Thursday, December 31, 2009

2010, selamat datang


ah! weekend yang panjang (lagi).. tapi sesungguhnya tak pernah rasa panjang pun sebab banyak agenda sepanjang hari.. last week urgently balik kampung since mak tak berapa sihat. yer, dia demam sahaja. tapi hati anak mana yang boleh biar mak demam di kampung dan kita bersuka-suka di KL? kan? ada ke?? huiih..nasib baik Mock run 3 tak jadi. nasib badan.. heh!

so, this week, apa plan ya? since esok (jumaat) cuti lagi untuk Tahun Baru 2010. yer! SELAMAT TAHUN BARU. (hipokritnya, maal hijrah tak wish pun).. adeih,


sebenarnya tak rasa pun dah nak masuk 2010. tak rasa pun umur akan bertambah. tak rasa pun dah lama kerja. tak rasa pun hubungan dah makin panjang period nya (heh). saya sangat-sangat bz. banyak sangat benda terjadi tahun ni.

10 terhebat saya tahun ni!




1. saya ke Kota Kinabalu buat pertama kalinya dalam hidup saya.. of course la bank tanggung sebab kena ngajar..dan orang Bank Islam Sabah sangat best! suka gle!


2. saya bawak kawan-kawan saya ke Langkawi. saya plan Satu Hari Di Langkawi yang (erm..tak berapa dapat komen yg best.. huhu).. tapi saya suka. sebab dapat buat Island Tour. besh2. dpat pi dataran Lang. tapi sangat sedih tak dpt pergi kereta kebal..eh, kabel..


3. saya kena (terpaksa rela) stay kat Kuala Terengganu sebagai Flying Squad system, selama 5 hari empat malam SENSORANG! pergh, creepy. tiap2 malam terbayang ada menda pandang dari set sofa tu.. tiap2 malam bukak surah yassin, no more Wonder Girls time kat KT.. tough nyer! hipokrit gile! tsk!


4. Involve dalam Mock run yang best gle. happening gle. suka. suka.


5. mcm org gle buat manual documenattion dan menyebabkan diri ini semakin besar dan lebar dek ekoran jajan yang dimakan ketika buat kerja. tsk! isk! Ok,ni bukan yang terhebat.. its worse.. huhuhu


6. kawan baik dari sekolah kawin, dan saya terlibt dari memakaikan inai, tanggalakn, basuh kaki dia, pakaikan baju.. sangat besh. sebab dia tak berubah. u rox beb!


7. adik saya, kawan saya dapat kerja di KL. kawan baik saya dapat kerja di department saya. suke gle. akibatnya terpaksa pindah rumah baru. yeay! rumah kekasih hati tersayang saya. teres 2 tingakt 4 bilik. jauh skit. tapi suka sebab daapt kumpul semuaorg dan sangat selesa. hehehe.


8. ekoran dari pindah rumah ke Subang Perdana, akhirnya aku asik melekap di One Utama. aishe. muvie dah la besh2 ujung tahun ni. layan. zas!


9. kami sudah merancang bile mahu menamatkan zaman bujang kami. heh! masih plan. masih plan, anis. sabar. jodoh belum tentu dengannya. (moga moga di ijab kan, amin)


10. kawan baik di sekolah juga sudah mengkhabarkan tarikh kawin nya pada saya. sangat awal perkhabaran nya! thanx Wada. saya akan inaikan kamu ya. hehehe.. mahu tradisional atau modern?? hehehe


Selamat Tahun Baru 2010.. May this coming year bring more happiness, health, wealth and life.. jangan lupa akhirat juga, ya.



p/s: err.. saper nak kawin 20.10.2010?? tarikh renew road taxk.. cantik trikh tu.. asik pilh 10.10.10 sahaja..




Tuesday, December 29, 2009

movie of the 'before 2010'..

think miss this already.. herm..
will watch on this Friday!


yeah! booking online already!

CANT WAIT!!




Saturday, December 19, 2009

Avatar - Movie Review


waw! tengok Avatar selama hampir 3 jam, dengan harga rm6 per ticket (early bird, on friday).. menag berbaloi-baloi.. apa yang perlu dikata ek?? superb. best. sungguh tak sangaka kreatifnya imaginasi si pembuat cerita.. cool giler.. out of boundries..

its about ketamakan manusia, yang pergi ke sebuat planet lain, cuba menggali urabotnaium (kot) yang berharga usd2om per kilo.. ada satu perkampungan org asli, called Na'vi yang saiznya besar dari manusia, bercolor biru, tak berpkaian (tapi tak nampak alat sulit pun, infact, tak tau pun kat mana), berekor, mata color kuning, and glow in the dark.. menarik, kan? mereka sangat2 beriktan dengan alam seemsta.. semuanya mengenai perikatan.. nak naik ikran (ala2 mcm burung besar), just bond kan ujung rambut mereka dan ujung rambut ikaran, so, the ikran boleh dengar kata hati mereka.. mereka menyembah Eywa, mother of great yang functionnya seperti CPU, tapi sebuah pokok. dia menyimpn segala memori, dan mendegar segala doa..


then, Jaku Sully adalah askar marin yang datang menggantikan abangnya Tom yangg terbunuh. dia tiada knowledge langsung pasal Avatar. what is avatar? saintis mereke mencipta satu tubuh yang seperti org Asli Na'vi yang mengandungi DNA org asli dan DNA avatar driver.. so, jake sully's dna same ngan Tom, that's why dia kena ganti jadi Avatar's driver..


then, dia masuk dalam Puak tersebut and jadi one of mereka.. dipercayai, dan akhirnya fall in love with Retriyi.. then, berlaku perebutan dan peranag antara manusia dan puak Na'vi.. ending, saksikan sendiri ya.. memang best.. banyak gile permandangan yang sangat cantik.. haaihh.. cantik gile!

Ninja Assasin - Movie Review




finally. i've made it. sangat merindui Rain. dan ya, Ninja Assasin adalah jalannya.. dan aku dah berjaya tengok.. meh review meh..

Raizo adalah pembunuh bersiri Ninja.. dibesarkan di sebuah kuil a.k.a sekolah ninja oleh lelaki yang dipanngil 'ayah' dari suku Ozunu.. dibesarkan cara Ninja, dibesarkan untuk menjadi pembunuh upahan.. dan Raizo betray suku nya selepas meihat rakan seperjuangan nya yang juga cinta pertamanya, Rikiko di bunuh kerana cuba melarikan diri.. kemudian, Raizo diburu oleh suku nya sendiri, dan dia cuba bertanggungjawab keatas nyawa Mika, ejen forensik yang dapat merungkai aktiviti Ninja sebagai pembunuh upahan..

bagi aku, plotnya aku rapuh, terutama part Mika tu. tak patut pun ada.. mungkin patut ditukar dengan plot nya lebih kukuh dan lebih emosi.. apa-apa pun, selepas Speed Racer, yang Rain hanya berlakon sebagai pembantu, aku sangat kagum dengan Rain yang agak bagus sudah dalam bahasa inggeris nya dlam ninja assasin.. keep up the god work Rain.. haiih, teringin tengok berllakon drama Korea semula.. miss you.. MMuah!

Wednesday, December 16, 2009

klon kan saya, please

Celarunya hidup! Aku rasa nak kerat-kerat badan aku ke beberapa kepingan. Supaya ada banyak wan norhanis. 1 untuk keluarga di Jerantut,1 untuk adik-adik di KL ni, 1 untuk department, 1 untuk buat mock run, 1 untuk BF, 1 lagi untuk kawan-kawan. Haiih. Hidup. Penatnya.

Untuk keluarga dikampung, ibu mahu kami pulang. Tapi aku tak dapat bagi tarikh. Sebab?? Semuanya clash dengan agenda dan kerja di KL. Haiih, ampun ibu..

Untuk adik-adik, kakak ni kena tengak adik yang di uia Gombak tu, kena tengokkan buku untuk nya, kena ambik dia dari uia, hantar bila ahad. Tak ikut, muncung. Haaih.

Untuk department, kerja buat manual ni tak sudah-sudah perlu di update dan dibuat discussion ngan product owner yang nak aku je korek input. Baginyer tak nak. Dahla kena korek change untuk system baru. Haaih. Tolongla ringankan beban aku. Manager dah ‘suap’ dengan great lunch dengan message, pastikan semuanya ready by 24 december.. aduhai..

Untuk project, aku kena kerja every sabtu. Training di Kuala Terengganu, Mock run 2 dan mock run 3.. haaiih. Uruskan branch yang memeningkan (aku tau, org HQ lagi memeningkan orang Branch, sorry ye..)

Untuk BF yang sudah terasa aku tidak menghiraukan dia.. every sabtu kawannya kawin. Semuanya kalau boleh mahu aku pergi sama. Aku mahu. Seriously. Bersama dia, aku bahagia. Tapi apa aku boleh buat?? Kerja aku skang dah tak kira masa. Tak kira sabtu atau ahad. Haaih.

Untuk kawan-kawan, maafkan aku sebab terpaksa tidak menerima jemputan kawin sahabat-sahabt. Ampun maaf maaf kerna tak dapat jadi pengapit kamu. Kalaula boleh skip all the mock run and those project.. haiiah..

Untuk mereka yang sudi menjemput aku dan BF,

v Alang dan isteri, kami selamat sampai di Klang, tahniah..

v Faizal Jalil dan isterinya, Solikhah Atiyah, selamat pengantin baru, maaf tak dapat hadir.

v Megat dan hanim, keduanya dikenali melalui BF, maaf tak dapat ikut ke Kedah atau ke Gombak

v Ah Choi dan isteri, tahniah,

v Hasnor Azizan dan suami, maaf tak daapt jenguk ke Rompin,

v Kok Ikin dan suami, maaf tak dapat turut serta di majlis di KL

v Adilla dan Ikhwan, tak dapat menjadi saksi pernikahan kamu di Perak, aku cuba di KL ya

v Che Am dan Izzaty, kami sedang cuba usahakan untuk datang

v Atie dan bakal suami, sedihnya tak dapat penuhi untuk jadi pengapit kamu.. alahai..

Buat sahabat yang dah menjemput aku 5 bulan awal, aku akan cuba sedaya upaya penuhi jemputan kamu. Cuti pun aku sanggup ambil, demi kawan yang nak mendirikan tenaga.

p/s: wonder, adakah akan ada kawan-kawan aku yang akan bersama aku di malam berinai dan tidur bersam-sama sambil berkongsi kisah lalu sebelum akku diijab Kabul esoknya?? Pastinya kamu semua akan datang dengan perut memboyot di hari esoknya sahaja kan.. huhuhu

home.sweet.home

finallay. after 1month.yeah. relief.home sweet home. quite far,but comfort for us.
p/s: the pinke one is mine, the dpaur's curtain is handmade by myself ya.. haha..

Sunday, December 6, 2009

ADAM vs RAIN

adam yang cuba menjadi RAIN. sebelum ni, cuba menari 'I'm Coming' yang sungguh tidak berjaya.. skang, tiru style dari Ninja Assasin plak?? adoi, get your own style ler..

Monday, November 23, 2009

My Best Friends Wedding ..








p/s: Happy for Her.. so much. happy since dia masih seperti dulu. tak berubah walau sudah ada husband. tak berubah langsung. kawan masih dipentingkan.


Friday, November 6, 2009

semput nafas

messy sejak akhir-akhir ni. huh. rasa macam byk sgt masalah, err bukan, beban, erm, pun bukan, isu (ye, itu yg terbaik) yang perlu disetelkan...
adik dapat kerja kat CIMB (which i really she will get the job), best buddy , Mar pun dapat kerja kat Bank Islam (which i also thought of it).. happy sangat-sangat.. tapi big prob nyer, dimanakah aku mahu sumbat mereka-meereka ni?? sah2 la mereka akan bersama ngan aku. erm.. kelam kabut aku cari umah, kena bgtau housmate aku. nasib baik, MAr masuk bulan 12, Ain masuk bulan 11 (dah kerja pun).. aku google cari umah sewa untuk kami semua. but then, my BF offer umah dia untuk disewa.. yeah, last choice kot.
but then, umah tula jadi pilihan aku.. umah dah siap semua,ada katil (untuk aku je la), sofa semua ada.. ala elektrik pun ada.. aduih.. so, amik la.
skang aku tengah sarat sangat memikirkan nak bayar deposit (kena deposit jugak tau, even umah bakal mak mentua..huhu), bila nak masuk umah, bila nak bayar deposit, jalan ke opis macam mana..
the other side, workload aku BANYAK! perghh.. rasa cam nak patah bahu, nak terkeluar biji mata aku buat manual Investemn account n savings account tu.. arghhh, training material lagi, QRG lagi, prepare nak mengajar lagi, outstation lagi.. gler la.. rasa cam pack sesangat.. sampai hari tu, aku pernah menitik air mata jugak la bila BF aku tanya pasal umah sewa sebab aku dah pnat nak pikir semua.. aku dah semput nafas, tgk manual2, aku dah sesak nafas, tgk bilik, dah sesak dada..
duit savings aku kat Tabung Haji semakin susut ni.. erm..

Monday, November 2, 2009

terkilan

Rasa-rasa dah lama aku tak contact dengan sahabat baik aku. Bukan menyepi atau menyombong atau melupai. Entah. Aku rasa kewujudan aku macam memporak perandakan kehidupan cinta dia je. Adakah aku selalu macam tu? Aku akan terlalu berhati-hati dengan siapa kawan baik aku berkawan. Aku akan tanya details. Seolah-olah aku yang akan nikahkan diorang. Seolah-olah diorang akan pakai duit aku time kawin nanti. Which is will lead my friends get annoyed. Bukan sengaja. Tapi mungkin dah sifat aku macam tu. Begitu juga aku treat adik-adik aku nyer BF n GF. Yeah, I know. Kawan-kawan ku bukan adik-adikku. Tapi aku sangat takut diorang akan terluka.
Paling aku ingati, bila aku kawan aku mula berkawan baik dengan sesorang yang tersangatla caringnya.. sangat heaven. Tapi aku keep questioning kenapa dia tak nak bgtau umur, dahla duk umah anak Yatim, selalu off HP. Dalam kepala aku dah ada rasa negative pada lelaki tu. But then my other friends said, aku mungkin jeles kot coz pakwe aku tak macam tu. Ntah. Bukan. Aku tak kesah,aku bahagia bila kawan aku bahagia. Tapi akhirnya, lelaki itu suami orang. That’s hurt to hurt. And its also hurting me.
Dan lately, she’s in love again. I meet that guy. Not bad la. As long as she ok with him, I’m happy with that. And suddenly, something that hurts me happened. I asked my friend to have overnight at my house at KL. And she said ok. But suddenly, her BF wants to follow her to her kampung which is make impossible to have overnight with me. And she agreed, and she left me behind. And tell me, how could I react? Hurt? More than that. In fact, I don’t mind if she can’t sleep at my home bcoz her family. But, bcoz of her BF? That’s hurt. Totally. Until now. Just realize, it’s the starting of our friendship ending. Its grow slowly. Pretty awesome, huh? How a man that she just know about 1 year can beat me, a friend that she know since 13 years old. That what we call friendship. Until know, I still don’t have courage to talk to her.
Buat masa sekarang, aku dah malas nak ambik tahu pasal BF kawan2 aku. Kamu mahu menangis kerana kecewa,menangisla. Aku dah tak mahu peduli. Tapi aku tahu, aku akan peduli juga. Kamu kawan aku. Aku kenal dari kecik. Aku tak mahu kamu disakiti. Kamu baik. Aku takut kamu digula-gulakan oleh lelaki. Aku takut kamu dipermainkan.
Wahai sahabat, tolonglah berfikir untuk diri kamu. Buatlah keputusan kerana kamu memang mahu kan itu, doa menunjukkan kamu mahu itu, diri kamu sudah bersedia untuk itu.. Bukan kerana takut BF kamu bunuh diri. Mahu bunuh diri,biarkan. Dia lelaki. Hanya pengecut akan buat ugutan terhadap hubungan cinta mereka. Tapi jika memang cita-cita kamu mahu bersama dengan lelaki yang suka buat ugutan a.k.a pengecut, teruskanlah. Lelaki itu akan terusan guna ugutan sebagai benteng. Dan tika itu, hadaplah lelaki itu sepuasnya. Jangan kamu hadap aku. Aku sedih diketepikan.

Thursday, October 29, 2009

25 tahun kah?



Hari ni besday one of my best buddies. Yes, welcome to 25’s group. You are an adult now. Eleh, if not 25 pun, u already an adult when u decides to get engage with your fiancĂ©. Hehe



25 years old. Dulu aku menantikan saat aku berumur 25 tahun. 10 tahun dulu, aku rasa umur 25 tahun adalah umur kematangan. Pemikiran 10 tahun dulu tak sama dengan pemikiran sekarang, aku kira. Bila aku menyambut umur 25 tahun, akau rasa kan, aku masih belum matang, baik dari segi kerjaya, cinta mahupun kehidupan. Entahlah, mungkin aku tak sedar aku dah matang. Hahaha… tapi sikit-sikit dah nampak la kot.


· Aku lebih pentingkan kehidupan aku selepas aku berkahwin nanti, bukan ketika aku melangsungkan perkahwinan. Itu juga satu pembaharuan dalam hidup aku.


· Aku lebih pentingkan keluarga dari kerjaya aku. Aku sanggup ambil EL untuk menguruskan keluarga aku.


· Aku juga lebih berhati-hati dalam berkawan dengan orang. Aku belajar, tak semua orang sesuai untuk dijadikan kawan. Aku mahukan kawan yang boleh aku bercerita ketika aku sedih dan happy. Yang mahu aku berkongsi kegembiraan dan juga kepayahan mereka. Yang tak segan meminta bantuan aku ketika perlukan bantuan aku dan juga sebaliknya.


· Aku juga belajar, bertoleransi dan understanding itu penting dalam hubungan cinta. Masing-masing perlukan ruang sendiri, dan kami saling memberi itu.



Aku perasan, tahun demi tahun, cara kami menyampaikan ucapan ‘Happy Birthday’ setiap tahun semakin matang dalam konteks yang tersendiri. Dulu kami serbu bilik birthday girl. Tahun berikutnya, kami menyanyikan menggunakan handphone. Tahun berikutnya, MMS gamabr kek jadi pengganti. Dan tahun-tahun berikutnya, ucapan yang semakin menampilakn usia masing-masing. Tahun ni aku cuma mengucapkan, ‘happy birthday dear, welcome to 25’s group. May allah bless u’. simple, tapi yang paling penting ikhlas dari hati. Dan Alhamdulillah, kami tak lupa birthday masing-masing (lagi).. hehe.. and hopefully, kami akan kekal begini untuk tahun-tahun akan datang walau telah bersama dengan orang yang tersayang.


Sunday, October 18, 2009

Zaman sekarang

Aku baru lepas basuh kereta. Setelah sebulan aku tak basuh kereta tu, so hari ni decide nak pi basuh since my mom will come next week. kang menjerit plak mak aku tu tengok keadaan kereta tu. Ala, bukannya kotor sangat pun sebab semalam dah dapat ‘cuci’ free dari langit. Hehe. Btw, boleh nampak kotor dalam sebab banyak pasir.

Bila aku pergi cuci kereta, banyak kereta berderet-deret menunggu turn kereta dicuci. Hanya aku sahaja empunya keretanya perempuan. Aku ada nampak kereta yang bercirikan perempuan, tapi laki yang bawak, maybe kereta wife, atau kereta kakak atau kereta awek. Entahla. Yang pasti, aku tiada siapa yang nak bwak kereta aku pergi cuci. Hehe.

Herm, boleh dikatakan fenomena ni dah banyak aku lalui. Hanya aku perempuan bawak kereta aku pergi servis, hanya aku perempuan ketika pam angin tayar, hanya aku perempuan isi minyak (dijerantut).. yang lain, semua lelaki. Dari sumber-sumber, aku percaya, walau perempuan itu sendiri empunya kereta, yang isi minyak adalah suaminya, yang bawak servis adalah suaminya, yang bawak pam tayar, pun suaminya.

Aku (dan kawan-kawan aku) dah biasa buat semua itu sendiri sejak kami bekerja di KL ni. Semuanya sendiri.mak aku pernah mengeluh, ‘hai along, awak ni hidupnya berdikari sangat. Semuanya sendiri’. Gulp! Bagi aku biasa sahaja, tak berdikari pun,sebab aku Nampak kawan aku yang lain buat semuanya sendiri.

Bila difikir-fikir balik, no wonder la perempuan yang bawak kereta banyak sangat cengkadaknya. Dialah sebab jam, dialah penyebab accident. Kenapa? Sebab dia tiada pengetahuan dalam bab-bab kereta. Semuanya orang lain yang lakukan. Bila sudah sendiri, maybe sebab bercerai atau suami meninggal, hidup akan tunggang langgang. Bil-bila tak tau nak dibayar kat mana, kereta bayar kat bank mana, insurans kena bayar tiap-tiap tahun, kereta kena servis bila tiba waktunya, minyak kena isi sendiri.

Aku jeles tengok bila si suami yang bawakkan kereta isteri pergi pam minyak atau servis kereta. Tapi bila difikirkan hikmah aku buat sendiri, aku berasa lega. Sangat-sangat.

Yang penting dalam hidup ni, Allah dah bagi reason kenapa ia berlaku. So, lihatlah dari sudut positif.

Saturday, October 17, 2009

Ucapan Najib- perhimpunan UMNO


Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO baru sahaja selesai menyudahkan ucapan sempena perhimpunan UMNO di PWTC bari-baru ini. (malangnya aku tak berkesempatan merasai aura itu kerna berpuasa 6 straight). tahun lepas aku pergi. dapat jumpa Ali Rustam, dpat tengok kelibat Najib, dapat tengok sendiri dewan yang menjadi tempat perhimpunan. auranya lain. lagi rasa bersemangat sebab aku adalah penyokong UMNO dikala rebah atau dikalau ia berdiri megah. UMNO itu dalam darah kami, kata engku.


Kata Najib menerusi tema ucapan Menjunjung Tradisi dan Menzahirkan Perubahan, Najib yakin demokrasi dalam Umno akan dipulihkan, mendapat kepercayaan rakyat dan Umno terus akan menjadi peneraju kerajaan. Katanya juga tindakan itu sejarah buat Umno dan melambangkan keberanian Umno melakukan perubahan. Ini katanya adalah kesungguhan Umno untuk mengubah dirinya.


itu antara intipati penting. aku dengar bukan secara live, tapi ketika berita. hampir menitik air mata aku dilkala Najib melaungkan Hidup UMNO, hidup Melayu. siapa lagi mahu membela nasib kita? bukan aku tak memandang PAS sebagai parti Islam, tapi aku rasa hala tuju PAS berselokbelok atau bercabang-cabang. apa sebenarnya hala tuju mereka? sanggup menggadaikan tujuan asal, demi mengaut undi dan berkolaborasi dengan mereka yang terang-terang menolak dasar PAS. sedihnya.

walau Najib (dan Rosmah) dikutuk-kutuk oleh orang sekeliling, tapi aku anggap itu semua berlebih lebihan. aku memegang pada prinsip, Allah Maha Besar, jika Najib itu begitu buruk perangainya, dan tidak layak memimpin Malaysia, Allah akan tunjukkan.

untuk mereka yang asyik mencari perkara negatif,percayala, kami orang UMNO selalu berpendapat, kalau tiada pembangkang yang mengkritik atau menghentam, kami akan terus tidur lena. memetik kata-kata orang PAS di Jerantut, kami bukan nak sangat pegang Malaysia, tapi tanpa kami, BN tidak akan sedar kesalahan atau kelemahan. betul, aku setuju. aku juga begitu, tetap menghentam dan menegur UMNO jika mereka bersalah. tapi dengan saluran yang betul, bukan beria-iya menghentam dikedia kopi sahaja.

Friday, October 16, 2009

Annual Leave

Bengang and sick! Kenapa? Aku sungguh tak paham dengan superior a.k.a bos aku ni. She keep question about my Annual Leave. Bukan sekali. Tapi sudah berkali-kali. Pernah dia bising kat orang lain, bertanya banyak lagi tinggal cuti aku. Dia kata aku kerap amik cuti. Kerap? Hello, raya aku cuti satu hari je tau, compare orang lain yang cuti katak, sebelum dan selepas raya.tak question pun.
Then semalam dia siap bangkit dalam meeting lagi, tanya cuti aku berapa hari lagi. Siap warning lagi jangan samapi hutang cuti…hello, boleh ke hutang cuti?? Perghh. Tension tul. Aku sistematik la,dah plan cuti dari awal tahun lagi. Dia je yang taktau. Tak paham aku. Kenapa concern sangat dengan cuti aku. Ada cuti, cuti je la. Takder cuti,duk lakat opis, kan?

p/s: mak aku siap amek cuti, duk umah baca Yassin ketika kami semua exam, UPSR, PMR n SPM. Ada dia buat untuk anak-anak dia?? Tepuk dada, tanya cutila.. thinking about to plan next year leave and give it to her.. what u say?

Thursday, October 15, 2009

Tsunami at Huaende


baru juga menonton Tsunami at Huaende.
its focus to 5 life.

**************************
man shik dan kekasih yang tanpa pengetahuannya bahawa ayahnya terbunuh di laut kerna arahan Man Shik untuk menangkap ikan di laut bergelora. Man Shik diminta menjaga kekasihdan akhirnya mereka bercinta.

**************************
Ibu Man-shik yang tidak suka kan kekasih kerana dikatakan mencuri pelanggan ibu Man shik.

***************************
Kawan Man Shik yang gila-gila (sangat gila) yang diminta oleh ibunya pergi temuduga kerja dan berhajat membelikan kasut untukknya. Dia bermatian tidak mahu ke temuduga.

*****************************
Geologist yang meramalkan akan berlaku Mega Tsunami berjumpa kembali dengan bekas isteri bersama anak perempuan mereka yang tidak mengenali dia sebagai ayah.

*********************************
Pekerja di tempat geologist yang bekerja sebagai life saver, yang ‘terperangkap’ dengan seorang perempuan ‘gila + agresif’ ketika operasi menyelamtkannya. Akhirnya mereka jatuh cinta.
*************************************
Ceritanya dua jam sahaja, tapi kita boleh tengok overall 5 kehidupan itu. Yang akhirnya musnah kerana Tsunami.
Mungkin effectnya tidak sehebat cerita Hollywood, tapi perasaan yang dibawa sejak dari mula, lawak, bahagia, sedih, happy akhirnya dikambus dengan insiden Tsunami tersebut. Kita boleh rasa berderau darah bila tengok laut yang tiba-tiba surut,ditarik ke dasar dan menghempas ke darat dengan ganasnya.
Dan akhirnya aku dan Marissa yang mulanya tidak henti-henti gelak dengan berbagai insiden di awal filem, akhirnya mengalirkan air mata. Bukan kami sahaja, satu panggung terdiam.

Wednesday, October 14, 2009

PAPADOM

just watch this PAPADOM on sunday with Myza n Nuha.
its awesome!
funny.touching.funny.sad.funny.damn funny.
farid kamil-> u r damn funny.
liyana jasmy--> u r damn kurus lorr
afdlin--> ur damn superb director. keep the good work.cant wait for the next muvie!

Its Handbag.. huhu!

my shopaholic back!! perghh.. tak menahanla bag2 kat sini..






see this web.. order here.. http://www.1shoppe.net/index.php

Aku (dan kau)

Aku (dan kau) selalu marah bila orang datang lambat ketika meeting. Kononnya ‘inilah janji Melayu’, selalu lambat. Tapi bila meeting dengan Nya, sentiasa tepat waktu kah? Sudah dikatakan, solat itu 5 waktu, bukan 5 kali.

Aku (dan kau) mampu habiskan membaca novel kegemaran, majalah mingguan, majalah hiburan dan suratkhabar dalam satu hari sahaja. Tapi bila membaca kitab dariNya, teramatlah payah . satu muka surat pun terasa seperti membaca berpuluh-puluh muka surat.

Aku (dan kau) tidak kisah berhabis bagai demi handbag, kasut, kemeja berjenama, kain sutera dan kereta mewah. Tapi rukun Islam yang ke 5 pun terkapai-kapai nak menyempurnakannya. Alasan daftar sekarang, belum tentu dapat pergi. Jadi untuk apa wang ringgit aku (dan kau), jika mampu pergi menggunakan swasta atau package lain?

Aku (dan kau) sibuk mengomen pakaian orang tidak menepati syarak. Tidak syariah compliance. Berpakaian mengikut syariah compliance, tapi ber make up sakan, berwangi-wangian, itu syariah compliance kah? mengikut hukum syarak kah?

Aku (dan kau) selalu marah atau bengang bila dapat tau ada orang kutuk belakang. Kononnya ‘kawan makan kawan’. Tapi, benarkah aku (dan kau) tidak pernah kutuk orang di belakang.

Aku (dan kau) bengang dengan perangai orang yang kedekut tahap haji bakhil. Tapi bila diri sendiri menghindar untuk berdoa kepada yang Esa, bukankah aku (dan kau) juga dikira dalam golongan yang kedekut?

Aku (dan kau) selalu marah-marah, bengang sebab bonus tidak sebanyak orang lain. Kononnya ‘tak Nampak pun kerja mereka banyak’. Tapi, benar-benarkah aku (dan kau) buat kerja setulus hati, jujur, tiada curi tulang, tiada main game, tiada shopping, tiada berborak dari 9 sampai 6 ptg.

Thursday, October 1, 2009

Perkhidmatan TH di Kaunter Bank Islam







Alhamdulillah, pada 28 September 2009, Bank Islam telah berjaya merasmikan satu lagi projek bersama dengan Tabung Haji - 'Perkhidmatan TH di Kaunter Bank Islam atau UniTeller'.


apa yang lagi manis, ni adalah projek pertama aku dimana aku develop SOP nya sendiri. Aku buat research sendiri, develop, QC, minta Sign Off dari owner. dan alhamdulillah, semuanya sudah selesai. team department aku juga terlibat dalam Training untuk semua cawangan Bank Islam di Malaysia. sangat-sangat bersyukur. dan aku juga hadir ketika pelancaran projet tersebut.
bersama team member dari Branch Operations..





jadi, sekarang pelanggan TH bolehla buat transaksi2 di kaunter bank islam seluruh negara.


apa yang ditawarkan?



1. Pembukaan akaun TH di kaunter Bank Islam

- jika anda bukan pelanggan Bank Islam, dikehendaki buka Akaun Bank Islam

-anda boleh link kan kad ATM Bank Islam ke akaun TH, jadi boleh la buat deposit/ pengeluaran di mesin juga




2. Kemasukan duit
-tunai dan bukan tunai
-dengan buku/ tanpa buku simpanan


3. Pengeluaran duit

- tunai sahaja
- perlu membawa buku simpanan & IC



4. Kemaskini buku

-bawa buku anda untuk dikemaskin



5. Penggantian buku untuk buku rosak/musnah


6. Pemindahan ke akaun TH yang lainperlu membawa buku simpanan & IC

7. pendaftaran haji (akan dilakukan pada phase 2, insya Allah)




seperti biasa, segala transaksi metilah disertakan dengan IC dan Passbook( buku simpanan) jika perlu.

harapnya, Bank Islam semakin kukuh dan berkembang dengan projek ini dan juga mudah mudahan projek seterusnya akan berjaya..

Sunday, September 27, 2009

baru aku terfikir..

baru-baru ni aku rasa aku dah banyak dapat jawapan dari persoalan2 yang bermain difikiran aku.

baru aku terfikir kenapa ada kawan yang kedekut nak bagi kawan pinjam duit.
sebab kawan tu memang boros. bagi pinjam pun tak selesaikan masalah.

baru aku terfikir kenapa ada orang tak kerja2.
sebab dia tak boleh bekerja ngan orang.

baru aku terfikir kenapa ada orang tak jemput pun kalau buat kenduri.
sebab orang tu sendiri tak pernah menjemput kalau dia buat kenduri.

baru aku terfikir kenapa ada kawan tak dijemput untuk pulang bersama walhal rumahnya dekat sekangkang kera.
sebab dia tak suka kawan tu. annoying maybe.

baru aku terfikir kenapa orang tak suka senyum kat kita.
sebab muka kita pun cemberut. saper nak senyum.

baru aku terfikir kenapa orang pentingkan seniority.
sebab itu hukum ala. aku pun mungkin akan jadi macam tu.

baru aku terfikir kenapa ada orang sangat kedekut bab makan.
mungkin sebab dia tak cukup makan. hehe.

baru aku terfikir kenapa ada orang tak cukup walau gaji suami isteri dekat rm10k sebulan.
sebab duit tak berkat. susah nak bagi mak ayah.

baru aku terfikir kenapa ada orang hidupnya macam tak lancar walau dia bersolat.
sebab ada yang tak beres dengan kehidupan sehariannya.

baru aku terfikir kenapa masih tak cantik walau dah make up cantik.
sebab hati tak cantik. dengki. dendam.

baru aku terfikir kenapa orang suka sibuk dengan apa yang aku beli.
sebab aku ada duit la.

baru aku terfikir kenapa company aku banned tenet.
sebab suka mengulor. tak buat kejer.

baru aku terfikir kenapa aku wat entry ni.. sebab takder apa nak update.. hehehe..

Friday, September 25, 2009

tudung

aku ada kemusykilan..

tapi jangan marah tau.

nak tau je.

serius.

kenapa ek..

erm..

kenapa orang yang dh pakai tudung..

tiba2 dah tak pakai tudung??

kenapa ek??

kalau dari sekolah kita tgk dia memang liat nak pakai, pas skolah buang, aku tak la musykil sgt..

tapi yg dah berlitup, pastu buka.. erm.. nape ek??

ada sebab yg kuat ke?

aku penah jugak cuba2 tak pakai tudung. ada la sekali buat time kt uia. tapi rasa semacam.

kalau setakat dalam kete, aku tak kesah lagi..

nape ek??

aku rasa janggal sgt kalau org lelaki bukan mahram aku tengok rambut aku live.. (gambar lain citer). segan la.


jadi, aku terpikir, mcm mana org boleh go on hidup dengan tak pakai tudung. tukan tuntutan agama. bukan sunat. tapi wajib.

kata ustaz, sehelai rambut di lihat, 40 thn amalan terbuang.. aku belum pon 40 thn, dah habes amalan..

bila kwan2 non Muslim aku tanya, kenapa pakai tudung. tu fesyen ke? aku jawab itu tuntutan agama. jadi, kenapa ada yg tak pakai tudung? polis tak tangkap ke? adeh. apa nak jawab..

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya (yg boring..)

selamat hari raya. sesungguhnya takda modd langsung nak wat kejer waima bermain tenet ketika semua orang takder kat opis. thought that i'll be enjoy katak when everybody else masih bercuti. its such a damn boring la..

Monday, September 14, 2009

DVD Korean pukal

Last 2 week, I went to Kuantan. For work purposes. see, its not easy to work at Bank, even HQ. I need to give training even on fasting month.. uish, so tired.. training on what? Mestilah one of project bank. Alhamdulillah, even bulan puasa, even kering tekak menjawab soklan2, masih boleh bertahan. Fighting!

Habis jer training (spearuh hari),aku pun jalan2 kat Kuantan ngan bth my sister, Ain n Ema.. Jalan kat MegaMall.perghh, DVD Korea murah sioot.ntah la naper. Tapi, kalau kat KL mau beratus gak, kat Kuantan dalam RM29.90 to RM45.90 (ikut berapa banyak series). Kat KL yang berates tu, keluaran PIP (rasanya), yang kat Kuantan tu KBS HD. Apa beza nya ek?? ntah la,tidak ketahuan la plak den.. yang penting masyuk.
So, setelah puas berkira-kira (almaklumlah, bonus belum pasti, adik2 ku harus dibelanja makan), aku rembat 4 DVD original dan 1 cetak rompak. Perghh, kat sini, semua kedai ada jual DVD cetak rompak. Hollywood banyak gile. Kalau kat KL, kita biasa tengk 10 in 1, sana 30 in 1 pun ada tau. Ikut pelakon pon ada, genre pon ada.. perghh. Dasyat jugak..juling mata aku.

DVD apa yang sempat aku rembat??
1. 18:29- ingatkan belum tengok, tapi rupanya aku dah tengok masa kat Uni dulu. Hampeh, ni ikut Ema nyer taste la ni.. takpe, nasib citer ni sedap..
2. Two outs Ninth- dengar pendapat salesgirl tu. Dia kata best. Ok. Pelakon hensem dan cute.
3. Who are you?- still in line to watch..
4. Boys Before Flower- hahaha.. even dah 4 kali tengok via download, still nak yg ori.. skang tgh layan citer ni (lagi dan lagi).. hahaha. Hidupku penuh ceria dengan citer ni. Sukee!
Ok, Kuantan. Akan ku jengah lagi demi DVD Korea yang terbaru..

Warni warni si mahkota wanita..

Rasanya kalau aku tanya pasal color rambut, hampir semua orang pernah buat..bear my word, “hampir” ya.. termasuk aku. Aku susah nak pergi saloon rambut sebab menyampah dengan Cina saloon yang suka sangat komen rambut aku : “aiyaa, rambut u banyak kerinting maa” “rambut u banyak frizzy”, “rambut u banyak kekmbang, susah mau potong”, “ u ada scalp problem, mau cuba treatment kami ka?” damn u cina saloon, suka sangat komen rambut aku.. that’s why aku malas nak pergi saloon. Kalau boleh, aku nak orang Melayu yg layan aku, senyap je, tak banyak komen.. aku pergi pun sebab mak aku nak sangat aku wat rebonding rambut.. heish, rambut aku tak kerinting sangat, ala-ala wanita melayu terakhir je.. ;)

Okey, pasal color rambut. So, since aku tak (suka) pergi saloon wat coloring, aku explore sendiri. Aku buat time period. Senang. Aku beli la pewarna yang ada logo Halal, dan aku colorkan sendiri. Of course la tak secantik yang di kedai. Aku pakai sikat je.. sometimes buat highlight yang tak berapa nak jadi. Ok, dalam kotak tu ada disediakan ‘Color Lock’ yang mana aku baca dalam manual, adalah untuk mengekalkan color rambut tersebut walau mandi pon takkan hilang.. so, aku tau, kalau pakai Color Lock ni, sure rambut aku still ber color dan tak kan hilang. Bila tak pakai color lock tu, dalam seminggu color rambut akan hilang bila kita mandi atau syampu.

As a Muslim, we should really know the rules of hair coloring. The hukm. Bila orang keep saying, color rambut halal, it totally doesn’t mean on the coloring the hair. It means halal on the product. Product tu tidak mengandungi bahan yang terlarang. Even Loreal pon dah halal sekarang. Bila tentang men colorkan rambut, hukum nya haram.. haram sebab color tu akan melekat di rambut (since kat saloon akan pakai color lock).bila lekat dirambut, menutupi dan mneyaluti rambut. Bila nak mandi wajib lepas haid atau berhadas besar, syaratnya mandi harusla cover whole over the body. Kalau dah rambut dilitupi ngan color, kena ke rambut tu? Kesimpulannya, sah ke mandi wajib tu? Dan sah kah amalan2 kita selepas itu? Walau solat tak tinggal, puasa penuh? Wallahualam. Minta dijauhkan kejahilan ini. Cara terbaik adalah potong terus rambut yang di colorkan dan tak boleh hilang color. Ataupun buat bleach macam Aznil Nawawi.
Aku menulis ni bukan nak menghentam atau menghina sesiapa. Tapi for our own knowledge. I thought everyone aware about this. Rupanya tidak. Ramai sangat yang tersalah anggap pasal ‘color rambut halal’… bayangkan bila mandi wajib tak sempurna, ibadat kita tak sah, macam mana dengan kehidupan kita? Adakah rezeki akan dipermudahkan? Adakah apa yang kita doakan dimakbulkan? Biasanya payah..

dizaman kita ni, kita berdepan dengan terlalu banyak teknologi dan juga berbagai cara untuk cantik.. dalam tak sedar, kita terlupa nak mencari ilmu berkaitan dengan teknologi2 baru ni. As a woman (a daughter, a sister, a friend), I totally wish all of us keep gain the knowledge on the hukm. Terlalu banyak cabaran yang bakal dilalui oleh generasi akan datang yang memerlukan kita arif dalam hal2 hukum. Teknologi tak boleh diundur, tapi hukum agama juga tidak boleh diambil remeh. Tiada istilah, tak per, tak berdosa sebab tak tau. Allah dah berfirman untuk kita agar sentiasa mencari ilmu agar kita tak terjebak dengan benda2 yang bagi effect negative dalam kehidupan. So, seek for the knowledge, not only the entertainment…hidup hanya sekali untuk kita tentukan arah di akhirat kelak.

Tuesday, September 1, 2009

titipan

rupanya baru sedar dah lama sangat tak update blog, tak blog hopping.. naper ntah takder mood nak citer apa2 kt sesaper.. adoi.. rasnya since dah lama tak blog hopping, theres a lot of stories yg aku tertinggal.. ramai kengakawan blogger yg dah berubah kehidupan.. ada yg dah pregnant 4 bulan, (OMG, aku baru sedar), ada yg dah disahkan mandul, ( moga Allah tabahkan hati kamu).. ada yg dah masuk TV, congrats ya.. dan juga aku, dah melalui berbagai ragam, sakit pening sejak dua menjak ni.. adeih.. selalu rasa diri muda lagi, masih boleh berembun berpanas bilaa buat kerja.. rupanya sangkaan aku salah sama sekali. badan ni perlukan rehat secukupnya.. demam aku datang dan pergi sesuka hati, nasib baik tak kena H1N1, nauzibllah, minta dijauhkan..
aku sekarang banyak lentok kat Facebook, maybe sebab ramai kengakwan sekolah lepak di sana,, terrubat rindu..hopefully, menjadi reunion yang dirancang 12 sept ni.. mari kita iftar sesama ya.

Sunday, August 9, 2009

Journey to the South- Johor Bharu

masa di KL sentral, pakai mask, takut sangat H1N1 kononnya..
hari sabtu malam, di Danga Bay

Petting Zoo, Danga Bay, tengok pertunjukan Harimau, kuda, monkey, anjing n beruang


ular yang sangat besar and tikus yang sanagt kecik cenonet..




pegang ular..




di tempat mainan.. siap gambling lagi.. hahaha




usap2 harimau, thats the real one,ok. not fake.
jom balik KL!

Jumaat lepas, me n my sis, Ema naik keretapi kul 2.oo petang dari KL sentral menuju ke JB. smapai kul 8.30. tak la penat pon naik keretapi sebab boleh rilex, jalan2.. kaki tak cramp pon. cuma sedih takde kantin, rupanya kantin hanya untk perjalanan malam.. nasib bawak banyak food. oh, ada orang menjual makanan, tapi lagi best kaalu dapat lepak kat kantin, rite? well, tak banyak tempat yg dapat eprgi di JB since my Best Friend Forever (BFF), Nurul keretanya accident. nasib dia ok. but the car not ok. so, banyak mengepau kawan dia, untuk bawak kami berjalan. jalan ke Aen Tebrau City yang damn so big, and temapt must go, Danga Bay.. memang happening, cuma ahrga nya tak berapa reasonable.. tahulah dekat ngan Spore, takkan MSian sendiri kena bayar RM10 untuk one reide roller coaster? damn expensive. BTW, thats was absolutely happeing and best. well, now i'm planning travel backpacking to Penang, with nite train.. wow, thats must be awesome!
note: thanx a lot to my BFF and kat Shery for their hospitality.. :)






Wednesday, August 5, 2009

Terlebih emo

Alamak. Rasa dah lama gile tak update blog. Semua gara2 kerja yang bertimbun sampai rasa takder idea langsung nak tulis apa. Plus, BroadBand plak on and off. So, nafsu agak menurun sikit. Banyak upload pics je.well, kata orang gambar mampu bercerita lebih dari kata-kata. Hope so.
Apayang terkini? Alhamdulillah, project Release 1 dah berjaya. Skang tengah struggle untuk Release 2 yang agak banyak terbeban, sampai mengantuk bila terbayang segala menda tu. Dalam2 tu, sempat gak project lain menyelit. Hai, tak bagi rilex sekejap.

Last weekend, pergi Majlis Kahwin kawan. Kawan yang aku pernah cerita kan disini dulu. Well, dia lebih sebagai kawan berronggeng@berfoya. Dah kawin pun dia. Agak lawak juga bila tengok dia ngan wife nya. Yela, I know him. So, taula perangai dia. Mcm manala wife dia nanti.hope ok kot. Kawan aku ni penah lausha2 aku jap. Siap tanya berapa hantaran aku nak. Aku berkeras menolak. Bukan apa. Dia baik. But not my type. Terlalu baik aku rasa. Sampai aku boleh pijak. Bahaya tu. Aku ni perlukan lelaki yang mampu menegur silap n salah aku.

Dia kenal wife dia bulan thn lepas. Setelah aku berkerat rotan tak nak lagi kawan ngan dia. Well, kenal sahaja, dia terus mengikat tali percintaan. Pastu, bulan 5 lepas dia ada bagitau pasal dia nak kawin. Aku nasihat,sabarlah dulu. Dia jawab, dah takder apa nak dibuat dah.berfoya2 dah puas. So, dah ada orangg sayang ni, kawin je la. Terkejut aku ngan jawapan dia. That’s make me relieve ( for not choose him). Ya, orang kalau dah takda matlamat hidup atau dah terlalu banyak disogokkan dengan kemewahan, jadi macam tu la.

Hello, aku (dan kawan2 lain) berusaha dapatkan kerja yang bagus, dengan gaji yang bagus. Beli kereta, save duit untuk sewa umah yang lebih baik. Jaga adik2, balik kampong, belikan something untuk menceriakan mak dan adik2. Tapi dia? Belajar tak perlu struggle untuk great pointer, sekadar ijazah sudah memadai. Kerja, tak perlu interview, company mak ayah. Gaji, of course la mak ayah boleh bagi berapa diminta. Kereta, dapat free, hadiah harijadi. Umah, duk umah mak ayah sahaja. Senang kan hidup? Tak perlu ada aim dan arah tuju.semua dah terbentang depan mata.
Bukan tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki skang. Syukur sesangat sebab aku menjadi orang yang lebih berdikari dan mampu berdiri jika something bad happened (insyaAllah). Tapi kawan-kawan yang terlebih untung, please look around and do something for your religion, society and ummah.
Ok, terlbih emo sudah. Apa-apa pun. Tahniah kepada yang dah berumah tangga. Bukan senang nak bina, so janganla senang2 nak robohkan. Walau pakai duit mak ayah, hargailah walaupun satu sen.

Thursday, July 9, 2009

Kota Kinabalu









note: ABC di KK ada makaroni tau!











note: 1 Borneo adalah shopping Mall terbesar di Asia Tenggara





note: ikan laut sana murah2 beb! ikan bayan dan ikan kerapu.




note: depan Bank Islam KK




note: makan malam di Water Front. berhati-hati, tak bayank kedai Halal kat situ.






















Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin