Monday, December 15, 2008

Tuhan, sabarkan aku

Tuhan.
Terima kasih sebab masih bagi aku bernafas sampai ke saat ni. Sebab masih membenarkan aku menghayati kehidpan ini.
Terima kasih sebab kurniakan satu keluarga yang sangat-sangat bahagia buat aku. Aku reda ujian-ujian kecil yang ada Kau lampirkan untuk keluarga aku. Itu tandanya Kau masih merhamati kami. Terima kasih.
Kau kurniakan aku mak dan engku yang mengerti kami beradik. Keinginan kami. Kesukaan kami. Keengganan kami. Mak dan engku yang kami beradik boleh bercerita macam kawan baik, boleh memberi nasihat macam pakar, boleh berseronok macam seusia.
Kau kurniakan aku adik-adik yang nakal, baik, macam-macam kerenah, kuat merajuk, boleh berfikir dan manja. Aku bersyukur semua. Terima kasih Tuhan. Aku gembira dengan pemberian ini. Aku fikir aku tidak akan mampu lagi berdiri jika aku hilang mereka-mereka ini. Walau seorang.
Tuhan.
Terima kasih lagi. Kau beri aku tempat untuk mengadu. Kau beri aku seseorang yang bergelar sahabat, yang betah mendengar segala mulut aku menceceh, mengutuk, mengeluh, memuji manusia. Dia tempat aku menangis, tempat aku mengadu, selain Mu, Tuhan.
Kau beri aku rasa cinta. Cinta selain dari Mu. Cinta sesama manusia. Cintakan dia. Enam tahun, Tuhan. Aku bahagia. Kadang-kadang berkecil hati. Biasa. Asam garam orang berkasih. Namun jika Kau ingin tarik balik dia, aku reda Tuhan. Dia mungkin bukan milik ku, Tuhan. Mungkinkah aku terlalu alpa dengannya sampai mengingkari Mu, Tuhan? Hati aku dah terlalu lembut, Tuhan. Kali ini, Kau keraskan hati aku. Tetapkan diri aku. Aku mahu kuat seperti dulu. Seperti 6 tahun lepas. Yang tidak betah menangis sebab lelaki. Cinta mungkin bukan milik aku. Mungkin aku tidak terlalu bernasib baik dalam memiliki cinta seorang lelaki.
Tuhan
Aku fikir terlalu banyak Kau berikan pada aku. Keluarga. Sahabat. Cinta. Kemurahan rezeki. Aku syukur sangat-sangat. Aku reda jika Kau ambil Cinta dari ku. Tolong jangan diambil keluarga, sahabat dan kemurahan rezeki sebab semuanya bersangkut paut. Aku bergantung kepada kasih sayang Keluarga dan Sahabat. Aku juga bergantung kepada Kemurahan Rezeki untuk membahagiakan Keluarga.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin