang bersama walhal rumahnya dekat sekangkang kera.
sebab dia tak suka kawan tu. annoying maybe.

baru aku terfikir kenapa orang tak suka senyum kat kita.
sebab muka kita pun cemberut. saper nak senyum.

baru aku terfikir kenapa orang pentingkan seniority.
sebab itu hukum ala. aku pun mungkin akan jadi macam tu.

baru aku terfikir kenapa ada orang sangat kedekut bab makan.
mungkin sebab dia tak cukup makan. hehe.

baru aku terfikir kenapa ada orang tak cukup walau gaji suami isteri dekat rm10k sebulan.
sebab duit tak berkat. susah nak bagi mak ayah.

baru aku terfikir kenapa ada orang hidupnya macam tak lancar walau dia bersolat.
sebab ada yang tak beres dengan kehidupan sehariannya.

baru aku terfikir kenapa masih tak cantik walau dah make up cantik.
sebab hati tak cantik. dengki. dendam.

baru aku terfikir kenapa orang suka sibuk dengan apa yang aku beli.
sebab aku ada duit la.

baru aku terfikir kenapa company aku banned tenet.
sebab suka mengulor. tak buat kejer.

baru aku terfikir kenapa aku wat entry ni.. sebab takder apa nak update.. hehehe..

Friday, September 25, 2009

tudung

aku ada kemusykilan..

tapi jangan marah tau.

nak tau je.

serius.

kenapa ek..

erm..

kenapa orang yang dh pakai tudung..

tiba2 dah tak pakai tudung??

kenapa ek??

kalau dari sekolah kita tgk dia memang liat nak pakai, pas skolah buang, aku tak la musykil sgt..

tapi yg dah berlitup, pastu buka.. erm.. nape ek??

ada sebab yg kuat ke?

aku penah jugak cuba2 tak pakai tudung. ada la sekali buat time kt uia. tapi rasa semacam.

kalau setakat dalam kete, aku tak kesah lagi..

nape ek??

aku rasa janggal sgt kalau org lelaki bukan mahram aku tengok rambut aku live.. (gambar lain citer). segan la.


jadi, aku terpikir, mcm mana org boleh go on hidup dengan tak pakai tudung. tukan tuntutan agama. bukan sunat. tapi wajib.

kata ustaz, sehelai rambut di lihat, 40 thn amalan terbuang.. aku belum pon 40 thn, dah habes amalan..

bila kwan2 non Muslim aku tanya, kenapa pakai tudung. tu fesyen ke? aku jawab itu tuntutan agama. jadi, kenapa ada yg tak pakai tudung? polis tak tangkap ke? adeh. apa nak jawab..

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya (yg boring..)

selamat hari raya. sesungguhnya takda modd langsung nak wat kejer waima bermain tenet ketika semua orang takder kat opis. thought that i'll be enjoy katak when everybody else masih bercuti. its such a damn boring la..

Monday, September 14, 2009

DVD Korean pukal

Last 2 week, I went to Kuantan. For work purposes. see, its not easy to work at Bank, even HQ. I need to give training even on fasting month.. uish, so tired.. training on what? Mestilah one of project bank. Alhamdulillah, even bulan puasa, even kering tekak menjawab soklan2, masih boleh bertahan. Fighting!

Habis jer training (spearuh hari),aku pun jalan2 kat Kuantan ngan bth my sister, Ain n Ema.. Jalan kat MegaMall.perghh, DVD Korea murah sioot.ntah la naper. Tapi, kalau kat KL mau beratus gak, kat Kuantan dalam RM29.90 to RM45.90 (ikut berapa banyak series). Kat KL yang berates tu, keluaran PIP (rasanya), yang kat Kuantan tu KBS HD. Apa beza nya ek?? ntah la,tidak ketahuan la plak den.. yang penting masyuk.
So, setelah puas berkira-kira (almaklumlah, bonus belum pasti, adik2 ku harus dibelanja makan), aku rembat 4 DVD original dan 1 cetak rompak. Perghh, kat sini, semua kedai ada jual DVD cetak rompak. Hollywood banyak gile. Kalau kat KL, kita biasa tengk 10 in 1, sana 30 in 1 pun ada tau. Ikut pelakon pon ada, genre pon ada.. perghh. Dasyat jugak..juling mata aku.

DVD apa yang sempat aku rembat??
1. 18:29- ingatkan belum tengok, tapi rupanya aku dah tengok masa kat Uni dulu. Hampeh, ni ikut Ema nyer taste la ni.. takpe, nasib citer ni sedap..
2. Two outs Ninth- dengar pendapat salesgirl tu. Dia kata best. Ok. Pelakon hensem dan cute.
3. Who are you?- still in line to watch..
4. Boys Before Flower- hahaha.. even dah 4 kali tengok via download, still nak yg ori.. skang tgh layan citer ni (lagi dan lagi).. hahaha. Hidupku penuh ceria dengan citer ni. Sukee!
Ok, Kuantan. Akan ku jengah lagi demi DVD Korea yang terbaru..

Warni warni si mahkota wanita..

Rasanya kalau aku tanya pasal color rambut, hampir semua orang pernah buat..bear my word, “hampir” ya.. termasuk aku. Aku susah nak pergi saloon rambut sebab menyampah dengan Cina saloon yang suka sangat komen rambut aku : “aiyaa, rambut u banyak kerinting maa” “rambut u banyak frizzy”, “rambut u banyak kekmbang, susah mau potong”, “ u ada scalp problem, mau cuba treatment kami ka?” damn u cina saloon, suka sangat komen rambut aku.. that’s why aku malas nak pergi saloon. Kalau boleh, aku nak orang Melayu yg layan aku, senyap je, tak banyak komen.. aku pergi pun sebab mak aku nak sangat aku wat rebonding rambut.. heish, rambut aku tak kerinting sangat, ala-ala wanita melayu terakhir je.. ;)

Okey, pasal color rambut. So, since aku tak (suka) pergi saloon wat coloring, aku explore sendiri. Aku buat time period. Senang. Aku beli la pewarna yang ada logo Halal, dan aku colorkan sendiri. Of course la tak secantik yang di kedai. Aku pakai sikat je.. sometimes buat highlight yang tak berapa nak jadi. Ok, dalam kotak tu ada disediakan ‘Color Lock’ yang mana aku baca dalam manual, adalah untuk mengekalkan color rambut tersebut walau mandi pon takkan hilang.. so, aku tau, kalau pakai Color Lock ni, sure rambut aku still ber color dan tak kan hilang. Bila tak pakai color lock tu, dalam seminggu color rambut akan hilang bila kita mandi atau syampu.

As a Muslim, we should really know the rules of hair coloring. The hukm. Bila orang keep saying, color rambut halal, it totally doesn’t mean on the coloring the hair. It means halal on the product. Product tu tidak mengandungi bahan yang terlarang. Even Loreal pon dah halal sekarang. Bila tentang men colorkan rambut, hukum nya haram.. haram sebab color tu akan melekat di rambut (since kat saloon akan pakai color lock).bila lekat dirambut, menutupi dan mneyaluti rambut. Bila nak mandi wajib lepas haid atau berhadas besar, syaratnya mandi harusla cover whole over the body. Kalau dah rambut dilitupi ngan color, kena ke rambut tu? Kesimpulannya, sah ke mandi wajib tu? Dan sah kah amalan2 kita selepas itu? Walau solat tak tinggal, puasa penuh? Wallahualam. Minta dijauhkan kejahilan ini. Cara terbaik adalah potong terus rambut yang di colorkan dan tak boleh hilang color. Ataupun buat bleach macam Aznil Nawawi.
Aku menulis ni bukan nak menghentam atau menghina sesiapa. Tapi for our own knowledge. I thought everyone aware about this. Rupanya tidak. Ramai sangat yang tersalah anggap pasal ‘color rambut halal’… bayangkan bila mandi wajib tak sempurna, ibadat kita tak sah, macam mana dengan kehidupan kita? Adakah rezeki akan dipermudahkan? Adakah apa yang kita doakan dimakbulkan? Biasanya payah..

dizaman kita ni, kita berdepan dengan terlalu banyak teknologi dan juga berbagai cara untuk cantik.. dalam tak sedar, kita terlupa nak mencari ilmu berkaitan dengan teknologi2 baru ni. As a woman (a daughter, a sister, a friend), I totally wish all of us keep gain the knowledge on the hukm. Terlalu banyak cabaran yang bakal dilalui oleh generasi akan datang yang memerlukan kita arif dalam hal2 hukum. Teknologi tak boleh diundur, tapi hukum agama juga tidak boleh diambil remeh. Tiada istilah, tak per, tak berdosa sebab tak tau. Allah dah berfirman untuk kita agar sentiasa mencari ilmu agar kita tak terjebak dengan benda2 yang bagi effect negative dalam kehidupan. So, seek for the knowledge, not only the entertainment…hidup hanya sekali untuk kita tentukan arah di akhirat kelak.

Tuesday, September 1, 2009

titipan

rupanya baru sedar dah lama sangat tak update blog, tak blog hopping.. naper ntah takder mood nak citer apa2 kt sesaper.. adoi.. rasnya since dah lama tak blog hopping, theres a lot of stories yg aku tertinggal.. ramai kengakawan blogger yg dah berubah kehidupan.. ada yg dah pregnant 4 bulan, (OMG, aku baru sedar), ada yg dah disahkan mandul, ( moga Allah tabahkan hati kamu).. ada yg dah masuk TV, congrats ya.. dan juga aku, dah melalui berbagai ragam, sakit pening sejak dua menjak ni.. adeih.. selalu rasa diri muda lagi, masih boleh berembun berpanas bilaa buat kerja.. rupanya sangkaan aku salah sama sekali. badan ni perlukan rehat secukupnya.. demam aku datang dan pergi sesuka hati, nasib baik tak kena H1N1, nauzibllah, minta dijauhkan..
aku sekarang banyak lentok kat Facebook, maybe sebab ramai kengakwan sekolah lepak di sana,, terrubat rindu..hopefully, menjadi reunion yang dirancang 12 sept ni.. mari kita iftar sesama ya.
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin