Monday, November 10, 2008

Mak Saya..


Ni emak saya.. emak saya seorang guru Tabika KEMAS sejak dia berumur 20 tahun. sejak dia muda. sejak belum berkahwin ngan engku. sejak belum melahirkan saya. sampailah sekarang, pada ketika dia berumur 49 tahun (hari ni hari lahir mak), dia masih rajin mengajar kanak-kanak. masih rajin membuat bahan pembelajaran yang di bantu oleh kami; anak-anaknya. mak sekolah tak tinggi, sampai SPM sahaja. mak tak pandai bahasa inggeris, tapi mak sanggup belajar dari kami demi mengajar kanak-kanak Tabika. mak tak tahu berbahasa Arab, tapi belajar sikit-sikit supaya anak murid dia tahu asas bahasa Arab. mak sangat kreatif. macam-macam bahan pembelajaran mak cipta untuk tarik minat anak murid mak untuk belajar. mak sangat sabar. anak murid mak macam-macam perangai. saya tanya, bila mak nak bersara? mak jawab, bila mak dah tak nampak tulisan lagi. sekarang mak dah pakai cermin mata. sebab mak dah berusia. kami adik beradik semua dididik oleh mak. kami semua pandai membaca di usia 5 tahun. sebab mak rajin mengajar. bukan kami sahaja, anak murid mak pun dah pandai membaca sebelum masuk sekolah rendah. mak cikgu saya. mak ibu saya. mak kawan saya. saya sayang mak. hea...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin