Friday, April 10, 2009

‘cucuk’ telinga


aiseh. Bukan ‘cucuk’ untuk mencederakan diri sendiri, tapi untuk menghiburkan hati. Means, sumbat telinga dengan earphone atau headphone..
bagi, bila aku dah start cucuk telinga aku ni, aku dalam mood ‘tolong jangan kacau aku’. Biasanya bukan nak dengar sangat lagu, tapi aku nak menghidarkan diri dari bercakap atau mendengar apa orang cakap.. sebab kalau dah dengar, aku nak bercakap jugak. Aduihhh.. mulut aku ni sumpah tak bley tutup.
Dan biasanya aku akan plugged in time dalam bus atau LRT sebab malas nak dengar lagu yang diputarkan oleh drebar bus. Entah apa-apa punya stesen daaa… kalau dalam LRT, aku benci gile dengar Cina bercakap. Dah lah kuat, cakap tak henti henti pulak tu. Bongok btul!
Penyelesaian termudah adalah dengan plugged in my ears dengan Sony E punya earphone, tapi phone Samsung (boleh camtu??).. sound best punya gempak sebab terus direct dalam telinga (aku rasa, kalau puasa, batal puasa tak??). tak dengar apa dah.. bunyi enjin bus pon lenyap.. huhuhu. Jangan aku pekak pas ni sudaaah..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin