Thursday, May 14, 2009

Perfect May for her


Nama dia Puan Hasnah binti Abu Bakar, dilahirkan di Kampung Bharu, Jerantut Pahang pada 10 nov 1959, pada thun ni berumur 50 tahun. Puan Hasnah bekerja dengan Kerajaan. jadi, Selamat Hari Pekerja buat beliau. beliau bekerja sebagai Guru Tadika Kemasa, sejak berumur 20 tahun lagi. jadi, Selamat Hari Guru buat Puan Hasnah.

Puan Hasnah adalah ibu kepada 3 orang anak gadis yang cun dan juga seorang anak lelaki yang.. errrr.. perasan hensem, tapi comel la jugak.. jadi, Selamat Hari Ibu buat Puan Hasnah.

nah, lengkap satu bulan Mei untuk Puan Hasnah. dialah Pekerja, dialah Pendidik dan yang penting, dialah Ibu kepada aku dan jugak adik-adik ku..

tiada sambutan Hari Ibu buat emak tahun ini, hanya ucapan menjengah emak pada pagi ahad lalu. herm. nanti kita celebrate ya emak. mak ni, semua hari special dia minta hadiah.. huhuhu.. anniversary mak n engku yang ke 26 pon minta hadiah.. huhu. besday mesti la kan.. okla, nanti along buat semua secara pukal ya..

than emak for being such a wonderfulmom, such a great best friends, such an expert chef.. i'll make u such a awesome mom in law n super grand mom soon ya.. hahaha.. wait ha..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin