Thursday, February 5, 2009

Tepuk dada tanya selera

Sekarang tengah hangat dengan kes negeri perak. Hangat dengan kisah ADUN- ADUN nya yang asyik lompat parti. Mulanya Adun Bota, Nasaruddin. Wah, majlis besar-besaran merayakan ADUN Bota masuk PKR. Semua PKR happy sebab dapat takluk seorang lagi makhluk dari BN. Tahniah PKR. takziah BN.
Sekarang tetiba havoc dengan 2 ahli PKR keluar parti dan join BEBAS. Semuanya terjadi selepas PKR mengarahkan 2 ADUN tersebut meletak jawatan sebagai ADUN. Pelik. Kenapa macam tu?? Kalau aku jadi ADUN tu,terasa nya hati. Macam dah tak diperlukan lagi. Pakatan Rakyat mula goyah. Okey lagi. Sebab Pakatan Rakyat masih majority Perak. Seorang ahli DAP yang juga timbalan Speaker letak jawatan dan jadi ahli BEBAS. Ahh.. sudah. Sudah seri sekarang. BN 28, Pakatan Rakyat 28 dan Bebas 3. Ha, ha tak tahu. Apa sudah jadi??. Dan dengan berlagak wira, ADUN Bota kembali semula kedalam BN. O, sekarang dah jadi bagaimana ni?
Bagi aku,ada banyak kekeliruan dalam system politik kita ni. Kenapa bila tukar parti tak perlu Pilihan raya semula? Bagi aku perlu. Secara logiknya, perlu. Sebab bila tukar parti, dia dah jadi ‘yang baru’. Orang baru, parti baru. Rakyat mengundi dia, mungkin bukan sebab dia. Mungkin sebab parti. Bila dia tukar parti, macam mana? Perlu ada piihan raya semula. Tapi ada akta yang cross dengan re-pilihan raya semula ni ( ekoran dari lompat parti). Akta itu mengatakan, semua orang bebas untuk berpesatuan, bebas menganggotai mana-mana parti tanpa paksaan. So, maksudnya, ADUN tu boleh masuk mana-mana parti yang dia suka tanpa kehilangan kerusi yang dia menang atas tiket parti terdahulu. Macam nampak sangat menunjukkan orang Malaysia ni tak kenang budi @ kacang lupakan kuit.
Kes Perak lak, calon Bebas dah setuju memberikan kerjasama kepada BN. So, Najib dah bersiap sedia nak mengahadap bagida Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan baru Perak (dah ada nama calon MB baru tau). MB Perak pulak berkeras untukmengadakan pilihan raya semula. Tapi s semuanya tertakluk apda Sultan Perak. Semuanya masih menunggu.
Kalau tengok kedudukan kerusi di perak, aku kesian sangat-sangat kat warga Melayu Perak.
Secara partinya, sebanyak 26 kerusi adalah milik UMNO atau secara jelasnya, milik Melayu. Untuk PKR pula, hanya 7 kerusi yang hanya dimiliki oleh 3 Melayu. 3 Melayu sahaja tahu?. Dan PAS ada 6 kerusi, yang memang melayu. Dan selebihnya, sebanyak kira-kira 20 kerusi, milik Cina. 18 Dap, 3 PKR..
Apa yang korang boleh tengok? Sebenarnya rakyat Perak perlukan UMNO. Mereka sokong UMNO sangat-sangat. Kenapa pentadbiran perlu diberi kepada Cina? Semuanya kerana PAS masuk dalam Pakatan Rakyat. Bodohnya. Bodohnya PAS. Mengorbankan Melayu dan Islam dengan menyertai Pakatan Rakyat yang dah terangan menolak perjuangan PAS.
p/s: terbaru dari Berita Harian online ketika aku sedang menulis
"Tak perkenan bubar DUN, titah MB, Exco letak jawatan

IPOH: Sultan Perak Sultan Azlan Shah memutuskan tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta. Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan. "Sekiranya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli MMK dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu. - Bernama "

4 comments:

zulfadzli said...
This comment has been removed by the author.
gLoomy_sUndAy said...
This comment has been removed by the author.
zulfadzli said...

politik da x masuk akal...dah xde demokrasi yg tulen..sume dah boleh di setkan..politik itu lakonan ...politik membosankan...

khalifah sam said...

Adakah umno membela Melayu & Islam..siapakah kaum paling miskin di malaysia ini..bagaimana dgn isu murtadnya...remaja dari kaum mana yg bijak 'merempit'..bohsia..bohjan..dadah...dll..berapa banyak pula aset org melayu yg ada di bandar2 besar seperti KL...malah tanah2 peneroka melayu juga telah tergadai dek mengejar kemajuan kononnya..apa telah terjadi dgn tanah org melayu di Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor... jadi di mana pemimpin UMNO yg dikatakan berjuang utk Melayu & Islam...tepuk dada tanya iman...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin