Thursday, December 11, 2008

Los dan Faun


yes!! dengan jayanya dan semangat waja aku serta dengan tahap kegilaan dewa aku terhadap Afdlin Shauki dan muvienya, aku berjaya berlari dari office ke stesen dang wangi dalam masa 5 minit (sampai kejang kaki aku tau..) naik lrt ke KLCC dan sampai ke TGV tepat kul 6.30. nasib baik orang tak ramai, terus beratur and amek tiket LOS dan FAUN. hahaha. duduk seat baiiik punya.

memang tak menyesal la kaki aku kejang sebab jalan laju. citer dia memang best giler. aku suka citer Afdlin sebab lawak dia lawak berisi, bukan lawak bodoh yang plastik dan ulang-ulang.

LnF mengisahkan tentang Los dan Faun yang baru datang KL. then diorang discover kebolehan Faun dlam mencari barang hilang semasa jadi jurujual Bra. hahaha. then, diorang bukak company mencari barang. semua ok, semua berjaya. sampaila diorang dapat Puan Jasmine sebagai client untuk cari jam tangan arwah husband dia yang hilang semasa kematian yang berharga rm30 juta. bermula la pencarian mereka kerana Faun tiba-tiba hilang keupayaan mencari barang hilang sebab tertangkap cintan dengan Puan Jasmine. jeng jeng. semuanya berkonflik dan berkomplot. nak tahu macam mana semua selesai?? tengokla sendiri.. memang tak rugi. jo memartabatkan filem melayu. apa class tengok Twilight and The Day the Earth Stood Standing ( yang kalau di tukar bahasa melayu berbunyi: hari di mana bumi tidak lagi bergerak)..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin