Thursday, June 11, 2009

Komawo!

apakah susah melafazkan terima kasih, maaf, dan tolong? tak susah. tapi ego melambung tinggi membuatkan ia susah.
kata ustazah aku zaman study dulu, ada tiga menda kita kena amalkan untuk dihormati oleh orang sekeliling.
1. katakan 'Tolong' jika ingin meminta sesorang berbuat sesuatu. contohnya, 'Tolong photostate training material ni ye'. orang nak tolak pun segan. sedap juga didengar dek telinga. bukan arahan, tapi meminta bantuan.
2. katakan 'saya minta maaf' atau kalau susah, 'sorry'. ok,kalau malu, katakan dalam bahasa korea' pya -an-de'. haha. ok, aku admit kata maaf adalah yang paling berat untuk aku ucapkan. even aku tau aku salah. its take time to say. ego melambung tinggi. but once we say it, it feels burden will just drop immediately.
3. katakan 'terima kasih' diatas pertolongan atau bantuan yang diberikan. walaupun itu memang kerja dia, apa salahnya kita ucap thanx kan? ucapkan terima aksih pada mereka yang mhulurkan tiket tol, pada kakak /makcik cleaner yang lapkan meja anda setiap pagi, pada tea lady yang siapkan minuman untuk anda setiap awal pagi, pada mereka yang bertugas sebagai cashier, pada makcik DS yang serve anda setiap pagi, tengahari dan malam. mereka juga manusia. tak salahnya mengucapkan terima kasih. apa, jatuh standard anda sebagai pegawai kerajaan kah jika cakap terima kasih? tak kan? bahkan anda mungkin dijadikan calon untuk jadi menantu anak jiran mereka yang kaya. (oke, berangan). atau sekurang-kurangnya anda rasa mulut anda berbau, takut nak bercakap, senyumlah. senyum tu kan sedekah, bagi dapat pahala. takder effort apa pun.
p/s: naper entah tetiba nak wat entry ni.
apa-apa pun, renung-renungkan, dan selamat beramal.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin