Saturday, April 11, 2009

hidayahNya

tika itu waktu makan tengahari. food court penuh dengan manusia. ada dua orang manusia. perempuan. cina dan melayu. sedang makan. kemudian mereka dikejutkan dengan satu insiden. seorang makcik tua 70 an meminta makanan dari pengusaha food court (pembetulan, hanya pekerja sahaja). pekerja tersebut bagi makcik tu makanan. bagusnya. tapi dengan satu peringatan 'lain kali makcik jangan datang sini dah. nanti bos saya marah'. dua perempuan tadi tergamam. sedih. kesian makcik tua. perempuan cina panggil makcik tua, bawa dia pulang ke rumah. tergamam perempuan melayu. rumah si cina duduk berdua. cina juga. perempuan. bagusnya. sangat bagus.
hari-hari seterusnya. perempuan cina bertanya tentang apa yang dilihat dan didengar dari makcik tua. dia lihat makcik tua sembahyang dan baca buku sambil nyanyi. oh, itu bukan nyanyi. buku itu kitab suci orang Islam. dia mengaji Quran. terang melayu. cina jawab, saya suka dengar. tenang. saya bangun pagi-pagi tengok dia sembahyang dan ngaji. saya tidak pernah setenang ini.
hari-hari berikutnya. saya mahu masuk Islam. kata si cina. melayu terkejut. sungguh? bukan main-main. betul, saya sudah bagitahu makcik tua. dia bawa saya ke Perkim.dia bukan makcik miskin. anak dia lawyer dan doktor tapi tinggalkan dia selepas kahwin. dia datang ke KL nak cari anak. dia bawak emas untuk digadaikan sebab tak da duit, tapi tak tahu kedai. melayu tergamam lagi. tolong carikan nama untuk saya ya? kata cina lagi. macam mana saya nak bagtau orang? tanya cina lagi. perlahan-lahan. tak semua boleh terima perubahan awak. nasihat melayu. housmate saya maki saya macam-macam. saya nak pindah keluar dengan makcik tua.adu si cina.saya dah dapat rumah. senang sangat jumpa, murah pulak tu. aduh! rezeki kamu. Allah Maha Penyayang. besarnya kuasa Allah memberikan hidayah kepada yang dikehendakiNya.
ini kisah benar. sungguh. aku dengar pun aku tak tau nal cakap apa. Subhanallah.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin