Wednesday, August 5, 2009

Terlebih emo

Alamak. Rasa dah lama gile tak update blog. Semua gara2 kerja yang bertimbun sampai rasa takder idea langsung nak tulis apa. Plus, BroadBand plak on and off. So, nafsu agak menurun sikit. Banyak upload pics je.well, kata orang gambar mampu bercerita lebih dari kata-kata. Hope so.
Apayang terkini? Alhamdulillah, project Release 1 dah berjaya. Skang tengah struggle untuk Release 2 yang agak banyak terbeban, sampai mengantuk bila terbayang segala menda tu. Dalam2 tu, sempat gak project lain menyelit. Hai, tak bagi rilex sekejap.

Last weekend, pergi Majlis Kahwin kawan. Kawan yang aku pernah cerita kan disini dulu. Well, dia lebih sebagai kawan berronggeng@berfoya. Dah kawin pun dia. Agak lawak juga bila tengok dia ngan wife nya. Yela, I know him. So, taula perangai dia. Mcm manala wife dia nanti.hope ok kot. Kawan aku ni penah lausha2 aku jap. Siap tanya berapa hantaran aku nak. Aku berkeras menolak. Bukan apa. Dia baik. But not my type. Terlalu baik aku rasa. Sampai aku boleh pijak. Bahaya tu. Aku ni perlukan lelaki yang mampu menegur silap n salah aku.

Dia kenal wife dia bulan thn lepas. Setelah aku berkerat rotan tak nak lagi kawan ngan dia. Well, kenal sahaja, dia terus mengikat tali percintaan. Pastu, bulan 5 lepas dia ada bagitau pasal dia nak kawin. Aku nasihat,sabarlah dulu. Dia jawab, dah takder apa nak dibuat dah.berfoya2 dah puas. So, dah ada orangg sayang ni, kawin je la. Terkejut aku ngan jawapan dia. That’s make me relieve ( for not choose him). Ya, orang kalau dah takda matlamat hidup atau dah terlalu banyak disogokkan dengan kemewahan, jadi macam tu la.

Hello, aku (dan kawan2 lain) berusaha dapatkan kerja yang bagus, dengan gaji yang bagus. Beli kereta, save duit untuk sewa umah yang lebih baik. Jaga adik2, balik kampong, belikan something untuk menceriakan mak dan adik2. Tapi dia? Belajar tak perlu struggle untuk great pointer, sekadar ijazah sudah memadai. Kerja, tak perlu interview, company mak ayah. Gaji, of course la mak ayah boleh bagi berapa diminta. Kereta, dapat free, hadiah harijadi. Umah, duk umah mak ayah sahaja. Senang kan hidup? Tak perlu ada aim dan arah tuju.semua dah terbentang depan mata.
Bukan tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki skang. Syukur sesangat sebab aku menjadi orang yang lebih berdikari dan mampu berdiri jika something bad happened (insyaAllah). Tapi kawan-kawan yang terlebih untung, please look around and do something for your religion, society and ummah.
Ok, terlbih emo sudah. Apa-apa pun. Tahniah kepada yang dah berumah tangga. Bukan senang nak bina, so janganla senang2 nak robohkan. Walau pakai duit mak ayah, hargailah walaupun satu sen.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin