Sunday, April 26, 2009

Shal's wedding & small reunion

shal dan jeff di singgahsana
aku dan ain, peneman aku.. siapa lagi cantik?? aku kan?? kan? hehehe

aku, sarah n roon



saper lagi cun?? mestilah aku kan?? kan? kan?


awek Poon, Poon dan Apek..

robert dan Long makan bersuap, erk?! hehee..lakonan semata-mata

su anne, Iskandar dan zarul aizat launghing on pics their taken


apa la yang si badak, fecca dan apek bincangkan??

its really gret to have this kind of gathering. sambil menyelam minum air, sambil attend wedding kawan, kita berjumpa semula kawan lama. but frankly speaking, ada yang dah berubah (of course). sangat-sangat. maybe sebab dah lama sangat tak jumpa membuatkan kelu lidah nak berborak, walhal time sekolah dulu, kita berborak n buat macam-macam bersama.. contohnya, su anne. kami join PUM bersama-sama, satu kelas form2 n form 3, stay up bersama untuk buat projek before pergi MRSM PC untuk PUM. tapi bila jumpa, boleh kita say hi sahaja? aku suka bercakap, tapi bila apa yg aku tanya just jawab, aaa, okey je, macam tu la atau just laugh, what should i do?? mcm tu juga dengan Fecca. she used to be my roomate, classmate. but its seems nothing to talked about. last2, aku happy dengan Jay dan apek. what to do? hanya mereka yg tak berubah..



Thursday, April 23, 2009

Langkawi - its just need one day!







Satu hari di Langkawi. Mostly my colleagues said “hanis buat kerja gila”. Tak. Tak gila. Langkawi kecik je. U can spend only a day. One fine day. Last year, we bought this Air Asia promo ticket. Rm7. After tax, pergi balik rm70 each person. Flight 8.10pg, balik 10.40 malam.
Aku google. Aku cari the best rate and most flexible time for Island Hoping. Dalam banyak2 service, satu je yang boleh buat Island Hoping ikut suka bila kita nak buat. En. Ibrahim. Aku jumpa di blog ini,http://tourismlangkawi.blogspot.com/. RM250 satu boat. So, up to us nak bawak berapa orang. Since we just 5 of us, means, rm50 per person. He offered Hyndai i10 worth rm50. Fine. I take it. Better handle everything with one person. Kalau boat lain, keter lain, payah.
Bertolak dari Cheras 5.45 am. Sampai dalam 6.30am. aku pergi check in. yang boleh solat, pi solat. 7.30am, masuk. 8.10am depart from KL. Samapi Langkawi 9am. Call en Ibrahim, dan dia datang dengan Hyandai. Kami di bawa breakfast dulu. Kul 10lebih, start Island Hoping.
Memang best la Island Hoping.. masyuk sesangat. First pergi Pulau Dayang Bunting. Ingatkn tak der apa2. Rupanya kat atas tu agak happening. Ada tempat layan ikan keli main celah kaki. Yang sampai ke sudah aku tak berani jejak. Sumpah geli gila. Pastu kami mian bot kayuh2. Aiseh, lupa nama apa. Kalau nak swim pon bley gak. Tapi untuk yg terrer berenang la. Sebab bukan macam Pantai. Terus dalam woo. Ianya tasik. So berhati-hati.
Pas penat sejam kat situ, kami di bawa ke Eagle Feding. Cuak gak tengok si helang merayau-rayau cari makanan. Then, pergi Pulau Beras Basah. Kat sini tempatnya sangatla cantik. Sampai kami tak sempat nak ambik gambar. Terlalu cantik. Sampai aku n noha sensing seluar nak cecah air. Then geram punya pasal, kitorang terus mandi. Dengan tak bawak seluar spare nya.. terus cebur masuk air. Tapi sempat cabut tudung.. hehehe.. best moment bila Myza terlupa cabut Safety Jacket.. eish. budak ni. aku sakan gelakkan dia. natijahnya, beg aku gekena godek dengan beruk. #@!%^$&*(!!
Puas hati dapat mandi dalam laut cantik. Memang heaven. Then, balik ke Jeti. Ambik kereta. En Ibrahim dengan baik hati menawarkan asrama untuk kitorang mandi. Pergh. Rezeki. Seluar memang kuyup la. Tibia saja. Pandai buat pandai tangung. Jgn duk byk songeh bising. Huhuhu. Terasa lembap je bontot aku. Hehehe.
Pas makan tengahari, kitorang bertolak ke kereta Kabel. Malangnya, on the way ke sana, hujan lebat gila. So, terpaksa cancel. Terkilan gila. Dua kali pergi, tapi tak dapat jejak pon. So, spend time dengan shopping. Then pergi dataran Lang n bergamba sakan. Pastu, pergi Pantai chenang untuk dinner. Time ni bat HP dah low nak mampos. So, tak dapat bergambar dah. 8.30 gerka ke Airport. Tup2, flight delay. Bengangya. 11.15 plak tu.. perghh. Penat siooot. Sampai LCCT 12.15. sampai umah noha kul 1pg. kul 6 pagi aku rush balik Wangsa Maju. Kul 8.30 aku dah sampai opis. Dah la hari bz gila. Nasib aku taka pa-apa.
Yes! Aku berjaya buktikan, Sehari di Langkawi, tak mustahil!

Tuesday, April 21, 2009

Emak si Tomok



Skang ni tengah hangat sangat dengan One in Million dan AF7.. okey, hangatke?? Bagi aku tak hangat pon.. sebab duadua program aku tak tengok.. kalau ada pon, tertengok sebab ter tekan channel ketika One in Million tengah on the air. Cess. Gatal sungguh tangan aku ni..
Okey, apa persamaan yang ada pada kedua-dua rancangan ni??
Both of them:
1. reality TV
2. reality TV yang mencari penyanyi ( tak cukup penyanyi ke kat Malaysia ni??)
3. 100% pilihan penyanyi terletak pada peminat. Undi sms beb!!
4. ada judges yang pedas, hangat dan laser.
5. ADA ANAK KAKAK TEA LADY DI OPIS AKU..

No 5 yang paling best sebab kak Siti yang bekerja sebagai Tea Lady di Bank Islam adalah ibu kepada Tomok dan Isma (AF7).. mula-mula aku kerja kat sini pon, aku terkejut dengan kenyataan Kak Siti adalah emak kepada Tomok.. skang dah percaya. Hahaha… kak siti pandai masak wooo.. sangat suka memasak… dan dia sangat-sangat menyokong penglibatan anak-anak dalam kerjaya sebagai penyanyi.. memang dia takkan missed pergi tengok konsert Tomok dan Isma.. walau jauh, dia gagahkan juga. Sian dia, sedih sangat bila Syafinaz kutuk2 si Tomok.. yerla, mak kan. dia yang mengandung, bersalin dan jaga budak tu sampai besar.. maunya tak terasa kalau anak di kutuk..
Tentang si Tomok, aku ada rahsia besar yang aku simpan sejak aku berenti sekolah. Psst. I used to be die hard fan Tomok. Damn. That’s such a shamed moment. Huh! Simpan gambar sioott.. adeihh.. masa tu New Boyz memnag glamer gile la. So, rasanya Tomok jadikegilaan jugak la. Dengan dahi luas nya.. then, bila aku dah menginjak umur 16 tahun, realize yang semua tu sungguh kebudakan, aku buang semua gambar dan tidak lagi meminati Tomok mahupun New Boyz. Ah, malunya reveal secret ni. Huh!

Thursday, April 16, 2009

The World's First Flying Hotel












p/s:

masa email tentang hotel ini sibuk disebarkan, adalah seorang hamba Allah ni dia bising2, hebatnya hotel ni. tengok Malaysia, apa ada?? aku garu kepala, 'apa ada??'. banyak yang kita ada. bila Malaysia tak buat something great n big, semua bising, bila buat, semua bising menghabiskan duit rakyat. what to do?? apa yang kamu nak?

Monday, April 13, 2009

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2008

Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru melepaskan nafas lega semalam. Tahniah kepada para pemenang yang diundi melalui surat khabar Berita Harian. Tahniah kepada Berita Harian kerana berjaya menjayakan Anugerah yang cambest tahun ni.oo, bagi aku, aku suka tahun ni punya acara. Lagi happening. Dengan pengacara mak buyung; Sharifah Shahira danAdlin Aman RAmlee, memang havoc la. Opss, kadang-kadang banyak gak Adlin ni terlepas lawak lucah. Cess.

Pengacara TV Popular:
Lelaki: Aznil Haji Nawai
Perempuan: Fara Fauzana

Pelakon Komedi:
Lelaki: Nabil
Perempuan; Noor Khairiah – tak dapat datang sebab pregnant, tahniah!!

Pelakon Filem:
Lelaki: Rosyam Nor
Perempuan: Maya Karin

Pelakon Drama:
Lelaki: Que Haidar
Perempuan: Dynas – tak dapat datang, sarat!

Penyanyi:
Lelaki: Mawi
Perempuan: Siti Nurhaliza

Pendatang Baru:
Lelaki: Nabil
Perempuan: Stacy

Penyampai Radio:
Lelaki: Faizal Ismail
Perempuan: Fara Fauzana

Nasyid: Rabbani
Duo berkumpulan: Meet Uncle Hussein
Artis Sepanjang Zaman: Jamal Abdillah—really turn off. Heisssh!
Artis Paling Popular 2008: Nabil (yeah!!) dengan undian sebanyak 127, +++, mawi plak only 55,+++

Aku suka Nabil menang sebab dah menyampah Mawi menang tiap tahun. Achievement takda, nyanyian out, sibuk dengan Aura dan kisah kawin je. Boleh perasan Mawi dah tak glamer sebab masa dia diumumkan Penyanyi Lelaki Popular, takda sorakan dari peminat. Bila camera focus peminat, semua macam muka ‘apa ke jadah Mawi menang?’. Muka tahap bosan gila. Compared bila camera hala ke Siti, orang masih bersorak. Penangan Siti masih kuat. And, she look gorgeous in turquoise color.. comelnya! Tapi persembahan Siti biasa je. Tak macam tahun lepas, dia buat Spa Q, ala-ala cam Spain nyer tarian. Kali ni takder new music arrangement.
Pembukaan dengan persembahan Anita Sarawak dan Stacy yang sangat lincah menari.. bagus betul Stacy ni menari dan menyanyi. Tak lelah pon.
Persembahan dari Aizat, Hanya Kau Mampu (kurus) biasa-biasa sahaja.. tapi gamat dengan Sharipah Shahira punya lawak pasal kurus. Ngekek aku n housemate ketawa.
Persembahan dari Kristal medley bersama Rahman Hassan, Jefrydin dan L. Azmi pon cambest. Tapi persemabahan yang melibatkan Jamal betul2 buat aku turn off. Damn. Bosan betul bawak penagih masuk majlis. Dah la bagi speech lepas dapat Anugerah macam lalok. Bongok betul. Tolongla Berita Harian,masih ramai seniman yang layak untuk anugerah tersebut.
Persembaahan Faizal Tahir mengakhiri majlis. Sangat gah dengan paluan gendang cina, tapi malangnya, lagu yang dieprsembahkan adalah lagu yang belum masuk sepenuhnya dalam telinga pendengar. Bawakla lagu yang berhantu. Sure orang akan sangat enjoy. Ni, aku kat umah pon ternganga. Aiseehh.. lagu apa ni??
Dek kerana terlalu gembira atau terkejut sebab menang, Nabil telah terpeluk si Irma Hasmie. Tak taula ter atau memang dah biasa. Tapi hopefully, dia ter la.. he deserve menang sebab memang dia banyak program tahun lepas. Dari program lawak astro, pengacara pondok-pondok, pengacara apa lagi ntah, dia ada achievement…
Last but not least, kepada artis penyampai, please dan tolonglah jangan bukak cerita dalam kelambu time nak bagi anugerah. So not professional! Yang mengarut2 pon ramai. Jadilah macam artis Hollywood, just say Hi and terus ke pencalonan. Senang kan?

Saturday, April 11, 2009

hidayahNya

tika itu waktu makan tengahari. food court penuh dengan manusia. ada dua orang manusia. perempuan. cina dan melayu. sedang makan. kemudian mereka dikejutkan dengan satu insiden. seorang makcik tua 70 an meminta makanan dari pengusaha food court (pembetulan, hanya pekerja sahaja). pekerja tersebut bagi makcik tu makanan. bagusnya. tapi dengan satu peringatan 'lain kali makcik jangan datang sini dah. nanti bos saya marah'. dua perempuan tadi tergamam. sedih. kesian makcik tua. perempuan cina panggil makcik tua, bawa dia pulang ke rumah. tergamam perempuan melayu. rumah si cina duduk berdua. cina juga. perempuan. bagusnya. sangat bagus.
hari-hari seterusnya. perempuan cina bertanya tentang apa yang dilihat dan didengar dari makcik tua. dia lihat makcik tua sembahyang dan baca buku sambil nyanyi. oh, itu bukan nyanyi. buku itu kitab suci orang Islam. dia mengaji Quran. terang melayu. cina jawab, saya suka dengar. tenang. saya bangun pagi-pagi tengok dia sembahyang dan ngaji. saya tidak pernah setenang ini.
hari-hari berikutnya. saya mahu masuk Islam. kata si cina. melayu terkejut. sungguh? bukan main-main. betul, saya sudah bagitahu makcik tua. dia bawa saya ke Perkim.dia bukan makcik miskin. anak dia lawyer dan doktor tapi tinggalkan dia selepas kahwin. dia datang ke KL nak cari anak. dia bawak emas untuk digadaikan sebab tak da duit, tapi tak tahu kedai. melayu tergamam lagi. tolong carikan nama untuk saya ya? kata cina lagi. macam mana saya nak bagtau orang? tanya cina lagi. perlahan-lahan. tak semua boleh terima perubahan awak. nasihat melayu. housmate saya maki saya macam-macam. saya nak pindah keluar dengan makcik tua.adu si cina.saya dah dapat rumah. senang sangat jumpa, murah pulak tu. aduh! rezeki kamu. Allah Maha Penyayang. besarnya kuasa Allah memberikan hidayah kepada yang dikehendakiNya.
ini kisah benar. sungguh. aku dengar pun aku tak tau nal cakap apa. Subhanallah.

Friday, April 10, 2009

‘cucuk’ telinga


aiseh. Bukan ‘cucuk’ untuk mencederakan diri sendiri, tapi untuk menghiburkan hati. Means, sumbat telinga dengan earphone atau headphone..
bagi, bila aku dah start cucuk telinga aku ni, aku dalam mood ‘tolong jangan kacau aku’. Biasanya bukan nak dengar sangat lagu, tapi aku nak menghidarkan diri dari bercakap atau mendengar apa orang cakap.. sebab kalau dah dengar, aku nak bercakap jugak. Aduihhh.. mulut aku ni sumpah tak bley tutup.
Dan biasanya aku akan plugged in time dalam bus atau LRT sebab malas nak dengar lagu yang diputarkan oleh drebar bus. Entah apa-apa punya stesen daaa… kalau dalam LRT, aku benci gile dengar Cina bercakap. Dah lah kuat, cakap tak henti henti pulak tu. Bongok btul!
Penyelesaian termudah adalah dengan plugged in my ears dengan Sony E punya earphone, tapi phone Samsung (boleh camtu??).. sound best punya gempak sebab terus direct dalam telinga (aku rasa, kalau puasa, batal puasa tak??). tak dengar apa dah.. bunyi enjin bus pon lenyap.. huhuhu. Jangan aku pekak pas ni sudaaah..

Thursday, April 9, 2009

Kota Keriangan Genting Highlands


Hari selasa aku cuti. Peliknya cuti di tengah-tengah minggu. Ada projek. Projek untuk menghiburkan hati dan mengeratkan hubungan. Dimana? Di Kota Keriangan Genting Highlands. Dengan siapa? Mestilah dengan buah hati beta.
result dari projek: kami sangat happy sampai time dinner, dua2 dah tak mampu bersuara sebab penat sangat. hehehe.

Monday, April 6, 2009

Najib angkat sumpah sebagai Perdana Menteri


Tanggal 3 April 2009, bersamaan dengan 7 RabiulAkhir 1430 Hijrah, Dato’Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Sehubungan dengan itu, Pak Lah yang aku sanjungi telah berundur dari tampuk pemerintahan dengan membawa gelaran Tun Abdullah Ahmad Badawi, begitu juga dengan isteri beliau, Tun Jeane Abdullah. Berjuta tahniah. Menonton upacara mengangkat sumpah menyimpan rahsia dan mengangkat jawatan, betul2 buat aku terharu. Sungguh berdaulat da beradat upacarnya.

Biarlah apa pun pandangan orang terhadap perlantikan ini, tapi aku harapkan Dato Seri Najib mampu menjadi nakhoda yang baik kepada Malaysia yang mempunyai berbagai ragam penghuninya.

Bagi aku, cerita-cerita tentang Dato Seri tak der kena mengena dengan Negara. Isu isteri, perempuan simpanan bukanlah isu yang penting untuk difikirkan oleh kita. Itu hal peribadi dia. Ibarat cakap mak aku, “ kita ni hidup tak banyak pahala, entah betul entah tidak citer pasal Najib tu, kita jangan jadi orang yang menyebarkan cerita. Dosa kita jugak yang tanggung” bila fikir-fikir balik, betul jugak cakap mak aku tu.kata mak aku lagi “ cakap buruk pasal orang, diri sendiri belum tentu di jalan yang betul. Tengok diri dulu, betulkan anak bini dulu, baru nak komen hal orang. Kita manusia, buat salah perkara biasa”. Okey, sekarang sila tengok diri sendiri dulu.

Tak salah kita nak kritik atau komen, tapi biarlah kena pada caranya. Aku jugak komen. Aku buat cara aku. Hantar surat komen. Puas hati. Terus sampai. Ini tak, bising-bising kat dunia cyber, saper tahu? Yang lagi teruk, hal baik pun komen, hal buruk lagilah kritik kan. apa sahaja yang kerajaan buat, tak pernah baik di mata kamu. Kenapa ya? Yang baik, kita pujila. Yang buruk kita kritik la. Barulah dapat membentuk generasi Malaysia yang matang. Boleh berfikir baik dan buruk.
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin