Sunday, November 30, 2008

no tittle..

weekend yang relax.. sangat-sangat relax.. sangat-sangat best. sebab dapat duk umah lama-lama. dapat kemas bilik, lipat semua baju.. dapat bagie xtra perhatian kat KOKO n SAMSAM.. lega sebab ain tak jadi ambik kereta.. hahaha. jahatnya.. pergi Carefour, belikan set comforter mak and kusyen cover yang di kirim oleh orang kampung.. erm,boleh buat niaga ni. ka- ching..
oo, btw, skang aku dah mula bergiat dalam pembikinan blog buat sesiapa yang baru bermula dalam bidang ni. details, aku akan bagi kemudian.. hopefully berjaya..

Friday, November 28, 2008

Bangga nya Hati..

kalau semua orang perasan (errr..blog aku ni ada orang baca ker??) aku ada link satu Magazine kat senarai kengkawan.. " saya gadis COSMO!".. itu untuk majalah Cosmoplitan versi bahasa melayu.. and i'm so addicted to this magz... tak pernah miss beli every month. tiap-tiap bulan jadi penunggu setia kat kedai buku. i want to ensure that i'll get the magz as it is out for sale! and aku selalu la mberi komen kat cosmopolitanmalaysia.blogspot ni.. and nama aku dah naik beberapa kali as a winner.. and also kat bahagian editor.. so touching..
try read thhis magazine, and i'm sure u all akan suka. this magz bukan sekadar fesyen terkini (yang kita patut tahu, supaya tak ketinggalan), tapi juga rencana dan info yang berguna sebagai perempuan.. but becareful for those yang suka sangat dengan gossip artis Malaysia.. coz this magz wasnt the place. no 'Gossip Girl' ya!!

Thursday, November 27, 2008

Mereka Family Aku

lutfi and mak
family ku..


mereka adinda-adinda ku



sempat kami bergambar sekaligus..

mak dengan alysa.. anak kak ida





Geng PD

wadang a.k.a sarra and buyer a.k.a nurul muzliyana


me and jay...saper lagi chubby?? hahaha...


kawan-kawan Jay.. so cute. hehehe




Wednesday, November 26, 2008

Minggu yang indah..

Last week, aku Berjaya bawak family tercinta ke Peantai Port Dickson.. actually, not whole family,sebab ayahanda aku ‘tertinggal’ kat Rompin.. dia tak dapat ikut sebab dia ada kursus. Mulanya plan nak bawak adik-adik aku jer. But then, my dad takut something happen ( yer la, ayahanda aku ni takut sangat anakanda dia mati dalam air). So, dia suruh mak aku datang sekali.. aku no hal. Lagi suka.. hehee.. pergi PD ni aku ada ajak geng UIA, but then semua bz.. so, aku invite kengkawan MRSM MZMS, nak buat reunion kecik2 la kononnya. responnyer quite negative and agak mengecewakan aku. Tapi aku tak kisah.. mulanya, Jay, shal, wadang, buyer n elly nak datang.. but shal sakit. And elly, aku tak sure kenapa. So, hanya yang datang, wadang, buyer, jay n 4 orang kawan jay yang sesangat hensem.. hehehee… tapi macam tak suka pompuan jer.. hahahaha.. kalau ikut hati, rasa macam berbakul gak nak menyumpah, tapi not here.. sebab aku dah meluah perasaan kt yahoo group: mrsmmzms01… hahaha. Padan muka.
Another family yang pergi, kakak opis aku; kak idah.. s,we just planned to meet at PD.. sampai sana dah pukul 10 lebih. Cari Teluk Kemang, sebab semua beach lain dah penuh.. kat teluk kemang pun dah penuh actually, tapi BF ain, si Rauf dapat cari tempat yang agak privacy,redup, ada parking and ada meja.. lucky us! Sampai sana, siap2 nak mandi… syoknyer dapat mandi Pantai.. setelah sekian lama tak mandi Pantai.. selama ni hanya cecah jer sebab ayah aku tak bagi mandi.. that’s why kami tak pandai berenang.. then, kitorang bertujuh main Banana Boat.. sukanyer! Seram pun ada.. first jatuh memang aku panic.. dahla air dalam. Even pakai safety jaket, still takut.. aku ni pendek. Kalau kaki adik-adik aku dah cecah pasir, kaki aku belum lagi.. tergapai-gapai.. second jatuh, aku minta pakcik tu jatuhkan kat tempat yang cetek sket.. hehehe.. happening giler! Natijahnyer, muka aku lebam sebab adik jatuh atas muka aku.. ces.. yang penting, Jay maintain tak mandi Pantai sampai ke sudah..jaga kulit siott… kaalu aku ni larat, dah lama aku dukung Jay ke Pantai.. J
Pas main banana boat, naik atas jap.makan-makan.. aku buat muffin chocolate n blueberry, macaroni goreng. Mak aku buat mee hoon goreng.. melahap jugak la kawan-kawan aku semua tu.. dah puas berendam, muka pun dah naik lebam, family aku berangkat ke hotel penginapan, Le Paris Hotel.. susah gak nak cari sebab kat PD town. Tapi hotel dia cantik.. murah la, rm150 untuk deluxe (even ada 5 orang, selamba jer campak semua dalam satu bilik).. hotel ni dapat book last minute sebab semua dah penuh.. nasib baik dapat, kalau tak, kena balik KL la.. sampai hotel, terbungkang tido.. penat woo. Malam pi makan kat tempat Ikan Bakar. Ambik pari, sotong, tomyam campur, telur dadar, nasi 5 orang, air buah, sate, semua hanya rm56. Takla mahal pun (macam ayat Destinasi Budget jer).. Makan pun kenyang…
Since mak aku tak cecah Pantai langsung hari sabtu tu, so, kitorang bawak mak ke Bayu Beach kul 8.30 pagi hari ahad.. orang tak ramai lagi, so mak bolehla mandi-mandi tanpa rasa malu.. rugi lak tak snap gambar mak tengah mandi.. hehehe.. comel jer. Kul 11.30am, kami check out. Sebab kena hantar ema balik NIlai, then family balik kampong bus kul 4.30ptg.. penatnyer, sebab otw balik aku sensorang drive; ain tak berapa sihat..:(
Alhamdulillah, semua benda yang aku plan berjalan dengan baik. Dapat hotel last minute even peak period .Masa pergi hujan renyai. dalam hati,kalau tak der rezeki mandi Pantai, aku reda. But then,Allah permudahkan semua. Tak hujan langsung sepanjang kat PD. Hujan renyai Cuma time on the way ke KL jer. Aku rasa semua ni based kat niat. Niat baik, nak bawak family berjalan, and Allah permudahkan segala.. kan?

Wednesday, November 19, 2008

Kanak-kanak zaman sekarang?

Sekarang dah tahun 2008, tahun depan dah 2009. O, aku dha hampir umur 25tahun. Baru sedar, aku dah besar. Baru sedar, aku dah boleh berkata begini ‘budak-budak zaman sekarang”.. hahahaha.. sangat ironic, sebab dulu aku tidak suka ayat macam tu..
Akhir-akhir ini, aku banyak terjumpa ngan kanak-kanak lingkungan umur 2- 6tahun. Dulu biasa jumpa, sebab mak aku seorang guru tadika. Jadi, kebanyakan kanak-kanak yang aku jumpa, sama sahaja sebab mak aku yang didik. Jadi, tidak jauh beza tahap kepetahan dan kecerdikan mereka. Jadi aku andaikan, semua kanak-kanak zaman sekarang cerdik dan petah. Tapi baru aku sedar, tidak semua begitu. Mungkin didikan yang berbeza.
Aku dah biasa dengan kanak-kanak yang pandai membaca pada umur 5tahun atau sekurang-kurangnya dah pandai mengeja. Tapi di KL ni sangat ramai kanak-kanak yang aku jumpa tidak tahu mengeja. Sekadar tahu asas ABC. O, tersilap rupanya pandangan aku pada kanak-kanak KL ni. Hehehe. Ok, setelah aku dah biasa dengan situasi itu, aku terjumpa pulak dengan kanak-kanak yang extra knowledge.
Anak buah BF aku. Umur 6 tahun. Tapi membaca langsung tiada masalah. Samada dia paham atau tidak sahaja perkataan itu, macam “jirat”, “ikhtiar”.. dia boleh bercakap tanpa pelat, paham apa sahaja orang tua bercakap, siap boleh buat deal ngan uncle dia lagi. And she can recite Poem too, in English with good pronunciation. Then, her mom told me she got first place in her class. Ok, fine, no wonder. She’s brilliant. She asked me about diet. “auntie, kalau nak diet, tak boleh makan selepas magrib kan?” erk, tercekik aku, macam mana dia tahu pasal diet and makan selepas 7pm ni? Then, aku realize yang her parents, uncle, granny, never told her fake reason, fake story or try to make fool of her. They gave her fact, not fake. And she grew up as a thinker. That’s awesome. Sebab tak ramai parents yang mampu bagi fakta kat anak-anak. All they give is, fake. Macam, jangan main sampai magrib, nanti ada hantu sorok. Padahal, dah senja. Its time for bath and pray. Itu lagi logic kan? Lagipun, otak kanak-kanak lagi cepat serap macam sponge.. apa yang kita ajar, boleh masuk dengan cepat. Tiada alas an, “kecik lagi, biarla dulu. Dah besar nanti, ajarla” or “tak sanggup nak ajar menda berat-berat nanti tak boleh berfikir budak tu”. Mengikut Islam pun, zaman kanak-kanak la paling bagus untuk ajar semua benda. Hafaaz Quran, invention, and others.. Another impress me, she doesn’t like candy or junk food at all. Dari kecik tidak dibiasakan makan-makan benda-benda macam tu. Plus, its contains MSG a lot which help to reduce the capability of brain. Mungkin tu juga salah satu sebab dia cepat dan senang serap ilmu.

Liberal kah Aku?

Aku terfikir soalan ni, sebab ada orang mengatakan aku berfikiran liberal. Mungkin dia ada sebab sendiri, sebab aku berpegang pada sesetengah prinsip yang bagi dia agak liberal. Sebab?
Aku berpendapat, aku tak kisah orang nak buat jahat, berzina or berkelakuan tidak senonoh tanpa ada ikatan yang sah di sisi agama, asalkan tidak dikhalayak ramai. Asalkan aku tidak tahu. Asalkan tiada media tahu. Asalkan tidak mencemarkan nama agama di mata orang lain. Pendek kata, kalau orang nak buat jahat, buatla, tapi pandai simpan. Tidak perlu dijaja keburukan diri sendiri. Sebab tu aku ada ramai kawan yang macam ini. Aku tak kisah nak berkawan dengan orang yang begini, asalkan tidak menyebabkan orang lain dapat susah. Sebagai contoh, nak berzina, go on, tapi jangan libatkan aku bila pregnant atau sakit AIDS or sifilis. Done. Nak ponteng kelas, aku tak kisah, asal jangan libatkan aku untuk sign kedatangan kau. Done. Tak guna berbuat buat baik, tapi akhirnya meletakkan aku dalam kesusahan. Menyusahkan . prinsipnya, aku tidak kisaha apa sahaja kau buata asalkan tidak mencemarkan nama bangsa, agama dan aku.
Sebab apa lagi aku digelar liberal? Sebab aku fikir, aku tak kisah tidak bertudung dalam kereta sebab itu tempat private aku. Hahaha. Ironiknya. Aku dah berfikir macam ni sejak sekolah. Asrama aku berpagarkan dinding konkrit, tidak bertingkat; macam deretan rumah teres sahaja. Jadi,kami bebas pakai short, tidak bertudung atau tutup kepala bila ke toilet atau menjemur baju. Jadi apabila ada technician yang kebanyakannya lelaki, masuk ke asrama untuk pembaikan, aku tidak kisah untuk mencari tudung. Sebab dia masuk ke kawasan private aku. Apa perlu aku yang menutup kepala??. Hahaha. Dan sampai sekarang aku masih memegang ‘prinsip’ itu. Dalam kereta, aku tidak bertudung, tapi bila keluar untuk pump petrol, aku saukkan selendang ke kepala.. kerana itu aku digelar liberal. Liberal kah aku? Terpulang la apa orang nak fikir, asalkan aku tidak menyusahkan orang. Boleh?

Sunday, November 16, 2008

Bertukar Kerjaya

Sejak seminggu lalu, aku asyik memikirkan hal ni. Dan sejak hari-hari dalam minggu ni, aku mula fikirkan hal ini lebih serius. Kata orang, ada factor dalaman banyak memainkan peranan. Environment company? Environment department? Sikap colleagues? Sikap bos? Scope of work? Most of them adalah sebab aku terfikir hal ini. 4 of 5.. banyak tu.. aku stay sini sebab aku nyer relationship ngan colleagues sangat best (o, terkasar bahasa or terlaser tu adatla..).. dulu lagi best sebab bos ok.. but lately, he seem turns up to someone different. Don’t know why. Probably because of the presence of new staff. Or because of work load. Or his mission and vision has changed. I don’t know. We all don’t know. No idea at all. Everything or anything we do, seems a bif fault to him. Erm.. that’s strange.. kena manderam ke bos ni? Pun tak tau..
Scope of work, dulu aku boleh tolerate. Skang, aku rasa macam waste of time, waste of knowledge. Aku tak dapat aplikasi ilmu aku. Yes, kat sini aku gain something yang aku tak pernah buat. Mulanya seronok, but then aku realize ni bukan apa yang aku nak. Aku nak sesuatu yang fresh, challenging yang sesuai dengan usia aku yang muda. Aku nak jadi seorang yang aktif. Aktif dari segi fizikal dan mental. Got what I mean?
Environment company, dulu aku kagum sangat. Sangat-sangat. Sebab tu aku tak kisah kerja sini, walau nama nya tak segah company lain. Sebab aku sayang. Sebab aku kagum. Sebab aku membesar dengan nama company ni. Dulu kebajikan pekerja sangat-sangat dijaga. Staff tak kesah dapat bonus sikit, sebab pembahagian sama rata. Orang atas yang gaji puluhan ribu tak kisah tak dapat bonus sebab nak bagi orang bawah yang gaji hanya awalan 4 angka rasa bonus sedap sikit. Tapi sekarang, yang atas menggunakan kuasa sewenang-wenangnya. Tangga gaji dah tak menentu. Yang kerja 10 tahun bergaji lebih rendah dari yang bekerja 5 tahun. Wajarkah? Gaji level lain sudah berpuluh kali revised, gaji level kami masih di takuk sama. Wajarkah? Semuanya berubah setelah tampuk management berubah. Wajarkah aku masih sayang pada company ini sedangkan management nya susah nak menghargai kami dan aku? Susahnya..
Tapi sesuai ke nak tukar kareer di masa-masa dunia tenagh mengalami kegawatan? Aku baru sahaja dengar berita tiga company motors yang tersohor di dunia mengalami kerusuhan. FORD,CHRYSLER, AND GENERAL MOTORS. Diorang baru sahaja membuang 6% pekerja yang menyamai 10, 000 pekerja. Bayangkan, berapa ramai yang jobless sekarang. Kawan kakak ruamh aku yang bekerja di butik Pedderred pun ada ura-ura akan dibuang semua. Butik tu high class, open at KLCC.. tupun mengalami kemerosotan. Bank di Singapore (lupa plak bank apa) baru sahaja mengumumkan kerugian. Kegawatan ekonomi yang melanda US perlahan-lahan berpindah ke Asia Tenggara. Harapp-harap Malaysia tak terjejas teruk. Apa yang aku tahu,agak susah untuk Islamic Banking mengalalmi kegawatan sebab we are not depend on others bank. Kita circulate among us je. Itu yang Bank Negara Malaysia telah dengan sepantas kilat meluluskan pembukaan OCBC Islamic Bank, Standard Chartered Islamic Bank. Dan mereka dikehendaki beroperasi secepat mungkin untuk mengelak dari kegawatan ekonomi. So, mereka tengah cari staff yang ada pengalaman dalam Islamic Banking. Berani cuba??

Down grade?


Dulu aku pernah cakap banyak sangat menda baru kena co op sekarang ni.. antaranya ialah, aku sekarang naik bas Metro pergi kerja. Dapat kereta baru, tapi pergi kerja naik bus. Sangat ironic kan? Ada sebab aku downgrade dari naik LRT kepada naik bus. Setelah aku congak-congak, lebih banyak pro, lebih banyak positif nya naik bus daripada naik LRT. So, kat bawah ni aku dah buat matrix nya.. mungkin sekali sekala aku boleh drive pergi kerja. Tak takut pun untuk drive masuk KL, cuma risau tempat untuk parking.

Tuesday, November 11, 2008

Selamat Tinggal


Selamat tinggal dunia blogger.. huhu.. pasni aku akan sangat dan amat jarang meng update blog aku or menggodek blog orang lain. sebab? company aku dah nak menghad limit kan penggunaan internet di sini. hanya kepada orang-orang besar yang bergred tinggi, yang bergaji lebih besar (yang lebih mampu ada broadband sendiri), yang aku kira tak semua reti menggunakan internet.. (sebab tu hanya mereka boleh akses).. argghh.. bodohnya.. tensennyer.. takper, aku aku cuba ke Cyber Cafe atau ke Jusco untuk WIFI.. zaman ini zaman internet la. semua information hanya di hujung jari. tanpa internet aku rasa, orang-orang disini akan lebih tertinggal dek pengetahuan.. aduih.. macam mana nak membentuk komuniti berpengetahuan??

Katil Saya


Finally, katil n tilam ku sudah sampai.. nak dapatkan 'benda' ni punyalah payah.. dari hari pertama, susah betul nak dapat tarikh penghantaran. either friday or monday. then,decide on monday, after 7pm, sebab aku kerja. agreed. pastu keep calling, minta tukar masa; berkali kali plak tu. kata tak boleh after 7pm. what the h**l?! then, aku agreed kul 6pm, kena minta balik awal la ni.. semalam balik awal, tapi dapat call kata tak boleh hantar sebab lori hantar. what the tuuuuuuttt!!! (sensor ni).. apa lagi, aku mengamuk la dalam phone. tak pasal-pasal budak tu yang kena. lama gak la kena.. itu pu ada yang tak terkeluar dari mulut ni.. eiii! pastu dia call balik, dia kata, kaalu akak nak sangat barang tu,kami hantar la malam ni. eh, barang aku, mestilah aku nak nak. pastu mula la rasa bersalah sebab marah budak tu.. huhuu.. bengkak lak mata aku nangis sebab rasa bersalah.. pastu ada orang call cakap barang sampai dalam kul 8. sempat la kau ckp kat budak tu, akalu jumpa budak yang call tadi,akak minta maaf.. terkasar sket.. so, dekat-dekat kul 9pm,sampaila katil aku..

Monday, November 10, 2008

Sitiii..

siti dan aksi sporting nya..

Mak Saya..


Ni emak saya.. emak saya seorang guru Tabika KEMAS sejak dia berumur 20 tahun. sejak dia muda. sejak belum berkahwin ngan engku. sejak belum melahirkan saya. sampailah sekarang, pada ketika dia berumur 49 tahun (hari ni hari lahir mak), dia masih rajin mengajar kanak-kanak. masih rajin membuat bahan pembelajaran yang di bantu oleh kami; anak-anaknya. mak sekolah tak tinggi, sampai SPM sahaja. mak tak pandai bahasa inggeris, tapi mak sanggup belajar dari kami demi mengajar kanak-kanak Tabika. mak tak tahu berbahasa Arab, tapi belajar sikit-sikit supaya anak murid dia tahu asas bahasa Arab. mak sangat kreatif. macam-macam bahan pembelajaran mak cipta untuk tarik minat anak murid mak untuk belajar. mak sangat sabar. anak murid mak macam-macam perangai. saya tanya, bila mak nak bersara? mak jawab, bila mak dah tak nampak tulisan lagi. sekarang mak dah pakai cermin mata. sebab mak dah berusia. kami adik beradik semua dididik oleh mak. kami semua pandai membaca di usia 5 tahun. sebab mak rajin mengajar. bukan kami sahaja, anak murid mak pun dah pandai membaca sebelum masuk sekolah rendah. mak cikgu saya. mak ibu saya. mak kawan saya. saya sayang mak. hea...

Friday, November 7, 2008

Siapa Sayer??

saya empunya blog ketika masih kecik.. hahaha..

1000km Servis...


Pada Khamis lalu, BKD dah servis untuk 1000km yang pertama.. sepatutnya nak buat hari Jumaat sebab aku dha apply cuti and terus nak balik kampong. But suddenly, aku kena cirit birit.. hampeh tul. Ntah macam mana boleh kena. And aku dpat MC, siap disahkan apendiks stage pertama. Erk!? Aku tak makan pedas2 la.. tapi dinasihatkan supaya mengelakkan makan makanan pedas.. erm?? Sedihnya..

ops, berbalik pada kereta, since dah MC, aku bawak keter pi Servis. dah makan ubat, dah makan bubur ngan teh o, dah ok sket.. Dah budget rm233 ni, since aku baca blog, itulah harganya untuk kereta saga auto.. Proton servis yang aku pergi ni nama dia Garden Equity, di Desa Setapak, Wangsa Maju. Bagi aku servis dia sangat mesra. Aku datang jer, dia Tanya, yer kak? Aku cakap nak servis kereta, dia Tanya mana kereta? Aku tunjuk n hulur kunci. So, dia drive in keter aku ke dalam bengkel. N bagitau, dalam setengah jam akak datang balik yer. Pergola minum2 ker, kat sini takder tempat nak shopping.. hehe.. after 15 minute aku datang, keter dah siap.. erm, cepatnyer. So, dia pun hulur bill.. mak aii, terbeliak jap mata aku, coz its just cost me rm114!! Wow!! Alhamdulillah, jimat duit aku.. aku ada Tanya pasal hand grip, so, they’ll cal me regarding the price.. erm, good2.. siap dapat baucer KFC/Pizza lagi.. hahaha.. rm12 je rpun, tapi ok la.. menghargai customer kan??


Monday, November 3, 2008

Gaya Handbag 4 in 1.. i luv it!




Ni berkenaan dengan handbag yang aku beli masa kat Melaka hari tu.. beg ni boleh dapat 4 gaya tau.. see all those pics..
Gaya biasa, sangkut kat ketiak. Guna tali pendek. Gaya ranggi., melintang dari kanan ke kiri. Guna tali panjang. Gaya dinner, pegang di tangan, macam clutch. Tak perlu tali. Gaya stylo, besarkan dan pegang. Takperlu tali. Lebih luas, lebih bergaya.

Setelah..

Setelah dua hari aku merambu, BKD dah cecah 1100km.. plan, nak balik jerantut Jumaat, then baru servis.. tapi kalau buat macam tu, dah capai 1300km.. so, aku decide nak servis kat KL before balik this Friday.. kena wat appointment, ada gak nanti aku kena lambat, berjanggut menunggu plak.. cadang nak pasang hand grip sekali kat tempat penumpang. Tak reti buat sendiir. Kena gakla suruh orang Proton buat..

Aktiviti Hari Ahad

Hari ahad. Ada 3 jemputan untuk aku memenuhkan isi perut aku. Pertama, perkahwinan kawan sekolah, Norazura Masdor,. Kedua, kenduri doa selamat manager aku, K.su ( yang ni wajib, takder a, b or c). Ketiga, birthday party anak Si Ram, si kembar comel tu.. erm.. mana nak pi ek... mula2 nak pi umah si Ram, tapi malam sebelum tiodr kawan aku beria ajak pi kahwin zura tu.. aloh.. kenala pi. Kenala tak pi umah si Ram. Sorry yer.. next year punya birthday saya pergi.. hehehehe.. otw ke kelana jaya, aku sesat.. tension nyer... nasib baik sesat area situ-situ ajer... balik senang jerla, terus je ke jalan Kuantan. Terus pi umah kak su. Masa tu dah 3lebih.. masa sampai orangg dah tak ramai.. legala jugak.. kang malu jugak.. mesti kak su sibuk nak layan aku.. sukanya kak su aku datang, yerla, aku jer yang wakil opis.. sian kak su. Dia tanya semua orang, naper tak datang.. hari tu macam beria sangat tanya bila kak su buat open house.. erm, macam mana nak jawab ek?? aku lepak sana sampai 5.30ptg.. masa aku blah, kak su bagi makanan, rendang hitam.. huhhuu.. syoknya. Siap ada buah oren n apam lagi.. pastu kak su bg souvenir Yassin untuk dewasa, n jajan untuk kanak-kanak. Kak su siap bekalkan untuk orang opis lagi.. banyak woo.. baiknyer kak su. Mana ada orang wat kenduri pi Haji bagi hadiah kat tetamu. Patutnya tetamu ni yang bagi duit buat belanja.. dah terbalik lak.. apa-apa pun, semoga Kak Su selamat pergi n selamat balik.. sedihnya..

Makan-makan


Kemana arah BKD minggu lepas?? Erm.. agak jauh langkah kali ni. Hari Sabtu, Opismate ku, a.k.a model slimming, Kak Idah buat makan-makan. Sebenarnya aku yang paksa dia buat makan-makan. Hahaha.. so, hubby dia bagi kelulusan, ajak la member hubby dia sekali. Ngan syarat, aku kena datang tolong.. orait, keter dah ada..
Hari sabtu, awal kul 9pagi aku dah kuar untuk ke Bangi. Entah arah peta mana aku ikut, salah jalan . perghh, merayau sampai ke Cheras, dah hampir ke Kajang plak tu.. rupanya just ikut highway Sungai Besi, kuar ikut to; Bangi.. ceh.. senang bukan main.. aku sampai dah kul 11pg.. sempatla tolongg potong-ptong yang patut. Oo.. aku dah buat kek coklat untuk di bawa kesana.. huhu.. siap topping lagi. Tak pernah2 aku wat topping.. kat sana, aku buat begedil untuk dimakan bersama soto.. banyak sioot aku buat samapi lepuh jari sebab kena ramas kentang yang panas tu... banyak gak dpat begedil tu.. tapi letak kejap jer, dah habes.. dasyat bebenor makannya.. ada yang amek 5 ketul begedil seorang plak tu.. patutla...
Dalam kul 3 lebih, kak Syam datang bersama 2 heronya.. siap si Nazim tidar tak bangun2... huhuhu.. anak2 kak ida dah duk melepak ngan aku.. si comel alysa dah terbaring terus kat riba aku.. dah tidor pon, mak dia yang kejut suh minum susu... kak hanim pun datang, bawak si Alisha yang chubby,. Pipi dia montok sangat, mulus gila.. perut nya pon bulat. Hehehe.. aku ikut k.syam balik umah dia, beraya sana.. oo, dah siap goreng nugget ngan wat mihoon tomyam tuu.. kenyang nyer aku.. pastu main lawan-lawan ngan si Mukhriz, hero kak syam tu.. adeihh, sakit badan aku kena tumbuk.. then, ikut beraya umah kak Mai, nasibla dia tak buat makna-makan. Perut aku dah pecah ni.. then balik.. tak tahannyer, kat bulatan Batu Caves jammed giler.. situ jer dekat sejam.. lepas jer bulatan tu, terus aku pecut.. sampai umah dah dekat kul 8.30.. perrgghhh. Kepenatan.



Alisha yang chubby giler..

ngan anak-anak kak ida. si Alysa asyik ngan puting jer..

Alysa, Amira ngan si Nazim..







Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin