Tuesday, May 5, 2009

kenduri Tomok


Demam OIAM dah berakhir. Begitu juga dengan ‘kesengsaraan’ seorang ibu yang mendengar anaknya dikritik dan dikecam hebat.. debaran dan tangisan di malam penentu akhirnya bertukar kegembiraan dan kesyukuran yang teramat oleh Tomok dan ibu dan sedara mara dan peminat (banyaknya dan..)..
Aku tak tengok pon OIAM, adalah tukar2 siaran kejap, almaklumlah masa tu cuti, so duk umah Pahang yang ada astro. Apa lagi, jari jemari aku dan adik2 yang lain ligat je menukar channel. OIAM bukanlah ‘in’ sangat kat umah aku ni.. sumenyer prefer AF sebab itu yang terdahulu bertakhta di Astro dan di hati..
Ok, apa-apa pun, tahniah buat Tomok.. ada yang tanya aku, adakah aku akan kembali meminati Tomok sepertimana aku oernah jadi kipas susah mati dia dulu?? Oh Tidak. Bukan apa. Dah cukupla aku meminati artis2 ni.. cukupla sekadar tak membenci. Untuk kembali jadi die hard fan, tidak la.. rasa macam dah tua untuk itu semua.. tapi untuk Siti, sentiasa Kipas Susah Mati dia.. hahaha..
p/s: pagi tadi kak Siti a.k.a mak Tomok buat makan-makan sempena kemenangan anak dia.. serinya muka kak Siti macam dapat menantu.. thanx kak Siti ek..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin