Monday, April 13, 2009

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2008

Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru melepaskan nafas lega semalam. Tahniah kepada para pemenang yang diundi melalui surat khabar Berita Harian. Tahniah kepada Berita Harian kerana berjaya menjayakan Anugerah yang cambest tahun ni.oo, bagi aku, aku suka tahun ni punya acara. Lagi happening. Dengan pengacara mak buyung; Sharifah Shahira danAdlin Aman RAmlee, memang havoc la. Opss, kadang-kadang banyak gak Adlin ni terlepas lawak lucah. Cess.

Pengacara TV Popular:
Lelaki: Aznil Haji Nawai
Perempuan: Fara Fauzana

Pelakon Komedi:
Lelaki: Nabil
Perempuan; Noor Khairiah – tak dapat datang sebab pregnant, tahniah!!

Pelakon Filem:
Lelaki: Rosyam Nor
Perempuan: Maya Karin

Pelakon Drama:
Lelaki: Que Haidar
Perempuan: Dynas – tak dapat datang, sarat!

Penyanyi:
Lelaki: Mawi
Perempuan: Siti Nurhaliza

Pendatang Baru:
Lelaki: Nabil
Perempuan: Stacy

Penyampai Radio:
Lelaki: Faizal Ismail
Perempuan: Fara Fauzana

Nasyid: Rabbani
Duo berkumpulan: Meet Uncle Hussein
Artis Sepanjang Zaman: Jamal Abdillah—really turn off. Heisssh!
Artis Paling Popular 2008: Nabil (yeah!!) dengan undian sebanyak 127, +++, mawi plak only 55,+++

Aku suka Nabil menang sebab dah menyampah Mawi menang tiap tahun. Achievement takda, nyanyian out, sibuk dengan Aura dan kisah kawin je. Boleh perasan Mawi dah tak glamer sebab masa dia diumumkan Penyanyi Lelaki Popular, takda sorakan dari peminat. Bila camera focus peminat, semua macam muka ‘apa ke jadah Mawi menang?’. Muka tahap bosan gila. Compared bila camera hala ke Siti, orang masih bersorak. Penangan Siti masih kuat. And, she look gorgeous in turquoise color.. comelnya! Tapi persembahan Siti biasa je. Tak macam tahun lepas, dia buat Spa Q, ala-ala cam Spain nyer tarian. Kali ni takder new music arrangement.
Pembukaan dengan persembahan Anita Sarawak dan Stacy yang sangat lincah menari.. bagus betul Stacy ni menari dan menyanyi. Tak lelah pon.
Persembahan dari Aizat, Hanya Kau Mampu (kurus) biasa-biasa sahaja.. tapi gamat dengan Sharipah Shahira punya lawak pasal kurus. Ngekek aku n housemate ketawa.
Persembahan dari Kristal medley bersama Rahman Hassan, Jefrydin dan L. Azmi pon cambest. Tapi persemabahan yang melibatkan Jamal betul2 buat aku turn off. Damn. Bosan betul bawak penagih masuk majlis. Dah la bagi speech lepas dapat Anugerah macam lalok. Bongok betul. Tolongla Berita Harian,masih ramai seniman yang layak untuk anugerah tersebut.
Persembaahan Faizal Tahir mengakhiri majlis. Sangat gah dengan paluan gendang cina, tapi malangnya, lagu yang dieprsembahkan adalah lagu yang belum masuk sepenuhnya dalam telinga pendengar. Bawakla lagu yang berhantu. Sure orang akan sangat enjoy. Ni, aku kat umah pon ternganga. Aiseehh.. lagu apa ni??
Dek kerana terlalu gembira atau terkejut sebab menang, Nabil telah terpeluk si Irma Hasmie. Tak taula ter atau memang dah biasa. Tapi hopefully, dia ter la.. he deserve menang sebab memang dia banyak program tahun lepas. Dari program lawak astro, pengacara pondok-pondok, pengacara apa lagi ntah, dia ada achievement…
Last but not least, kepada artis penyampai, please dan tolonglah jangan bukak cerita dalam kelambu time nak bagi anugerah. So not professional! Yang mengarut2 pon ramai. Jadilah macam artis Hollywood, just say Hi and terus ke pencalonan. Senang kan?

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin