Thursday, February 26, 2009

Sliming center

O, sekarang banyak sangat Slimming Center tumbuh di bumi Malaysia ni. Bermacam-macam harga. Dengan berbagai-bagai tawaran. Sebut sahaja mana yang berkenaan. Kita pun dah banyak disoggokkan dengan bermacam iklan ‘before’ and ‘after’. Iyer, semua terliur kan? tengok macam mana orang gemuk gedempol boleh jadi kurus cam model. Oh, banyak rahsia yang aku dah find out.

1. gambar photoshot untuk paper/poster telah diedit semaksimum mungkin untuk bagi Nampak badan kurus dan tinggi dan langsing. Model sebenar tidakla sekurus itu. Ada yang bontot masih gemuk pon lagi.

2. gambar before kurus takla segemuk yang dalam gambar tu sebenarnya. Gambar-gamabr itu telah di lebarkan dahulu dan ada yang diambil ketika tengah mengandung, bukan selepas ya!

3. kalau model takder gambar gemuk atau gambar yang ada tidak cukup gemuk, akan ada pulak sesi untuk bergambar gemuk. baju besar dipakaikan, seiap masuukan gumpalan-gumpalan kain untuk menampakan model tu gemuk dan berlemak. Yang tidak bertudung plak dan berthirt, biasa amek badan orang lain. Muka sahaja amek gambar model.

4. gambar rawatan muka semuanya telah disolek dengah sehodoh mungkin untuk menunjukan betapa hodohnya muka model itu sebelum dapat rawatan. Padahal tak sedang mana pun. Ada pulak yang jadi model kurus, jadi jugak model untuk rawatan muka. Padahal muka dia okey je.

Mostly semua slimming centre pakai machine sama. Trust me. Tapi aku lupa nama machine2 tu. Dan semuanya kurus bukan kerana totally gunakan machine2 tu. Semuanya kena diet. Strict diet. Aku pernah disuruh hanya makan buah sepanjang minggu. Gila apa! Lepas tu, next week nya hanya makan telur sahaja. Consultant untuk setiap slimming center ni sangat-sangatla pandai menarik kita untuk terus stick menggunakan servis mereka. Ada yang sampai berhabis rm4k-6k kuarkan duit demi kurangkan 4kilo. Lama-lama aku terpikir, buat apa ‘buang ‘duit untuk ‘buang’ yang sedia ada. Memadaila dengan diet sendiri, senaman dan berpuasa.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin