Sunday, November 16, 2008

Bertukar Kerjaya

Sejak seminggu lalu, aku asyik memikirkan hal ni. Dan sejak hari-hari dalam minggu ni, aku mula fikirkan hal ini lebih serius. Kata orang, ada factor dalaman banyak memainkan peranan. Environment company? Environment department? Sikap colleagues? Sikap bos? Scope of work? Most of them adalah sebab aku terfikir hal ini. 4 of 5.. banyak tu.. aku stay sini sebab aku nyer relationship ngan colleagues sangat best (o, terkasar bahasa or terlaser tu adatla..).. dulu lagi best sebab bos ok.. but lately, he seem turns up to someone different. Don’t know why. Probably because of the presence of new staff. Or because of work load. Or his mission and vision has changed. I don’t know. We all don’t know. No idea at all. Everything or anything we do, seems a bif fault to him. Erm.. that’s strange.. kena manderam ke bos ni? Pun tak tau..
Scope of work, dulu aku boleh tolerate. Skang, aku rasa macam waste of time, waste of knowledge. Aku tak dapat aplikasi ilmu aku. Yes, kat sini aku gain something yang aku tak pernah buat. Mulanya seronok, but then aku realize ni bukan apa yang aku nak. Aku nak sesuatu yang fresh, challenging yang sesuai dengan usia aku yang muda. Aku nak jadi seorang yang aktif. Aktif dari segi fizikal dan mental. Got what I mean?
Environment company, dulu aku kagum sangat. Sangat-sangat. Sebab tu aku tak kisah kerja sini, walau nama nya tak segah company lain. Sebab aku sayang. Sebab aku kagum. Sebab aku membesar dengan nama company ni. Dulu kebajikan pekerja sangat-sangat dijaga. Staff tak kesah dapat bonus sikit, sebab pembahagian sama rata. Orang atas yang gaji puluhan ribu tak kisah tak dapat bonus sebab nak bagi orang bawah yang gaji hanya awalan 4 angka rasa bonus sedap sikit. Tapi sekarang, yang atas menggunakan kuasa sewenang-wenangnya. Tangga gaji dah tak menentu. Yang kerja 10 tahun bergaji lebih rendah dari yang bekerja 5 tahun. Wajarkah? Gaji level lain sudah berpuluh kali revised, gaji level kami masih di takuk sama. Wajarkah? Semuanya berubah setelah tampuk management berubah. Wajarkah aku masih sayang pada company ini sedangkan management nya susah nak menghargai kami dan aku? Susahnya..
Tapi sesuai ke nak tukar kareer di masa-masa dunia tenagh mengalami kegawatan? Aku baru sahaja dengar berita tiga company motors yang tersohor di dunia mengalami kerusuhan. FORD,CHRYSLER, AND GENERAL MOTORS. Diorang baru sahaja membuang 6% pekerja yang menyamai 10, 000 pekerja. Bayangkan, berapa ramai yang jobless sekarang. Kawan kakak ruamh aku yang bekerja di butik Pedderred pun ada ura-ura akan dibuang semua. Butik tu high class, open at KLCC.. tupun mengalami kemerosotan. Bank di Singapore (lupa plak bank apa) baru sahaja mengumumkan kerugian. Kegawatan ekonomi yang melanda US perlahan-lahan berpindah ke Asia Tenggara. Harapp-harap Malaysia tak terjejas teruk. Apa yang aku tahu,agak susah untuk Islamic Banking mengalalmi kegawatan sebab we are not depend on others bank. Kita circulate among us je. Itu yang Bank Negara Malaysia telah dengan sepantas kilat meluluskan pembukaan OCBC Islamic Bank, Standard Chartered Islamic Bank. Dan mereka dikehendaki beroperasi secepat mungkin untuk mengelak dari kegawatan ekonomi. So, mereka tengah cari staff yang ada pengalaman dalam Islamic Banking. Berani cuba??

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin