Wednesday, November 19, 2008

Liberal kah Aku?

Aku terfikir soalan ni, sebab ada orang mengatakan aku berfikiran liberal. Mungkin dia ada sebab sendiri, sebab aku berpegang pada sesetengah prinsip yang bagi dia agak liberal. Sebab?
Aku berpendapat, aku tak kisah orang nak buat jahat, berzina or berkelakuan tidak senonoh tanpa ada ikatan yang sah di sisi agama, asalkan tidak dikhalayak ramai. Asalkan aku tidak tahu. Asalkan tiada media tahu. Asalkan tidak mencemarkan nama agama di mata orang lain. Pendek kata, kalau orang nak buat jahat, buatla, tapi pandai simpan. Tidak perlu dijaja keburukan diri sendiri. Sebab tu aku ada ramai kawan yang macam ini. Aku tak kisah nak berkawan dengan orang yang begini, asalkan tidak menyebabkan orang lain dapat susah. Sebagai contoh, nak berzina, go on, tapi jangan libatkan aku bila pregnant atau sakit AIDS or sifilis. Done. Nak ponteng kelas, aku tak kisah, asal jangan libatkan aku untuk sign kedatangan kau. Done. Tak guna berbuat buat baik, tapi akhirnya meletakkan aku dalam kesusahan. Menyusahkan . prinsipnya, aku tidak kisaha apa sahaja kau buata asalkan tidak mencemarkan nama bangsa, agama dan aku.
Sebab apa lagi aku digelar liberal? Sebab aku fikir, aku tak kisah tidak bertudung dalam kereta sebab itu tempat private aku. Hahaha. Ironiknya. Aku dah berfikir macam ni sejak sekolah. Asrama aku berpagarkan dinding konkrit, tidak bertingkat; macam deretan rumah teres sahaja. Jadi,kami bebas pakai short, tidak bertudung atau tutup kepala bila ke toilet atau menjemur baju. Jadi apabila ada technician yang kebanyakannya lelaki, masuk ke asrama untuk pembaikan, aku tidak kisah untuk mencari tudung. Sebab dia masuk ke kawasan private aku. Apa perlu aku yang menutup kepala??. Hahaha. Dan sampai sekarang aku masih memegang ‘prinsip’ itu. Dalam kereta, aku tidak bertudung, tapi bila keluar untuk pump petrol, aku saukkan selendang ke kepala.. kerana itu aku digelar liberal. Liberal kah aku? Terpulang la apa orang nak fikir, asalkan aku tidak menyusahkan orang. Boleh?

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin