Thursday, December 4, 2008

Bila Loceng Kembali Berbunyi..


Errrr.. ni bukan tajuk Movie atau Novel terbaru di pasaran. Ni tajuk diri aku sendiri.. di kaki kanan aku ada seutas gelang kaki berloceng yang aku beli setahun lepas. Sejurus akud apat gelang kaki tu, aku terus matikan bunyi. Yerla, tak baik pakai benda berbunyi. Boleh mengundang bahaya.. jadi tidaklah dia berbunyi lagi sehinggla pada suatu hari yang hening..
Aku tengah bergegas nak pergi kerja. Tengah on the way nak naik bas ni aku terasa ada bunyi loceng yang agak keras. Tak berapa nak bergemerincing. Aku biarkan je la. Tapi sampai opis, bunyi tu makin rancak dan nyaring. Aiseh, gelang kaki aku berbunyi rupanya. Sampai ke hari ni, bunyi gelang kaki aku dah macam bunyi gelang kaki yang tak pernah dipenyekkan locengnya.. adeih, apa nak wat ni. Aku dah try penyekkan lagi ball tu, tapi tak berubah pun. Mungkin ball nyer semakin kecik since aku asyik masyuk mandi masa kat PD. Yerla, air garam boleh effect mengecilkan bola dalam tu, kot. Jadi, kaki aku skang asyik berbunyi. Segan sebenarnya, sebab tau tak elok. Nak buang, sayang pulak.aiseh..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin