Friday, January 30, 2009

jom masak masak: pancake


aku suka sangat makan pancake (thats why badan aku sangat comel.. hihihi). senang je buat pancake ni. aku beli tepung segera sahaja. hahaha.

tapi tepung tu kena tambah telur dan susu UHT. tambah sahaja, mengikut sukatan. kemudian pukul adunan dengan jayanya. setelah pasti adunan ok, tak likat sangat, tak cair sangat, panaskan pan/ kuali.

kuali dah panas, tutup api, letak minyak, amek sesenduk adunan, tebarkan atas kuali. dah cantik bulatnya, bukak api di paras minimum. sampai dah kuning, terbalikkan. sekejap sahaja. jangan sampai hitam lak. pancake akan jadi sangat-sangat gebu macam kuih apam. makan ketika panas bersama butter, kaya or madu. sedap sioot.

Thursday, January 29, 2009

Aku benci: si pencium


Masa tengok Bride Wars, aku duk hujung sekali. And sebelah aku ada couple Indian. Awal-awal lagi, sebelum lampu tutup, si pompuan (duk sebelah aku) dah bersandar atas bahu si laki. Bukan bersandar biasa. Tapi ala-ala macam tengah berpeluk atas katil lak. Aku ni dah tak tahan, tertoleh gak ke kanan melihat aksi-aksi itu. Ishhh.. makin lama makin layan pulak makhluk –makhluk ni ber madu asmara. Aisehhhh.. tangan si laki tu dah merayap ke dada, ke bawah and ke seluruh badan. Adeihhh.. ni bukan tengok wayang ni.. ni dah buat wayang. Pastu aku dengar la plak bunyi aksi-aksi kucupan.perghhh. bukannya aku teringin, ok?! Aku tak selesa sebab diorang wat projek kat sebelah aku yg pakai tudung ni. Hormat la sket. Even u r not Muslim (errrrr.. Muslim pun ramai buat peel bodoh ni) tapi tolongla ada rasa ‘kemaluan’ sikit… show your respect please!

Aku suka: movie n movie n movie


Aku sangat suka tengok movie. Sangat-sangat suka. Aku boleh tengok movie sensorang kalau dah takder orang sangat nak diajak tengok movie. O, tambahan pula, BF aku bukan jenis yang suka tengok movie kat panggung @ cinema. Biasa aku ngan housemate, friends or adik-adik aku.
Semalam (Rabu) yang hening dan berbahang dan berhujan, aku cuti since aku dari Melaka pas hantar anak pakcik Jehari nombor 2 balik. Plus, aku kena uruskan hal wife pakcik Jehari. Hal insuran katanya. Yang mana aku dapat 20% ekoran pembelian laptop untuk anak pakcik Jehari nombor 3 tahun lepas. Huhuhu. So, pas dah settle semua, aku ke One Utama untuk tengok movie. Aku tengok Bride Wars at 5pm dan Underworld 2: Rise of The Lycans at 7pm. Marathon beb.lagi best sebab dapat Wed’s day price. Rm6 per movie.. so, dua movie rm12 only maaaa.. waa.. masyuk2…
Bride Wars: kelakar. Aku suka Anne Hathaway since Princess Diaries. Touching pun ya jugak. Citer yang tak boleh expect apa akan terjadi di Akhir nanti. Thought something sweet will hapeend during the wedding ceremony. But, not. Something tragedy pop up. Derrrr.. and the ending was so nice. Miss my best friend, Nurul very much! Hope she’ll be my Made of Honor @ pengapit aku. Huhuhu.

Underworld3: for those yang dah tengok Underworld 1 & 2, u’ll easily understand the story. Tapi ok sahaja for those yang first timers. Ini base dia. Macam mana Lycans ada legasi sendiri. Bukan lagi jadi hamba Vampire. Kisah cinta Lucians dan Sonya. Thought Sonya dalam Underworld 1&2 adalah anak Viktor yang sebenarnya. Rupanya bukan. That girl dijumpai oleh Viktor rupanya. Sonya mati dihukum sebab berhubungan asmara dengan Lucians, a werewolf dan pregnant. Aksi dalam citer ni memang high class. Dasyat la. Memnag puas hati.

Monday, January 26, 2009

makan.makan dan makan

yeay! finally i'm home.. ah, feel so good to back at my home town.. huhuhu.. love a lot of things here. ta[pi paling tak suka attitude orang jerantut interm of drive and parking. grrrrr... bikin gua panasss saja (lain citer deh..)

duk umah kejer aku dan ke dua2 adik aku kali ni hanyalah makan, makan, tidor, jalan, makan dan tidor..

24 jan
9.o0am: sampai Jerantut dengan sangapnya..
9.30 am: anta mak pi pasar
10.00 am: makan nasi lemak + kepak ayam madu.. yum! yum!
10.30-2pm: ikut mak pi jalan ke Jengka, ada pasar borong tudung dan baju bajan (err.. new word???)
2pm-petang: aku terbongkang tidor
malam: mak masak Gulai Lemak Perut.. yum! Yum! sedap gila nak mampus... seperiuk mak aku masak.. perghh!

25 jan
pagi: mak masak cucur udang.. sedapnya.. tapi dpat makan sikit jer sebab ken bersiap pi umah orang kawin
tengahri: makan makanan orang kawin.. sedap la jugak.. huhuhu
malam: asam pedas ikan kerisi dan ikan goreng kerisi.. berebut ngan ayah aku.. huhuhu..

26 jan
pagi: nasik lemak sambal sotong beb!! dua kali tambah beb.. trak makan tengahri aku...
tgahari: mak nak masak ikan patin tempoyak, tapi aku menyibuk buat cheese cake favourite dia..so, ikan patin maak aku delayed
petang: cucur udang lagi... yum yum sambil makan cheese cake
malam: ooo, kena makan ikan patin masak tempoyak la.. ( errr. ada lagi ke dalam periuk tu??

27 jan
mak plan nak masak gulai lemak ayam dan ayam berempah.. huhuu..

syoknya... duk umah asyik makan jer la kerjanya.. ras adha pening kepala makan macam2 ni.. adeih.. well, bukan senang nak dapt makan masakan mak kan?? ni je lah peluangnya...

Sunday, January 18, 2009

Alumni MRSM MZMS @ Rugby Ansara Tournament



mereka yang sudi menghadirkan diri... ingat lagi tak??



Ramai yang sudi jadi baby Sitter Natalia Aleesha.. untung ko Izudin!


aksi-aksi terlampau Topak dan awek.. hahaha





Tanggal 17-18 Jan 2009, berlangsung satu kejohanan Rugby Ansara bertempat di Padang Cobra, PJ Utara. Bebudak ex-MRSM Muadzam Shah batch aku ada mengambil satu team dan diorang ambik kesempatan untuk buat small gathering. aku malas nak join sebenarnya sebab tau, takkan ramai budak pompuan datang. but then, aku datang jugak sebab nak jumpa budak2 yang aku dah lama tak jumpa macam Badak, Topak dan Shamang. aku buat home made muffin aku dan bawak roti untuk diorang. sampai sana dalam kul 10.30pagi dan diorang pun dah berkumpul. Topak bawak awek dia (yang jeles dengan aku) so, aku pon malas nak bercakap dengan Topak ( satu benda yang menyedihkan sangat2).tak tau nak borak apa dengan awek dia coz kang tersasul cerita zaman2 sekolah. lantak ler... dan Izudin bawak anak dia yang latest (yang ketiga) name Natalia Aleesha yang sangat2 nice dan baik.. aku pun tetiba jadi baby sitter tak rasmi Aleesha.. hehehe. Aleesha siap tidor lagi dalam pangkuan aku.. huhuu. mulanya nak blah after lunch, tapi sebab Aleesha punya pasal, aku sanggup stay sampai petang. smalam diorang cuma ada 2 game jer. yang mana kedua-dua game kalah. hampeh! diorang pun tak bermaksud untuk menang. its just a game and yang penting dapat gather ramai-ramai.. kan??

memang happening la. yang datang semalam adalah Shal (+tunang), Jay, Daus (+tunang), Mydin (+tunang), Izudin (+anak), Bear (+future wife datang lambat sket), Topak (+awek), Shamang, Alun, Badak, Zarul, Po'on, Pogie, Poyo, Fecca, Natalia Farehah,Apek, Iskandar dan Reza.. ada yang tertinggal tak???

berbasikal di Bukit Cahaya Seri Alam







Note: last week nak upload entry ni, tapi masa tu hati dan perasaan sangat2 berat dengan isu Gaza dan anak-anak Palestin. so, blog aku penuh dengan usaha mengajak orang memboikot. tapi, kena upload la jugak.. supaya korang bleh beraktiviti di weekend yang indah permai.
-------------------------------------------------------------------------------------
Sabtu lepas, kami plan nak pergi ke Taman Cahaya Seri Alam @ Bukit Cerakah @ Taman Pertanian Shah Alam. o, banyak sungguh namanya.. amek Myza, and sampai sana kul 9.30am.parking cuma rm1 pewr entry. murah kan?? while waiting Nuha, Su and kak liza, kami buat streching dulu. kang ada yang tergeliat kaki ngayuh basikal.

tiket masuk cuma rm3 perhead. sangat murah. kami decide untuk berbasikal.sebab dah lama sangat tak berbasikal, jadi teringin la.. kos berbasikal cuma rm3 untuk yang lama dan rm5 untuk baru. untuk setiap jam berikut, rm1 sahaja.. prghhhh, awal2 dah kejang kaki sebab kena panjat bukit guna basikal.. sakit siott kaki. myza plak asyik ketinggalan jer. but then, kami dah ok. dah boleh catch up. dalam ni, ada banyak gila tempat menarik yang boleh kita pergi:


1. taman arnab

2. kolam ikan

3. kampung idaman - ada rumah setiap negeri.o, u all boleh nginap kat sini yerr

4. rumah empt musim rm 3 perhead- time kami datang, rumah salji.. sejuk gilerrrr

5.tasik yang sangat luas...

6. menara 4 tingkat

7. taman cendawan - o, kat sini cuma ada cendawan batu jer..maybe cendawan tak ley hidup kot

8. taman haiwan - ada rusa, genuine pig, rabbit, kakaktua yang boleh ketawa. hahaha. kelakar giler

9. sawah padi- o yang ni tak sempat pergi..

10. empangan

11. rumah budaya- yang ni lalu jer, sebab tak da sebarang occasion

12. taman orkid

13. flying fox- kena bayar rm35

14. paintball

15. taman herba

sebenarnya banyak lagi benda dalam Taman ni. tapi kami tak pergi.sebab dah penat sangat berbasikal panjat bukit.

penat berbasikal, kitorang berehat kat atas menara sambil menikmati home made muffin yg aku buat. then, makan nasi sambal udang dan telur rebus kat parking. sangat mengenyang kan. thanx nuha, sue n kak liza!

wina sampai setelah kami habis tawaf. sempatla aku suapkan dia makan tengahari. then, sian kat wina, aku dan myza temankan dia jalan-jalan dlam tu, sambil naik shuttle bus.. seronok la.. dapat pergi tempat2 yang kami tak sempat cecah dengan berbasikal...btw wina, thanx for ur ice cream treat!!

next time, insyaAllah aku akan pergi lagi untuk masuk rumah empat musim; musim bunga plak.. mesti sangat best..

panjat Bukit Tabuh

ish, naper banyak pulak gambar si ema ni??? ni blog along la... ish ish
sebenarnya banyak aktiviti nak dicerita kat sini. pembukaan 2009, aku berazam nak memperbanyakkan aktiviti outdoor dan kurangkan sikit aktiviti indoor, seperti tidor dan blogging. last 2 week aku join Myza panjat Bukit Tabur yang terletak di area Taman Melawati. oh, quite tiring tapi puas sebab dapat tengok matahari terbit. bangun tido kul 5.30 pagi dan berada di pinggir bukit kul 6.30 pagi. sampai atas dalam kul 8 pagi; sebab banyak sangat take rest. al maklumlah, tak cukup stamina. hihihi. kesimpulannya, kenala selalu beraktiviti..

Tuesday, January 13, 2009

bila kita berharap..

kekadang kita ni tak sedar dengan apa yang kita mahu. kita tak sedar apa yang kita asyik harapkan. bila aku tengok harapan semua orang, baru tersedar diri. dari kecik kita macam ni.
  • bila tengok orang masuk universiti, kita tak sabar-sabar nak masuk uni padahal resulttak seberapa.
  • bila tengok orang dah habis uni, kita tergesa-gesa nak habiskan uni sampai tak kisah ponter berapa.
  • bila tengok orang lain dah ada kerja bagus, kita pun mengharapkan yang sama padahal pointer tak seberapa, saper yang nak??.
  • bila tengok orang lain gaji rm3-4 ribu kita pun nak jugak. padahal baru kerja setahun dan pengalaman pun ntah apa-apa.
  • bila tengok orang ada boyfriend/girlfriend, kita pun nak juga. padahal ntah saper2 la mamat/minah tu.
  • bila tengok orang semua dah bertunang, kita nak jugak. padahal, kerja baru setaun, duit baru seciput.
  • bila tengok semua dah kawin, kita pun nak jugak. padahal kerjaya belum stabil, mak ayah di kampung belum puas merasa duit anak.
  • bila tengok semua dah ada anak, kita pun nak jugak. padahal anak tu rezeki Allah. belum masanya lagi Dia bagi rezeki yang ulung itu.
  • bila tengok orang ada blog, aku pun nak ber blogging jugak. padahal ntah apa-apa la aku ni ngarut..
percayalah, Allah dah bagi yang terbaik buat kita. apa yang berlaku kat kita, baik dan buruk, semua ada hikmahnya. Allah bagi kerja bagus lambat sikit sebab Allah nak bagi yang lebih baik. Allah kirimkan jodoh lambat sikit, sebab nak bagi kamu merasa keseronokan lama sikit. Allah bagi kamu susah sikit supaya kamu tak rasa sakit sangat bila jatuh nanti. senang kan?? Allah tu Maha Adil. sangat-sangat. lapangkan dada. optimistik.. (tapi bukan bermaksud menerima hentakan Israel dengan sesuka hati!)

Sunday, January 11, 2009

untuk yang tiada hati dan perasaan terhadap GAZA



Note: entry ini mungkin buat kamu tersindir. jangan baca kalau kamu tak nak sakit hati.

dah berapa lama Gaza kena serang? rasanya dah lebih 2 minggu. apa kesan?? makin ramai orang terbunuh. makin ramai kanak-kanak meninggal. damn Israel! langsung takder perasaan. aku sunguh2 tak paham. diorang ni dah hilang perkemanusian ke? sanggup bunuh orang. tak pernha terlintas ke, kalaula yg dibunuh tu adik mereka sendiri? teruknya makhluk israel ni.

mengenai isu boikot. aku masih bertahan sampai sekarang memboikot barangan US dan Israel. alhamdulillah, aku tengok Mcd kat jusco pon da kurang orang. kalau aku ni 'jahat' aku nak jer edarkan risalah barangan yang perlu diboikot pada orang-orang yang still makan Mcd ni (ala, even dah tahu kena boikot pon buat bodo jer kan??? sebab tak rasa anak sendiri kena bunuh ngan Israel atau tak tengok TV atau tak nak amek tau hal Gaza!)

aku sungguh-sungguh bengang dengan orang yang tak nak amek tahu pasal Gaza. kenapa jadi macam ni?? kalau kamu sibuk memberi yg terbaik buat anak, kenapa kamu tak boleh berbelas ihsan pada anak-anak di Gaza??? kenapa kamu terusan mbeli barangan US?? kenapa kamu terus beli Maggi, Danone, Milo dan makan Mcd padahal, anak-anak di Palestine di bunuh menggunakan peluru yang disumbangkan oleh setiap ringgit kamu tu?? kamu bangga menyebut, jualan murah di Sogo. tapi kamu tidak sedar impak apa yang kamu buat. hello kawan, orang non Muslim pun dah boikot barangan US tau! tolongla bangkit. tolongla. janganla jadi suku sakat Israel dan US.

Thursday, January 8, 2009

Boycott!


Curse to Israel & US! Dear Muslim, please aware of our brothers and sisters at Palestine. they do not need your money. but your Doa and your. keep praying. InsyaAllah, the enemies will receive the punishment. Allah knows better what is the best for them.
keep boycoot US stuff. US going down with their economics problem. the peace is start with us!

Saturday, January 3, 2009

pon! pon! bukan pondan, ok!


saper suka 'hon'?? saper suka kena hon? saper suka hon orang?? aku tak suka HON.. tak suka! tak suka kena hon. tak suka hon orang. biadap. rude!


kenapa suka hon orang??


1. suka2??

:kepala hotak kamu!


2. sebab cuak??

: bodohnyer. tak yah bawak keter. duk umah diam2. suruh supir ko anta je la.


3. hon kawan?

: ok la.. nak notify orang tu ko tu kawan dia ek??


4. nak bagi amaran?

: ok. sebab nak tolong orang. maybe keter orang tu dah nak masuk gaung. fine


5. bengang sebab orang depan masuk line kamu time q traffic light??

: memang patut ko hon dia. biadap punya manusia. takder sivik. tak belajar bawak keter.


6. terkejut orang masuk lane kamu tanpa lampu isyarat??

: cool sahaja. dah tanggungjawab ko kena focus dan berhati-hati. tak usah hon orang. ko potong dia balik, n jeling la.. huhuhu


umat mana yang paling suka hon orang?? bangsa c*n*.. giler punya bangsa. biasa perempuan la.. dah la hon panjang giler. padahal aku tengok takder apa masalah pun. kes cuak la tu. tak pun rasa dia sorang yang bayar cukai jalan. ntah2 dia tak der lesen. ala, setakat keter cabuk, aku tak heran ko nak hon orang.. bunyi hon macam katak lekat lalat.. sengal!


Friday, January 2, 2009

aaa. aku takut Dentist



aku nak pi Dentist jap lagi. dan aku sangat-sangat takut skarang. errm.. gila punya takut sampai aku rasa cam nak muntah. adeih.. apa ni..apa masalah aku ni. aku takut sakit. aku takut pening kepala. sakit la Doc tu godek gigi aku. last aku pi Dentist masa kat Uia Matrik. kena transfer ke Klinik Gigi UM sebab kena wat small surgery. aaaa.. takut nyer! tapi kena pi gak tampal gigi ni.. adeih. nanti tak cantik. huhuhu
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin