Sunday, December 21, 2008

Lepak@ OU







smalam lepak kat One Utama. setelah sekian lama aku tak pergi sana dek masalah kenderaan. kame berempat berkumpul. aku, wina, myza dan nuha. dan lagi best semua bawak adik masing-masing kecuali wina. sebab adik dia lelaki. wina datang umah aku. aku drive ke umah myza. myza dan adiknya naik keta aku ke One Utama. tunggu Nuha tak sampai-sampai. pelik. sebab dia bertolak lagi awal dari kami. lama-lama, baru dia sampai dengan mood yang agaak terganggu. ok, dan aku dapat award 'sengal' dari nuha.. grrrr. tension tul. then, pas solat magrib, baru dia ok. jalan-jalan kat Jusco jer sbab tak berani pi jauh. takut sesat. sebab wayang Histeria kul9.20pm. so, lepak2 kat Revlon tester dimana aku jadi jurusolek Revlon, menyolek ain dan wina. hihihihi. myza sempat shopping handbag.


9.20 masuk panggung. aku tak suka tengok citer hantu kat wayang sebab membaazir. aku akan menutup mata dan telinga sepanjang movie. kalau bukak mata pon dengan skala yang sangat kecik. asalkan dpt tahu jalan citer sudahla. kadang-kadang citer tak seram pon. tapi aku tetap takut.. ishhh.


pas tengok movie, aku wina myza, ain dan shikin ke Sri Gomabk. makan malam. lapar siooot. makan ikan pari bakar (favourite tuu). syiokkk. lepak2, kul 1.30am baru sampai umah. pergghh.. merewang bangat! kalaulah mak tahu, mampos.. Btw, aku dah tahu jalan ke OU dan aku suka sangat sebab parking dia cuma rm1 untuk 6 jam.. wahh. masyuk ni. pasni aku akan ke sana lagi. tawaf satu OU. pasti!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin