Friday, December 19, 2008

Habit tak best #1 :Terlebih sudaaaah

Biasa jumpa orang yang ‘sentiasa nak lebih’ tak?? Dia sentiasa nak lebih dari orang lain dari segenap sudut, dari segenap hal. Perangai sentiasa nak lebih ni kadang-kadang kita tak sedar.kita mungkin ada mengata orang lain tentang perangai ‘nak lebih’ nya. Tapi adakah anda sedar, rasanya hampir semua orang perangai ‘nak lebih’ ni. Kalau takder perangai ni, maybe dia takder perasaan dalam nak meningkatkan prestasi diri.
Ada bermacam-macam jenis ‘nak lebih’ ni.
1. Yang memang nampak terang-terangan dia nak tunjuk ‘aku lebih dari kau’. Biasalah, lagi-lagi orang perempuan. Semalam si A beli baju kurung pada harga rm50, setelah mintak diskaun dari harga rm60. Si B pula, datang cakap, ‘ala, aku beli harga rm45. Rm15 dapat kurang’. Contoh lain, A dan B pergi facial. Wajah A selepas facial Nampak lagi cerah, berbanding B. B pun cakap ‘ kenapa muka saya tak dapat macam muka dia??’. Padahal, terang-terangan muka B tu ada jeragat dan kusam dan muka A tiada masalah. Contoh lain, ‘ala, kalau A muat saiz S, aku pun mesti muat’. Dan si B pergi beli saiz baju yang sama dan cuba. Baru tahu tak muat, kuang kuang kuang. B pun cakap ‘ kenapa tak muat? A muat jer pakai saiz tu?? Tinggi kami sama, berat pun sama’ hello, adakah anda sedar bentuk tubuh manusia itu berbeza? Setakat berat dan tinggi sama, belum tentu anatomi badan kamu berdua sama. Yang paling aku tak suka bila dari segenap segi dia nak lebih. Rumah kena besar sekit, keter yang mahal sikit, tadika anak kena yg mahal sikit, layanan kena lebih sikit. Wah, anak raja kah kamu???

2. Yang indirectly ‘nak lebih’ dari orang lain. Ni biasa orang yang suka cakap orang lain nak lebih. Tapi kalau tinjau diri sendiri, sama jer perangai tu. Cara tunjuk ‘nak lebih’ tu lain sikit. Dia akan menggunakan orang ketiga. Contohnya, A tegur kulit B tak da masalah. Dan C terdengar. C cakap ‘ saya pun dulu kulit macam tu jugak. Tapi sejak-sejak dah berusia ni, dah tak macam tu. Ala, nanti dah tua, B pun maca ni jugak’. Erk??? Atau tiap kali orang bercerita tentang apa yang berlaku sekarang, dia akan ungkit atau imbau zaman dulu-dulu punya cerita. ‘oh, zaman belajar dulu saya pun ada banyak boyfriend’ (sambil sebut jumlah yang tentunya lagi banyak dari yang sedang diperkatakan).

Setelah difikirkan, aku pun kadang-kadang ada perangai ni. dan aku confirm aku 'dah lebih' dari yang lain, wah, rasa sungguh best. erm, kan dah ada perasaan riak tu. tak baik sioot. Eleh, semua orang ada la.. percayalah. Tapi ada kebaikan juga pada rasa ‘nak lebih ‘ ni. Contohnya, tengok orang dpat markah 87%. Pastu hati kita struggle mesti dapat lebih dari markah tu untuk next test. That’s great rite? Boleh upgrade diri sendiri. Atau buat jualan langsung, mestilah nak jual lebih dari orang lain. So, kadang-kadang perasaan ‘nak lebih’ ni tak salah. Yang tak bestnya, bila dah jadi negative charge. Bila jadi berlebih-lebihan. Berbelanja lebih sebab nak lebih. Bertekak ngan orang lain sebab nak dapat harga lebih murah. Derrrr… buat semua benda ada la batasnya, kan?? Nasihat aku, janganla asyik nak terlebih tanpa fikir perasaan orang lain. That’s so bad..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin