Sunday, May 10, 2009

Tips bergembira secara murah - Part 2


….. dan adakalanya PERCUMA!


4. Buku
Suka membaca buku, novel dan komik?? Aku pun suka.. kadang-kadang habis duit hanya kerna nak melayan Cosmopolitan, Gempak, Utopia, Hype and Novel karya Noor Suraya, Ramlee Awang Mursyid dan lain-lain. Sekarang dah ada duit skit, boleh la melanggan.
Kalau u all nak baca buku secara murah, u all boleh la sewa novel kat kedai yang ada menyediakan perkhidmatan ni. Biasanya kita kena bayar harga full buku tersebut, misalnya RM20. Bila kita pulang dalam tempoh, biasanya sebulan atau dua bulan, duit kita akan dipulangkan dlam amaun RM18. Means, kita di charge rm2 untuk sewaan la. So, duit yang kita dapat tu, boleh la dibuat untuk menyewa buku lain. Buku-buku lama akan diberi harga yang lebih murah. So, jika kita berminat dengan buku tersebut, u can just keep it! Kat The Mall ada satu kedai yang menawarkan perkhidmatan ni, tak silap, tingkat 3, area food court.. Begitu juga dengan Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Nak baca buku free?? Lepak je kat MPH atau Kinokuniya kalau ada masa. Minta mereka unwrapped buku, then bacalah for free.. senangkan?

5. internet percuma
Okey, sekarang dah banyak tempat yang menawarkan public wifi. So senangla kita nak berinternet dan sennatiasa berhubung dengan dunia siber. Tapi biasa semuanya terhad. Kat Jusco Wangsa Maju, mereka sudah limitkan penggunaan wifi sampai pukul 6 sahaja sebab terlalu ramai orang menyebabkan kesesakan di food Court. Maybe mereka boleh alih tempat lepak free Wifi tersebut. KFC, Starbuck, Pizza Hut sekarang semuanya dah ada free Wifi. Tapi, janganlah duk dalam sana tanpa membuat sebarang pembelian. Itu over namanya!

6. travel
Aku suka travel, berjalan-jalan melihat tempat baru. Banyak tempatyang tak memerlukan belanja yang besar. Sebagai contoh, macam one day trip aku ke Langkawi hari tu. Banyak sangat yang kami dah savings, dari segi cost hotel dan makanan. Dari yang kami mampu save, kami jolikan dengan shopping. Happening! Yang penting jangan lupa bekal makanan dan air, air, air. Sebab tu yang menyebabkan belanja jadi naik mendadak. Cuba cari the best travel agent through blog. Hei, tak guna ada blog kalau tak reti guna kan?
Sometimes, tak perlu pergi jauh. Bawak anak-anak dan keluarga atau kawan2 explore Bukit Cerakah/ Taman Pertanian Cahaya Seri Alam. Banyak yang boleh dihabiskan satu hari disitu dengan bayaran sebanayak rm3 per person. Sewa basikal, dan round ke tempat-tempat yang menarik seperti Taman Arnab, taman Ikan, Rumah Empat Musim, taman haiwan, taman cendawan, tasik, menara dan banyak lagi. Erm, boleh check entry aku yang lepas2..

aku dan best buddies di Bukit Tinggi..sehari sahaja, macam2 boleh buat. murah plak tu.. huhu

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin