Saturday, February 28, 2009

damn good!

Upin dan Ipin. Geng: Pengembaraan bermula
damn good. rugi sioot tak tengok. dah maals nak cakap banyak. tengok sendiri. better dari citer Disney tu. proud to be Malaysian.. huhuhuhu

Thursday, February 26, 2009

Sliming center

O, sekarang banyak sangat Slimming Center tumbuh di bumi Malaysia ni. Bermacam-macam harga. Dengan berbagai-bagai tawaran. Sebut sahaja mana yang berkenaan. Kita pun dah banyak disoggokkan dengan bermacam iklan ‘before’ and ‘after’. Iyer, semua terliur kan? tengok macam mana orang gemuk gedempol boleh jadi kurus cam model. Oh, banyak rahsia yang aku dah find out.

1. gambar photoshot untuk paper/poster telah diedit semaksimum mungkin untuk bagi Nampak badan kurus dan tinggi dan langsing. Model sebenar tidakla sekurus itu. Ada yang bontot masih gemuk pon lagi.

2. gambar before kurus takla segemuk yang dalam gambar tu sebenarnya. Gambar-gamabr itu telah di lebarkan dahulu dan ada yang diambil ketika tengah mengandung, bukan selepas ya!

3. kalau model takder gambar gemuk atau gambar yang ada tidak cukup gemuk, akan ada pulak sesi untuk bergambar gemuk. baju besar dipakaikan, seiap masuukan gumpalan-gumpalan kain untuk menampakan model tu gemuk dan berlemak. Yang tidak bertudung plak dan berthirt, biasa amek badan orang lain. Muka sahaja amek gambar model.

4. gambar rawatan muka semuanya telah disolek dengah sehodoh mungkin untuk menunjukan betapa hodohnya muka model itu sebelum dapat rawatan. Padahal tak sedang mana pun. Ada pulak yang jadi model kurus, jadi jugak model untuk rawatan muka. Padahal muka dia okey je.

Mostly semua slimming centre pakai machine sama. Trust me. Tapi aku lupa nama machine2 tu. Dan semuanya kurus bukan kerana totally gunakan machine2 tu. Semuanya kena diet. Strict diet. Aku pernah disuruh hanya makan buah sepanjang minggu. Gila apa! Lepas tu, next week nya hanya makan telur sahaja. Consultant untuk setiap slimming center ni sangat-sangatla pandai menarik kita untuk terus stick menggunakan servis mereka. Ada yang sampai berhabis rm4k-6k kuarkan duit demi kurangkan 4kilo. Lama-lama aku terpikir, buat apa ‘buang ‘duit untuk ‘buang’ yang sedia ada. Memadaila dengan diet sendiri, senaman dan berpuasa.

Saturday, February 21, 2009

hijrah

oh.. aku dah amek keputusan untuk memmbuang citer2 lovey dovey dan angan-angan perkahwinan aku dalm blog ini.. tapi sukar untuk buang dari kamus idup aku. so, aku dah pindahkan angan-angan 'minah jenin wan norhanis' ke sini http://misibelumpasti.blogspot.com/
erm..nak wat private atau open ek????

Friday, February 20, 2009

tarik traffic

skang tengah banyak giler issue yang aku kira boleh tarik trafiic ke blog masing-masing. aku malas nak bercerita pasal isu2 ni. sebab tak suka dengan komen2 orang yang bermacam-macam. tapi nak juga brief skit2.. boleh ek...
1. Elizabeth Wong dan kisah nude pic
isu yang tengah panas sakng. bermacam pendapat orang kuarkan. taip jer nama dia ni, bermacam-macam jenis blog, pandangan boleh kita daapt. tapi nak dpat her nude pic??? malam skit.. or lupakan sahaja. sebab memnag dah clear dari dunia siber. kenapa ek?? alang-alang nak sebarkan, bagila semua orang tengok. aku pon nak tengok gak. gamaknya, korang tatap jela gambar2 ex BF elizabeth wong tu yang bernama Hilmi Ibrahim. (betulker ni??) nak koemn, aku baynak menda nak komen.. tapi malas nak taip. huhuhu. baca suka la. apatah lagi tengok.. hihiihi
2. MB Perak dan exco baru digantung Speaker
ni punya hal macam kelakar dan sewel. si Speaker boleh plak menggantung MB Perak, DR zambry and the excos just becoz ngangkat sumpah jadi MB Perak tanpa menunggu MB Nizar letak jawatan. pelik. macamla Dr Zambry yang beria nak angkat sumpah. tukan titah SUltan. Contradict nyer Speaker Perak ni. tu la, lantik lagi orang bukan melayu jadi Speaker. buat Loud Speaker yang menyesakkan telinga sahaja.
3. kisah Nora Danish dan Fasha Sandha
oh, tak habis2 lagi kisah 2 'sahabat' ni. kelakar la fasha sendat ni. macam cari publisiti murahan lak dengan mengaitkan nama new mommy dengan tekanan perihal dia ngan si Rizal yang tak reti hargai anak tu. huh.
4. mawi dan ekin baru balik honeymoon
aiyaa.. mangkuk ni lagi. penatla pasal si budak botak ni. dah penat dengan isu kawin tu, pas balik honeymoon pon sebok gak. hishh... orang opis aku sibuk dengan da** ekin yang makin mekar pas kawin.. hahahaaha.. lam wa cha ha (lucah la) sioottt..
5. Perkahwinan Que HAidar dan Linda Jasmin
congrats to them. congrats to Que sebab dah dapat anak lelaki. wah panats soot.. bapak instant.. just joke.
6. filem Geng pengembaraan : upin dan ipin
aku amsih belum berkesempatan tengok movie ni. dengarnya dah remat rm2juta dlam lima hari. oh, tak sabar sungguh.. cerita anak tempatan, kita kenalah support, kan?? dengarnya bertaraf Disney..
7. Puteri Gunung Ledang the Musical
oh, congrats untuk aku sebab berjayatengok PGL. congrats to PGL and the teas sebab mempersembahkan karya yang sangat bagus dan world class. tabik spring la untuk PGl..toiiing!

Sunday, February 15, 2009

Puteri Gunung Ledang the Musical




satu benda yang aku boleh aku cakap lepas aku tengok Puteri Gunung Ledang The Musical is MENYESAL. bukan menyesal apa, menyesal sebab tak beli tiket harga rm100++.; sebab BEST GILERR!

no other words can i describe it. it awesome! great! fantastic. memang world class. dari segi tarian, props, nyanyian, jalan cerita, memang amazing! ada sedih, memang syahdu sangat2. part kelakar, gamat satu Istana Budaya. part ajaib, memang semua kagum giler.

standing ovation untuk Tiara and the team.

Friday, February 13, 2009

aku konpius

aku confuse

dalam busa, naik seorang wanita mengandung. aku bangun. hulurkan tempat duduk. dia kata tak mahu. okey, maybe rumah dia dekat. tapi dah jauh. dia belum turun. oh, baru aku perasan. dia tak mengandung. perutnya buncit. confuse aku.



aku confuse

aku drive laju di lane kanan. dari belakang ada kereta laju. aku ke tepi. bagi laluan. kereta tadi memperlahankan kelajuan, masuk ke depan aku. kenapa? aku ingatkan dia laju sebab nak terberak tadi. confuse aku.

Monday, February 9, 2009

pergi balik Nilai sejam?

hari ni kena pi Nilai. hantar my lil sis. tapi rasa macam mimpi je pergi Nilai tadi.
  • bertolak dari Wangsa Maju 3pm.
  • sampai Nilai 3.30pm
  • jalan-jalan cari kedai Fynn Jammal.
  • bertolak balik ke Wangsa Maju 4pm
  • berhenti di Shell
  • bertolak 4.15pm
  • selamat sampai Wangsa Maju masuk parking. 4.45pm.
fuhhh... suka merempit hari ni ek?? tak sedar pun. bawak 100km/h, 110km/h, 120km/h.. huhuhuhu.. keter ringan sebab kosong. sebab tu laju gerak. hehehe..

Majlis Cukur Jambul

Majlis Cukur Jambul Lutfiyah Zara (anak buah housemate). she's so cute. damn cute. unfortunately, she got fever and diarrhea.. poor Zara. but she seems okey during the ceremony. alhamdulillah, everything goes well.


Thursday, February 5, 2009

Tepuk dada tanya selera

Sekarang tengah hangat dengan kes negeri perak. Hangat dengan kisah ADUN- ADUN nya yang asyik lompat parti. Mulanya Adun Bota, Nasaruddin. Wah, majlis besar-besaran merayakan ADUN Bota masuk PKR. Semua PKR happy sebab dapat takluk seorang lagi makhluk dari BN. Tahniah PKR. takziah BN.
Sekarang tetiba havoc dengan 2 ahli PKR keluar parti dan join BEBAS. Semuanya terjadi selepas PKR mengarahkan 2 ADUN tersebut meletak jawatan sebagai ADUN. Pelik. Kenapa macam tu?? Kalau aku jadi ADUN tu,terasa nya hati. Macam dah tak diperlukan lagi. Pakatan Rakyat mula goyah. Okey lagi. Sebab Pakatan Rakyat masih majority Perak. Seorang ahli DAP yang juga timbalan Speaker letak jawatan dan jadi ahli BEBAS. Ahh.. sudah. Sudah seri sekarang. BN 28, Pakatan Rakyat 28 dan Bebas 3. Ha, ha tak tahu. Apa sudah jadi??. Dan dengan berlagak wira, ADUN Bota kembali semula kedalam BN. O, sekarang dah jadi bagaimana ni?
Bagi aku,ada banyak kekeliruan dalam system politik kita ni. Kenapa bila tukar parti tak perlu Pilihan raya semula? Bagi aku perlu. Secara logiknya, perlu. Sebab bila tukar parti, dia dah jadi ‘yang baru’. Orang baru, parti baru. Rakyat mengundi dia, mungkin bukan sebab dia. Mungkin sebab parti. Bila dia tukar parti, macam mana? Perlu ada piihan raya semula. Tapi ada akta yang cross dengan re-pilihan raya semula ni ( ekoran dari lompat parti). Akta itu mengatakan, semua orang bebas untuk berpesatuan, bebas menganggotai mana-mana parti tanpa paksaan. So, maksudnya, ADUN tu boleh masuk mana-mana parti yang dia suka tanpa kehilangan kerusi yang dia menang atas tiket parti terdahulu. Macam nampak sangat menunjukkan orang Malaysia ni tak kenang budi @ kacang lupakan kuit.
Kes Perak lak, calon Bebas dah setuju memberikan kerjasama kepada BN. So, Najib dah bersiap sedia nak mengahadap bagida Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan baru Perak (dah ada nama calon MB baru tau). MB Perak pulak berkeras untukmengadakan pilihan raya semula. Tapi s semuanya tertakluk apda Sultan Perak. Semuanya masih menunggu.
Kalau tengok kedudukan kerusi di perak, aku kesian sangat-sangat kat warga Melayu Perak.
Secara partinya, sebanyak 26 kerusi adalah milik UMNO atau secara jelasnya, milik Melayu. Untuk PKR pula, hanya 7 kerusi yang hanya dimiliki oleh 3 Melayu. 3 Melayu sahaja tahu?. Dan PAS ada 6 kerusi, yang memang melayu. Dan selebihnya, sebanyak kira-kira 20 kerusi, milik Cina. 18 Dap, 3 PKR..
Apa yang korang boleh tengok? Sebenarnya rakyat Perak perlukan UMNO. Mereka sokong UMNO sangat-sangat. Kenapa pentadbiran perlu diberi kepada Cina? Semuanya kerana PAS masuk dalam Pakatan Rakyat. Bodohnya. Bodohnya PAS. Mengorbankan Melayu dan Islam dengan menyertai Pakatan Rakyat yang dah terangan menolak perjuangan PAS.
p/s: terbaru dari Berita Harian online ketika aku sedang menulis
"Tak perkenan bubar DUN, titah MB, Exco letak jawatan

IPOH: Sultan Perak Sultan Azlan Shah memutuskan tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta. Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan. "Sekiranya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli MMK dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu. - Bernama "

Monday, February 2, 2009

Muslim! attention please


baru baca http://justkhai.com/. agak terkejut dengan apa yang Khai baru paparkan. dulu kecoh pasal blog adibah Ahmad. sekarang dah ada semula, tapi menggunakan nama Adibah Ahmed. tukar part 'Ahmed' tu jer. check out this blog http://www.adibahahmed.blogspot.com/ dan blog ini http://www.syurga-islam.blogspot.com/. tolong baca dengan ilmu Islam yang tinggi, sebab orang yang cetek Islamnya, akan agak tergugat. tak tahu siapa yang owner blog ini, tapi yang pasti, sangat-sangat menyesatkan. minta tolong anda-anda semua untuk flag blog ni. cara flag:

1. kat side bar ata, click 'Flag this Blog'.

2. then, blogspot akan beri senarai kenapa perlu di flag? click 'hate/violence'.

3. then, confirmkan flag itu.

kisah 3G


aaa.. baru habes ber 3G ngan BF aku.. sejam. sejam?? sejam?! mak aii, baru sedar lama gila. huhuhu.. tapi suka jer :). puas hati sebab dah lama tak jumpa dia. and dah lama tak buat 3G sebab dia kerja sampai 12 mlm. hari ni cuti, dapatla ber 3G. sajer nak bgtau kat sini. sebab happy. happy. happy. huhuhu.. happy la!
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin