Monday, April 6, 2009

Najib angkat sumpah sebagai Perdana Menteri


Tanggal 3 April 2009, bersamaan dengan 7 RabiulAkhir 1430 Hijrah, Dato’Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Sehubungan dengan itu, Pak Lah yang aku sanjungi telah berundur dari tampuk pemerintahan dengan membawa gelaran Tun Abdullah Ahmad Badawi, begitu juga dengan isteri beliau, Tun Jeane Abdullah. Berjuta tahniah. Menonton upacara mengangkat sumpah menyimpan rahsia dan mengangkat jawatan, betul2 buat aku terharu. Sungguh berdaulat da beradat upacarnya.

Biarlah apa pun pandangan orang terhadap perlantikan ini, tapi aku harapkan Dato Seri Najib mampu menjadi nakhoda yang baik kepada Malaysia yang mempunyai berbagai ragam penghuninya.

Bagi aku, cerita-cerita tentang Dato Seri tak der kena mengena dengan Negara. Isu isteri, perempuan simpanan bukanlah isu yang penting untuk difikirkan oleh kita. Itu hal peribadi dia. Ibarat cakap mak aku, “ kita ni hidup tak banyak pahala, entah betul entah tidak citer pasal Najib tu, kita jangan jadi orang yang menyebarkan cerita. Dosa kita jugak yang tanggung” bila fikir-fikir balik, betul jugak cakap mak aku tu.kata mak aku lagi “ cakap buruk pasal orang, diri sendiri belum tentu di jalan yang betul. Tengok diri dulu, betulkan anak bini dulu, baru nak komen hal orang. Kita manusia, buat salah perkara biasa”. Okey, sekarang sila tengok diri sendiri dulu.

Tak salah kita nak kritik atau komen, tapi biarlah kena pada caranya. Aku jugak komen. Aku buat cara aku. Hantar surat komen. Puas hati. Terus sampai. Ini tak, bising-bising kat dunia cyber, saper tahu? Yang lagi teruk, hal baik pun komen, hal buruk lagilah kritik kan. apa sahaja yang kerajaan buat, tak pernah baik di mata kamu. Kenapa ya? Yang baik, kita pujila. Yang buruk kita kritik la. Barulah dapat membentuk generasi Malaysia yang matang. Boleh berfikir baik dan buruk.

1 comment:

maiza mza said...

Pada pandangan saya, dibawah pemerintahan Pak Lah:

PakLah berjaya menaikkan kemarahan kaum, racial issue yang kita banggakan selama ini. Keyakinan Melayu terhadap parti umno semakin merosot. Bukti nya kekalahan umno di Kuala Terengganu, Bukit Selambau , Bukit Gantang baru2 ni.

Pada hari kedua perlantikan Pak Lah dilihat rombakan besar dlm kabinet yg mana hanya sekutunya mendapat jawatan. Beliau jg berjaya melakar graph yg plng tggi dlm sejarah myk negara.

Mengamalkan dasar “flip-flop”~ baek punya harga minyak naik mendadak tang tu jugak dia umum tang tu jugak dia nk jalan.
Sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh -- penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.

Kenaikan harga tiket bas express sebanyak 30%, ataupun surcaj sgt membebankan..dikatakan kerana kenaikan harga myk. Namun hingga kini tiada siapa pun bersuara mengenai penarikan semula.

Pemberian subsidi myk kepada rakyat merupakan tindakan flip after flop.

Pendedahan isu politik wang yg melibat kan dua org besar.. salah seorang kene banned, sorang lagi takpa2...

Peralihan kuasa PM kepada Najib..cuba senaraikan aper sumbangan beliau spnjang menjadi menteri..sy tak mengikuti update beliau sgt...sbg menteri pertahanan beliau berjaya menaikkan nama sbg tertuduh dlm isu pembunuhan.Penahanan RPK kerana pendedahan belaiu sbgai blogger. Pembelian kapal selam berharga RM3,400,000,000.00...wow!
beli kapal, rakyat kena jual
Sukoi, kapal selam, rakyat yang tenggelam..

Apa pun diharapkan Najib menjalankan tugas dgn telus dan tuntas...
ameno sedang membantu rakyat..sila jgn kacau!

Itu pandangan hamba yg daif hidup di Malaysia. Hamba perhati ja..hamba tak mengharapkan lebih pada Najib.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin