Wednesday, December 31, 2008

Salam Maal Hijrah & Happy New Year

Hari ini 3 Muharam. Tiga hari sudah kita berada di tahun baru Islam. Dan hari esok menjelma pula tahun baru Masihi. Apa cerita semua orang? Apa niat tahun ni? Umur bertambah. Kedut bertambah. Pengalaman bertambah. Harta bertambah. Hutang bertambah. Pahala dan dosa? Erm.. harap pahala makin bertambah. Dan dosa makin menyusut atau cukup di takat itu.
Baru semalam aku berpeluang mendengar lagu Maal Hijrah. Lagu yang glamer tu. Lagu yang kita nyanyi zaman-zaman sekolah dulu. Sekarang, maal hijrah macam takda sambutan sangat (maybe sebab hari Isnin tu, ada upacara pengembumian Yang Dipertua, al Fatihah). Aku bukak semua saluran. Haram lagu Maal Hijrah takde.
Teringat zaman sekolah MRSM MZMS. Pengetua Ustaz. Jadi, penerapan acara-acara agama ni dalam dan lebih sikit. Petang sebelum tahun baru bermula, kita semua berkumpul di Musolla Kaca kita. Kita baca doa Akhir tahun. Kemudian kita solat syukur. Kemudian kita baca doa Awal tahun. Ingat? Esoknya, atau beberapa hari kemudian, kita ada sambutan Maal Hijrah. Kadang-kadang dalam maktab je. Kadang-kadang kita join sambutan kat Muadzam Shah. Syok. Bawak sepanduk. Berarak sekililing maktab. Masa tu bosan jugak sebab asyik kena join aktiviti. Masa tu rasa tidur kat bilik lagi baik. Or dating lagi baik. Tapi bila dah besar macam ni, aku rindukan suasana Islamic tu. Kat UIA pun tak der macam tu. Maybe ada, cuma aku tak ambik tahu. Kat maktab, kita kena paksa. Tapi itu rupanya kenangan terbaik. Lepas dah habis berarak, kita ada pertandingan nasyid. Aku join. Sebab kena join. Biasalah, aku kan muka budak baik. Kena join nasyid blok. Biasa Hauzim yang jadi lead. Ingat Hauzim? Harap masih ada yang ingat kawan kita tu. Kawan yang aku rasa hidup penuh cabaran.
Esok tahun baru. New year. Happy new year. Tadi baca paper The Star. Tajuk utama “Be Good”. Kenapa? Sebab mula tahun baru jer, macam macam acara diadakan. Terbaru, nak buat parti sex. God. That’s horrible. Kita bukan negara barat. Kita nak kena tsunami ke? Tak pernah nak ambil iktibar dari episode lepas. Bodoh. So, friends, be good. Tahun baru Islam, tahun baru Masihi, jadilah yang baru. Yang lebih baik dari tahun lepas. Sikit pun tak per. Jadi seseorang yang boleh menyenangkan orang lain. Tak dapat senangkan hati orang lain, tak per. Janganla pulak jadi beban perasaan orang lain. Stood still. Be good.
Layan la lagu maal hijrah ni:
Satu Muharam
detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin