Wednesday, June 10, 2009

KOKO

KOKO dah takda. Bukan lari atau diberi pada orang. Tapi sudah mati. Semalam, 4 jun 2009. Waktu kematian memang aku tak dapat kenal apsti. Maybe tengahari sebab masa nak pergi kerja pagi semalam, KOKO masih terkinja-kinja dengan SamSam.
Aku tak tau punca mati. Aku tak rasa dia sakit sebab dia sihat, gemuk dan aktif. Sangat-sangat aktif. 3 jun, hari Rabu masa Kak Ina bagi diorang makan, dia masih boleh panjat pintu sangkar yg atas yang tinggi tu. Means, dia sihat. Cuma dia ada buang tabiat sejak Akhir-akhir ni. Sangat suka duk dalam rumah hijau tu. Dulu dia tak suka. Dia akan tidor bawah. Rumah tu biasanya SamSam yang lepak. Semalam aku pelik tengok KOKO tak kuar minta makanan. SamSam je yang duk luar tak sabar nak makan. Aku goyang-goyang rumah hijau. Tapi tak gerak. Aku dah pelik. Dan berdebar. Tapi KOKO memang tido mati, tak sedar apa langsung. Aku angkat rumah hijau. Aku bukak bumbung dia. Dann aku Nampak KOKO dah mati dan ada beberapa ekor semut kecik dah start hurung dia. Aku tergamam. Speechless. Aku tutp balik bumbung rumah tu. Aku duk diam-diam. Kak ina tgh solat. Lama. Baru aku jerit panggil kak Ina. Dan air mata aku ngalir-ngalir. Tak henti. Aku biarkan KOKO dalam rumh hijau tu. Aku balut ngan paper. Berlapis-lapis. Aku bungkus dengan plastic. Sorry KOKO. Rumah takder tanah. Takder tempat nak kuburkan kamu. Kamu duduk la dlam rumah tu.
Aku message orang2 yang kenal KOKO dan tahu betapa aku kasihkan KOKO. Mak aku sedih. Aku nangis-nangis ngan mak. Mak kata, KOKO dah tua. Yela, aku jaga dia dha 8 bulan. By the time aku amek dia, aku rasa dia dah 3 bulan.Mak pesan jaga SamSam. Jangan anak tirikan dia. Tahu. Tapi KOKO yang pertama di hati. My first pet. Kawan-kawan aku cakap, carila yang baru. Tak. Tak sama. KOKO lain. Aku tak sanggup dah nak membela pet. Sedih sangat bila dah mati.
Aku masih terbayang-bayang dia terloncat-loncat dalam cage nak makan. KOKO kuat makan. Selalu berebut makanan SamSam. Aku terbayang hari-hari pertama KOKO duk ngan aku. Aku bawak dia naik bas dari Jeratutu ke KL. Sian dia. Cuak. Pastu tak naik bus dah. Naik kete je. Punyala special KOKO. Aku belikan dia rumah yang best. Ada gelongsr. Untuk dia sorang je. Pernah aku biarkan dia keluar dari sangkar and dia sesat bawah almari and tak dapt kuar. Aku dah panik nak cari dia. Sebab dia tak berbunyi. Aku panggil nama dia, then tdengar bunyi scratch bawah almari. Tahulah aku, KOKO menyahut aku panggil dia. Aku alihkan almari, and dia lari keluararah aku. KOKO pernah berjaya kuar dari sangkar besar. Masa tu aku baru balik kerj. Aku berjaya jumpa SamSam. Tapi tak berjaya jumpa KOKO. Kak ina berlari satu flat cari, tanya orang. Aku dah give up. Aku takut dia kena makan ngan kucing. Tapi aku still call nama dia. Then, tiba-tiba dia kuar dari bawah almari dapur. God, KOKO. U make me sweat! KOKO cerdik.i can see that. Dia suka keluar dan explore.
Sekarang KOKO dah takder. Dan aku masih menangis bila bagi SamSam makan. Diorang dah pandai berdiri tanpa pegang sangkar. Aku nak amek gambar tu. Tapi selalu tak sempat. Ada pon, Nampak perut diornag yang buncit je. Dan aku masih sedih.
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin