Friday, January 30, 2009

jom masak masak: pancake


aku suka sangat makan pancake (thats why badan aku sangat comel.. hihihi). senang je buat pancake ni. aku beli tepung segera sahaja. hahaha.

tapi tepung tu kena tambah telur dan susu UHT. tambah sahaja, mengikut sukatan. kemudian pukul adunan dengan jayanya. setelah pasti adunan ok, tak likat sangat, tak cair sangat, panaskan pan/ kuali.

kuali dah panas, tutup api, letak minyak, amek sesenduk adunan, tebarkan atas kuali. dah cantik bulatnya, bukak api di paras minimum. sampai dah kuning, terbalikkan. sekejap sahaja. jangan sampai hitam lak. pancake akan jadi sangat-sangat gebu macam kuih apam. makan ketika panas bersama butter, kaya or madu. sedap sioot.

2 comments:

sukatikulah said...

hehe. jgn smpai hangit dh la ye... pancake neh kalo org melayu pggil lempeng, kalo org utara kata peknga. stands for TEMPEK BELANGA. Tp sdap gak tu kalo mkan dgn teh suam pg2.. fuhh...

nurmaiza said...

next menu ajor buat muffin ea...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin