Tuesday, January 13, 2009

bila kita berharap..

kekadang kita ni tak sedar dengan apa yang kita mahu. kita tak sedar apa yang kita asyik harapkan. bila aku tengok harapan semua orang, baru tersedar diri. dari kecik kita macam ni.
  • bila tengok orang masuk universiti, kita tak sabar-sabar nak masuk uni padahal resulttak seberapa.
  • bila tengok orang dah habis uni, kita tergesa-gesa nak habiskan uni sampai tak kisah ponter berapa.
  • bila tengok orang lain dah ada kerja bagus, kita pun mengharapkan yang sama padahal pointer tak seberapa, saper yang nak??.
  • bila tengok orang lain gaji rm3-4 ribu kita pun nak jugak. padahal baru kerja setahun dan pengalaman pun ntah apa-apa.
  • bila tengok orang ada boyfriend/girlfriend, kita pun nak juga. padahal ntah saper2 la mamat/minah tu.
  • bila tengok orang semua dah bertunang, kita nak jugak. padahal, kerja baru setaun, duit baru seciput.
  • bila tengok semua dah kawin, kita pun nak jugak. padahal kerjaya belum stabil, mak ayah di kampung belum puas merasa duit anak.
  • bila tengok semua dah ada anak, kita pun nak jugak. padahal anak tu rezeki Allah. belum masanya lagi Dia bagi rezeki yang ulung itu.
  • bila tengok orang ada blog, aku pun nak ber blogging jugak. padahal ntah apa-apa la aku ni ngarut..
percayalah, Allah dah bagi yang terbaik buat kita. apa yang berlaku kat kita, baik dan buruk, semua ada hikmahnya. Allah bagi kerja bagus lambat sikit sebab Allah nak bagi yang lebih baik. Allah kirimkan jodoh lambat sikit, sebab nak bagi kamu merasa keseronokan lama sikit. Allah bagi kamu susah sikit supaya kamu tak rasa sakit sangat bila jatuh nanti. senang kan?? Allah tu Maha Adil. sangat-sangat. lapangkan dada. optimistik.. (tapi bukan bermaksud menerima hentakan Israel dengan sesuka hati!)

1 comment:

Sue Anna Joe said...

Normal lah tu, kita nak apa yang orang lain ada, sebab nampak macam bes je. Hehe. Dan kalau dah dapat tu, masih rasa tak puas. Nak lagi dan lagi.

Anyways, video cara memakai hijab tu as stated in my blog is not me. It's cynicalmd, someone did mention her name in the comments. Sangat lain, cuma spec tu nampak sama, dia sangat putih melepak, dan Anna cokelat tau. Haha.

:P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin