Monday, December 15, 2008

Jusco AU2

Sabtu hari tu aku plan nak pergi Jusco AU2 yang baru dibuka 5 Dec hari tu. Bukan apa, adda shopping comlex baru, nak juga usha-usha. Kang orang tanya, bolehla cerita kan?? Hehehe. Jusco tu kat AU2 keramat. Aku tak berapa reti jalan kat sana. Nasib baik aku ada Google Maps. Wah, senang jer jalan dia. Lagipun banyak juga dibantu oleh banner penunjuk arah untuk ke sana. Sampai kat sana dalam kul 1tghri. Orang tak ramai lagi. Wah, suka nyer dia punya parking. Macam sangat selesa. Tapi sign board untuk kuar agak mengelirukan. Membuatkan aku ulang tempat yang sama, sebab parking dia sangat besar. Ada 1300 tempat parking. Perggh! Yang penting, dlam masa sebulan ni, parking free. Alah, kaalu bayar pun, berapa sangatla kau kena. Sebab untuk Jcard holder, free untuk 2 jam pertama. Setiap 1 jam berikut, rm0.50. bukankan itu sangat-sangat murah, berbanding SOGO yang mahal nak mampus itu??
Ok, isi dalam AU2. Untuk bahagian supermarket, aku suka cara pengaturan dia. Semua barangan am, dari sayur hijau sampaila ke bedding, diletakkan di bawah satu level. Senangla nak bayar, senangla nak bawak trolley. Tak perlu naik turun tingkat atas dan bawah, macam Jusco Alpha Angel. Lepas tu ada makanan yang boleh dimakan (mestila makanan boleh makan kan?). maksud aku, ada makanan goreng2, macam nugget, tempura, finger fish.. seddap2… since baru buka, ada banyak barangan yang dijual dengan harga opening. Erm…
Keluar daru supermarket, ada food court. Aku tak cuba makan pun, sebab tak lapar. Tapi food court dia luas, dan cantik. Kaunter service dan Jcard ada dua, kat level supermarket dan level atas (level pakaian). Tapi kat area supermarket tu agak pack. Macam sesak sikit kat situ. Harap-harap dia akan ubah tempat lain. Uh, staf kat temapat J-card tu agak lembap. Nak uruskan proeses renew pun lama. Kat Alpha Angle cepat jer. Aku line up ntuk redeem calendar sebba spen above rm50, tapi dia nak uruskan sangat leceh. Sempat bergurau-gurau plak tu nagn member lain. Aiyoo, customer dah beratur lama samapi berpeluh-peuh pakcik sorang tu.
Pas letak barang dalam keter, aku masuk balik. Sebab malas nak jalan guna trolley. Oh, sini ada 2 seksyen. Untuk sekeyen tenants, diaorang buat ala-ala open air. Means, ada udara luar boleh masuk,, takla sejuk dibawah hawa dingin. Malangnya, hari sabtu hari tu ujan lebat gila. So, angin berderu-deru masuk. Habis banner yang tergantung dan berdir serta belon hiasan jatuh. Ermm.. tempat makankat level bawah. Banyak sangat pilihan restoren. Open air pun ada. So, ramai la orang-orang hang out kat situ. Amcam kedai mamak la plak.. hhehe. Sangat-sangat happening.
O, itulah pengalaman meninjau dan shopping kat AU2.. ingatakan ada cinema sebab besar sangat.. hampa jugak la.. tapi seronok la. Kalau jalan2 ngan member pon ok.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin