Wednesday, December 31, 2008

Salam Maal Hijrah & Happy New Year

Hari ini 3 Muharam. Tiga hari sudah kita berada di tahun baru Islam. Dan hari esok menjelma pula tahun baru Masihi. Apa cerita semua orang? Apa niat tahun ni? Umur bertambah. Kedut bertambah. Pengalaman bertambah. Harta bertambah. Hutang bertambah. Pahala dan dosa? Erm.. harap pahala makin bertambah. Dan dosa makin menyusut atau cukup di takat itu.
Baru semalam aku berpeluang mendengar lagu Maal Hijrah. Lagu yang glamer tu. Lagu yang kita nyanyi zaman-zaman sekolah dulu. Sekarang, maal hijrah macam takda sambutan sangat (maybe sebab hari Isnin tu, ada upacara pengembumian Yang Dipertua, al Fatihah). Aku bukak semua saluran. Haram lagu Maal Hijrah takde.
Teringat zaman sekolah MRSM MZMS. Pengetua Ustaz. Jadi, penerapan acara-acara agama ni dalam dan lebih sikit. Petang sebelum tahun baru bermula, kita semua berkumpul di Musolla Kaca kita. Kita baca doa Akhir tahun. Kemudian kita solat syukur. Kemudian kita baca doa Awal tahun. Ingat? Esoknya, atau beberapa hari kemudian, kita ada sambutan Maal Hijrah. Kadang-kadang dalam maktab je. Kadang-kadang kita join sambutan kat Muadzam Shah. Syok. Bawak sepanduk. Berarak sekililing maktab. Masa tu bosan jugak sebab asyik kena join aktiviti. Masa tu rasa tidur kat bilik lagi baik. Or dating lagi baik. Tapi bila dah besar macam ni, aku rindukan suasana Islamic tu. Kat UIA pun tak der macam tu. Maybe ada, cuma aku tak ambik tahu. Kat maktab, kita kena paksa. Tapi itu rupanya kenangan terbaik. Lepas dah habis berarak, kita ada pertandingan nasyid. Aku join. Sebab kena join. Biasalah, aku kan muka budak baik. Kena join nasyid blok. Biasa Hauzim yang jadi lead. Ingat Hauzim? Harap masih ada yang ingat kawan kita tu. Kawan yang aku rasa hidup penuh cabaran.
Esok tahun baru. New year. Happy new year. Tadi baca paper The Star. Tajuk utama “Be Good”. Kenapa? Sebab mula tahun baru jer, macam macam acara diadakan. Terbaru, nak buat parti sex. God. That’s horrible. Kita bukan negara barat. Kita nak kena tsunami ke? Tak pernah nak ambil iktibar dari episode lepas. Bodoh. So, friends, be good. Tahun baru Islam, tahun baru Masihi, jadilah yang baru. Yang lebih baik dari tahun lepas. Sikit pun tak per. Jadi seseorang yang boleh menyenangkan orang lain. Tak dapat senangkan hati orang lain, tak per. Janganla pulak jadi beban perasaan orang lain. Stood still. Be good.
Layan la lagu maal hijrah ni:
Satu Muharam
detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Bukit Tinggi

Khamis lepas bersamaan 25 Disember, bersamaan Hari Krismas, aku dan geng ambil kesempatan bercuti dan berjalan ke Bukit Tinggi. tak jauh pun dari KL, dalam 40 minit jer. tu pun bawak sambil menikmati permandangan. plan nak pi awal pagi. tapi marissa, baru sahaja tiba dr Kuantan kul 12.30. so, kami ambik dia kat tol Gombak dan terus ke Bukit Tinggi. kami bayar rm10 sekepala untuk masuk ke 3 tempat. Colmar Tropical, Taman Botanical dan Japanese House. Actually, tempat dia tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. tapi, kita boleh create aktiviti sendiri. contohnya macam kami, aktiviti bergambar, bergambar dan bergambar. yer, sampai Handphone aku dah tak muat memori. hihih. o, kami jugak try aktiviti men color plaster of paris yang bertulis LOVE. aku beli, so kami berlima dengan 'kreatif' nya men color.. o, bagi kami sangat cantik. apa pandangan korang?? huhuhu

lepas dah penat kat Colmar Tropical, kitorang amek shuttle bus ke Japanese House dan Taman Botanical. malas drive dan keter pon tak boleh naik sampai atas.. kat sana penat berjalan dan bergambar. tapi sana sangat cantik dan hijau. seronok.enjoy our pics!


Sunday, December 21, 2008

Lepak@ OU







smalam lepak kat One Utama. setelah sekian lama aku tak pergi sana dek masalah kenderaan. kame berempat berkumpul. aku, wina, myza dan nuha. dan lagi best semua bawak adik masing-masing kecuali wina. sebab adik dia lelaki. wina datang umah aku. aku drive ke umah myza. myza dan adiknya naik keta aku ke One Utama. tunggu Nuha tak sampai-sampai. pelik. sebab dia bertolak lagi awal dari kami. lama-lama, baru dia sampai dengan mood yang agaak terganggu. ok, dan aku dapat award 'sengal' dari nuha.. grrrr. tension tul. then, pas solat magrib, baru dia ok. jalan-jalan kat Jusco jer sbab tak berani pi jauh. takut sesat. sebab wayang Histeria kul9.20pm. so, lepak2 kat Revlon tester dimana aku jadi jurusolek Revlon, menyolek ain dan wina. hihihihi. myza sempat shopping handbag.


9.20 masuk panggung. aku tak suka tengok citer hantu kat wayang sebab membaazir. aku akan menutup mata dan telinga sepanjang movie. kalau bukak mata pon dengan skala yang sangat kecik. asalkan dpt tahu jalan citer sudahla. kadang-kadang citer tak seram pon. tapi aku tetap takut.. ishhh.


pas tengok movie, aku wina myza, ain dan shikin ke Sri Gomabk. makan malam. lapar siooot. makan ikan pari bakar (favourite tuu). syiokkk. lepak2, kul 1.30am baru sampai umah. pergghh.. merewang bangat! kalaulah mak tahu, mampos.. Btw, aku dah tahu jalan ke OU dan aku suka sangat sebab parking dia cuma rm1 untuk 6 jam.. wahh. masyuk ni. pasni aku akan ke sana lagi. tawaf satu OU. pasti!

Cicakman 2

hari tu rabu aku brkejar sekali lagi ke KLCC untuk tengok Cicakman 2. besarharapan aku. aku tak pernah sekemauk ini untuk menonton filem lakonan Saiful Apek sebab tahu lakonan dia s***! macam ntah apa-apa. macam tak berlakon. jadi diri sendiri konon. baik tak payah jadi pelakon. grrrr.. (bosan)
since Cicakman first tu aku macam kagum giler dengan teknik CGI diorang dan tak nampak langsung Meetrofulus tu sebagai negara yang pelik. aku sangat-sangat suka. dengan ginger boys yang sangat best. so, expectations aku untuk Cicakman 2 ni agak tinggi, atleast 4 star, sma dengan yang first.
tapi sangat malang sebab awal-awal lagi aku dah down. sebab sound tak best. mula2 tu aksi lawan2, tapi bunyi sound kena tumbuk, jatuh berdebuk, kaca berderai tak dengar langsung. maybe bunyi tu ada, tapi memang tak dengar. aku wonder salah siapa, TGV or KRU???
keduanya, lakonan apek memang low class giler. ak tal tau dah macam mana nak describe lakonan dia. memang dah sedia hampeh, tapi dengan ketiadaan backup macam Yusry (mcm first), memang lakonan dia totally lost. Amani pun tak mampu nak cover lakonan apek.
yang ketiga, aku rasa sangat suka dengan Profesor Klon even dia jahat. hahahahahaaaa (ketawa macam profesor Klon).. sebab Aznil lagi menyerlah dari Apek.. derrrr. dahla ginger boys dah mati. huhuhu. ada sikit jer adengan ginger boys.. sedey.. suka ginger boys...
so kesimpulannya, aku tak suka Cicakman 2 ni. sorry to KRU.. i think they can do better

Friday, December 19, 2008

Habit tak best #1 :Terlebih sudaaaah

Biasa jumpa orang yang ‘sentiasa nak lebih’ tak?? Dia sentiasa nak lebih dari orang lain dari segenap sudut, dari segenap hal. Perangai sentiasa nak lebih ni kadang-kadang kita tak sedar.kita mungkin ada mengata orang lain tentang perangai ‘nak lebih’ nya. Tapi adakah anda sedar, rasanya hampir semua orang perangai ‘nak lebih’ ni. Kalau takder perangai ni, maybe dia takder perasaan dalam nak meningkatkan prestasi diri.
Ada bermacam-macam jenis ‘nak lebih’ ni.
1. Yang memang nampak terang-terangan dia nak tunjuk ‘aku lebih dari kau’. Biasalah, lagi-lagi orang perempuan. Semalam si A beli baju kurung pada harga rm50, setelah mintak diskaun dari harga rm60. Si B pula, datang cakap, ‘ala, aku beli harga rm45. Rm15 dapat kurang’. Contoh lain, A dan B pergi facial. Wajah A selepas facial Nampak lagi cerah, berbanding B. B pun cakap ‘ kenapa muka saya tak dapat macam muka dia??’. Padahal, terang-terangan muka B tu ada jeragat dan kusam dan muka A tiada masalah. Contoh lain, ‘ala, kalau A muat saiz S, aku pun mesti muat’. Dan si B pergi beli saiz baju yang sama dan cuba. Baru tahu tak muat, kuang kuang kuang. B pun cakap ‘ kenapa tak muat? A muat jer pakai saiz tu?? Tinggi kami sama, berat pun sama’ hello, adakah anda sedar bentuk tubuh manusia itu berbeza? Setakat berat dan tinggi sama, belum tentu anatomi badan kamu berdua sama. Yang paling aku tak suka bila dari segenap segi dia nak lebih. Rumah kena besar sekit, keter yang mahal sikit, tadika anak kena yg mahal sikit, layanan kena lebih sikit. Wah, anak raja kah kamu???

2. Yang indirectly ‘nak lebih’ dari orang lain. Ni biasa orang yang suka cakap orang lain nak lebih. Tapi kalau tinjau diri sendiri, sama jer perangai tu. Cara tunjuk ‘nak lebih’ tu lain sikit. Dia akan menggunakan orang ketiga. Contohnya, A tegur kulit B tak da masalah. Dan C terdengar. C cakap ‘ saya pun dulu kulit macam tu jugak. Tapi sejak-sejak dah berusia ni, dah tak macam tu. Ala, nanti dah tua, B pun maca ni jugak’. Erk??? Atau tiap kali orang bercerita tentang apa yang berlaku sekarang, dia akan ungkit atau imbau zaman dulu-dulu punya cerita. ‘oh, zaman belajar dulu saya pun ada banyak boyfriend’ (sambil sebut jumlah yang tentunya lagi banyak dari yang sedang diperkatakan).

Setelah difikirkan, aku pun kadang-kadang ada perangai ni. dan aku confirm aku 'dah lebih' dari yang lain, wah, rasa sungguh best. erm, kan dah ada perasaan riak tu. tak baik sioot. Eleh, semua orang ada la.. percayalah. Tapi ada kebaikan juga pada rasa ‘nak lebih ‘ ni. Contohnya, tengok orang dpat markah 87%. Pastu hati kita struggle mesti dapat lebih dari markah tu untuk next test. That’s great rite? Boleh upgrade diri sendiri. Atau buat jualan langsung, mestilah nak jual lebih dari orang lain. So, kadang-kadang perasaan ‘nak lebih’ ni tak salah. Yang tak bestnya, bila dah jadi negative charge. Bila jadi berlebih-lebihan. Berbelanja lebih sebab nak lebih. Bertekak ngan orang lain sebab nak dapat harga lebih murah. Derrrr… buat semua benda ada la batasnya, kan?? Nasihat aku, janganla asyik nak terlebih tanpa fikir perasaan orang lain. That’s so bad..

Monday, December 15, 2008

TORES, KOKO dan SAMSAM


semalam, ada seekor kucing yang bernama TORES masuk ke dalam umah aku. dia sangat suka lepak kat tepi
KOKO dan SAMSAM. sebagai tuan, aku sangat takut dengan perilaku TORES. yalah, dia kucing PArsi. besar. dan bagi aku besar. ye. sangat besar. macam orang. sekalai dia ngap 'anak-anak' aku. ha! menangis tak berlagu. ini bukan kali pertama dia lepak umah aku. siap cium-cium SAMSAM lagi. sebab SAMSAM ni sangat berani. bila SAMSAM cium TORES, terus terpelanting TORES ke belakang. wah! hangatnya ciuman SAMSAM. tapi TORES lagi berminat pada KOKO. maybe sebab KOKO lagi gebu dan menyelerakan. hahaha. tapi KOKO tak layan TORES. so sorry TORES! KOKO hanya kiss ngan tuan dia. huhuhuhu!

Tuhan, sabarkan aku

Tuhan.
Terima kasih sebab masih bagi aku bernafas sampai ke saat ni. Sebab masih membenarkan aku menghayati kehidpan ini.
Terima kasih sebab kurniakan satu keluarga yang sangat-sangat bahagia buat aku. Aku reda ujian-ujian kecil yang ada Kau lampirkan untuk keluarga aku. Itu tandanya Kau masih merhamati kami. Terima kasih.
Kau kurniakan aku mak dan engku yang mengerti kami beradik. Keinginan kami. Kesukaan kami. Keengganan kami. Mak dan engku yang kami beradik boleh bercerita macam kawan baik, boleh memberi nasihat macam pakar, boleh berseronok macam seusia.
Kau kurniakan aku adik-adik yang nakal, baik, macam-macam kerenah, kuat merajuk, boleh berfikir dan manja. Aku bersyukur semua. Terima kasih Tuhan. Aku gembira dengan pemberian ini. Aku fikir aku tidak akan mampu lagi berdiri jika aku hilang mereka-mereka ini. Walau seorang.
Tuhan.
Terima kasih lagi. Kau beri aku tempat untuk mengadu. Kau beri aku seseorang yang bergelar sahabat, yang betah mendengar segala mulut aku menceceh, mengutuk, mengeluh, memuji manusia. Dia tempat aku menangis, tempat aku mengadu, selain Mu, Tuhan.
Kau beri aku rasa cinta. Cinta selain dari Mu. Cinta sesama manusia. Cintakan dia. Enam tahun, Tuhan. Aku bahagia. Kadang-kadang berkecil hati. Biasa. Asam garam orang berkasih. Namun jika Kau ingin tarik balik dia, aku reda Tuhan. Dia mungkin bukan milik ku, Tuhan. Mungkinkah aku terlalu alpa dengannya sampai mengingkari Mu, Tuhan? Hati aku dah terlalu lembut, Tuhan. Kali ini, Kau keraskan hati aku. Tetapkan diri aku. Aku mahu kuat seperti dulu. Seperti 6 tahun lepas. Yang tidak betah menangis sebab lelaki. Cinta mungkin bukan milik aku. Mungkin aku tidak terlalu bernasib baik dalam memiliki cinta seorang lelaki.
Tuhan
Aku fikir terlalu banyak Kau berikan pada aku. Keluarga. Sahabat. Cinta. Kemurahan rezeki. Aku syukur sangat-sangat. Aku reda jika Kau ambil Cinta dari ku. Tolong jangan diambil keluarga, sahabat dan kemurahan rezeki sebab semuanya bersangkut paut. Aku bergantung kepada kasih sayang Keluarga dan Sahabat. Aku juga bergantung kepada Kemurahan Rezeki untuk membahagiakan Keluarga.

Jusco AU2

Sabtu hari tu aku plan nak pergi Jusco AU2 yang baru dibuka 5 Dec hari tu. Bukan apa, adda shopping comlex baru, nak juga usha-usha. Kang orang tanya, bolehla cerita kan?? Hehehe. Jusco tu kat AU2 keramat. Aku tak berapa reti jalan kat sana. Nasib baik aku ada Google Maps. Wah, senang jer jalan dia. Lagipun banyak juga dibantu oleh banner penunjuk arah untuk ke sana. Sampai kat sana dalam kul 1tghri. Orang tak ramai lagi. Wah, suka nyer dia punya parking. Macam sangat selesa. Tapi sign board untuk kuar agak mengelirukan. Membuatkan aku ulang tempat yang sama, sebab parking dia sangat besar. Ada 1300 tempat parking. Perggh! Yang penting, dlam masa sebulan ni, parking free. Alah, kaalu bayar pun, berapa sangatla kau kena. Sebab untuk Jcard holder, free untuk 2 jam pertama. Setiap 1 jam berikut, rm0.50. bukankan itu sangat-sangat murah, berbanding SOGO yang mahal nak mampus itu??
Ok, isi dalam AU2. Untuk bahagian supermarket, aku suka cara pengaturan dia. Semua barangan am, dari sayur hijau sampaila ke bedding, diletakkan di bawah satu level. Senangla nak bayar, senangla nak bawak trolley. Tak perlu naik turun tingkat atas dan bawah, macam Jusco Alpha Angel. Lepas tu ada makanan yang boleh dimakan (mestila makanan boleh makan kan?). maksud aku, ada makanan goreng2, macam nugget, tempura, finger fish.. seddap2… since baru buka, ada banyak barangan yang dijual dengan harga opening. Erm…
Keluar daru supermarket, ada food court. Aku tak cuba makan pun, sebab tak lapar. Tapi food court dia luas, dan cantik. Kaunter service dan Jcard ada dua, kat level supermarket dan level atas (level pakaian). Tapi kat area supermarket tu agak pack. Macam sesak sikit kat situ. Harap-harap dia akan ubah tempat lain. Uh, staf kat temapat J-card tu agak lembap. Nak uruskan proeses renew pun lama. Kat Alpha Angle cepat jer. Aku line up ntuk redeem calendar sebba spen above rm50, tapi dia nak uruskan sangat leceh. Sempat bergurau-gurau plak tu nagn member lain. Aiyoo, customer dah beratur lama samapi berpeluh-peuh pakcik sorang tu.
Pas letak barang dalam keter, aku masuk balik. Sebab malas nak jalan guna trolley. Oh, sini ada 2 seksyen. Untuk sekeyen tenants, diaorang buat ala-ala open air. Means, ada udara luar boleh masuk,, takla sejuk dibawah hawa dingin. Malangnya, hari sabtu hari tu ujan lebat gila. So, angin berderu-deru masuk. Habis banner yang tergantung dan berdir serta belon hiasan jatuh. Ermm.. tempat makankat level bawah. Banyak sangat pilihan restoren. Open air pun ada. So, ramai la orang-orang hang out kat situ. Amcam kedai mamak la plak.. hhehe. Sangat-sangat happening.
O, itulah pengalaman meninjau dan shopping kat AU2.. ingatakan ada cinema sebab besar sangat.. hampa jugak la.. tapi seronok la. Kalau jalan2 ngan member pon ok.

Thursday, December 11, 2008

Los dan Faun


yes!! dengan jayanya dan semangat waja aku serta dengan tahap kegilaan dewa aku terhadap Afdlin Shauki dan muvienya, aku berjaya berlari dari office ke stesen dang wangi dalam masa 5 minit (sampai kejang kaki aku tau..) naik lrt ke KLCC dan sampai ke TGV tepat kul 6.30. nasib baik orang tak ramai, terus beratur and amek tiket LOS dan FAUN. hahaha. duduk seat baiiik punya.

memang tak menyesal la kaki aku kejang sebab jalan laju. citer dia memang best giler. aku suka citer Afdlin sebab lawak dia lawak berisi, bukan lawak bodoh yang plastik dan ulang-ulang.

LnF mengisahkan tentang Los dan Faun yang baru datang KL. then diorang discover kebolehan Faun dlam mencari barang hilang semasa jadi jurujual Bra. hahaha. then, diorang bukak company mencari barang. semua ok, semua berjaya. sampaila diorang dapat Puan Jasmine sebagai client untuk cari jam tangan arwah husband dia yang hilang semasa kematian yang berharga rm30 juta. bermula la pencarian mereka kerana Faun tiba-tiba hilang keupayaan mencari barang hilang sebab tertangkap cintan dengan Puan Jasmine. jeng jeng. semuanya berkonflik dan berkomplot. nak tahu macam mana semua selesai?? tengokla sendiri.. memang tak rugi. jo memartabatkan filem melayu. apa class tengok Twilight and The Day the Earth Stood Standing ( yang kalau di tukar bahasa melayu berbunyi: hari di mana bumi tidak lagi bergerak)..

fesyen tudung aku


macam yang u all semua perasan, trend tudung sekarang bermacam-macam. rasanya perkembangan fesyen tudung sekarang berubah pantas gila, macam teknologi handphone. aku tak ketinggalan mencuba fesyen tudung ni. hahaha. rasa macam cun sangat la kot. hehehe.

Thursday, December 4, 2008

Bila Loceng Kembali Berbunyi..


Errrr.. ni bukan tajuk Movie atau Novel terbaru di pasaran. Ni tajuk diri aku sendiri.. di kaki kanan aku ada seutas gelang kaki berloceng yang aku beli setahun lepas. Sejurus akud apat gelang kaki tu, aku terus matikan bunyi. Yerla, tak baik pakai benda berbunyi. Boleh mengundang bahaya.. jadi tidaklah dia berbunyi lagi sehinggla pada suatu hari yang hening..
Aku tengah bergegas nak pergi kerja. Tengah on the way nak naik bas ni aku terasa ada bunyi loceng yang agak keras. Tak berapa nak bergemerincing. Aku biarkan je la. Tapi sampai opis, bunyi tu makin rancak dan nyaring. Aiseh, gelang kaki aku berbunyi rupanya. Sampai ke hari ni, bunyi gelang kaki aku dah macam bunyi gelang kaki yang tak pernah dipenyekkan locengnya.. adeih, apa nak wat ni. Aku dah try penyekkan lagi ball tu, tapi tak berubah pun. Mungkin ball nyer semakin kecik since aku asyik masyuk mandi masa kat PD. Yerla, air garam boleh effect mengecilkan bola dalam tu, kot. Jadi, kaki aku skang asyik berbunyi. Segan sebenarnya, sebab tau tak elok. Nak buang, sayang pulak.aiseh..
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin